Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Belasungkawa: Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi

[gambar+Tantawi.jpg]

Suatu masa dulu, saya pernah mendengar ceramahnya secara langsung di Masjid al-Azhar…

KAHERAH – Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.
Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.
Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.
Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya. Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung. Menurut seorang anak lelakinya, Amr Tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.
“Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah,” katanya.
Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.
“Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, ” kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.
Ulama yang bercakap dengan nada lembut itu dan mempunyai janggut yang dinipiskan kerap dilihat memakai serban tradisi Universiti Al-Azhar yang berwarna putih.
Beliau merupakan tokoh yang kontroversi di Mesir. Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.
Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam. Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.
“Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan,” kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.
Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.
Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi. Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam. Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.
Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: “tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak.”
Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat. Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.
Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza. Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.
Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama. Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah. Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Universiti Al-Azhar. – AFP

:( Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin!

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Buku Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah: Episod Silam Yang Dilupakan (2010)

[13-Kerajaan-Uthmaniah.jpg]

Buku yang berada di tangan anda ini adalah sebuah karya sejarah yang merentasi perjalanan kebangkitan Empayar Khilafah Uthmaniyah. Empayar ini pernah menjadi model dan ikon kemajuan dunia serta sumber inspirasi abad pertengahan di Eropah.

Para Khilafah Uthmaniyah membina empayar mereka dengan semangat Islam yang menyala dan membara. Mereka membangunkannya dengan keringat dan kesungguhan, darah dan air mata, harta benda dan jiwa, demi menegakkan syariah dan kalimah Allah.

 Tidak hairanlah dengan semangat juang yang tinggi itu mereka berjaya menakluk Konstantinople yang menjadi idaman setiap bangsa dunia ketika itu. Perjuangan mereka berpandukan sabda Rasulullah s.a.w, “Konstantinople akan dapat ditakluki oleh seorang lelaki. Maka dia adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”

 Janji Rasulullah s.a.w ini tertunai apabila pada tahun 1453, kota Konstantinople jatuh ke dalam genggaman Sultan Mehmed al-Fatih. Pembentukan kerajaan Uthmaniyah dengan asas kekuatan jihad Islam telah menjadikan mereka sebagai satu pasukan elit yang terlatih, berdisiplin, bersemangat, memiliki keberanian dan ketangkasan yang tiada taranya.

Malahan semangat dakwah mereka mampu merubah satu bangsa nomad yang sederhana menjadi sebuah pembangun empayar yang amat digeruni dengan kuasanya melebar ke tiga benua iaitu di Afrika, Asia Tengah dan Eropah hingga menjangkau ke benteng kota Vienna, Austria.

 Paul Kennedy menyatakan dalam tulisannya :

“Empayar Uthmaniyah bukan hanya sebuah kerajaan tentera malahan ia mampu menjadi penakluk elit yang dibentuk dari satu kesatuan iman, budaya dan bahasa pada sebuah kawasan yang lebih luas dari Empayar Rumawi (Byzantine) dan bagi penduduk yang lebih besar jumlahnya. Dalam beberapa abad sebelum kurun ke-14, Islam telah melampaui Eropah dalam bidang kebudayaan dan teknologi. Kota-kotanya sangat luas, tersusun dan perairan yang sangat baik. Beberapa kota turut mempunyai perpustakaan yang lengkap dan masjid yang indah. Dalam bidang matematik, kartografi, perubatan dan aspek lain daripada jurusan sains dan industri, kaum muslimin sering terkehadapan.”

 MOHD FIKRI BIN CHE HUSSAIN

mohdfikrihussain1@yahoo.com

http://mohdfikri.com/blog

____________________________________________________________
PERINCIAN BUKU 13 :
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman

Penulis : Mohd Fikri Bin Che Hussin

Editor / Pruf / Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Zuryati Isa

Konsep Kulit Buku : Abaios/Bert

Rekabentuk Kulit : Fadly Halim

Muka Surat : 280 bewarna

Terbitan : Hijjaz Records Publishing

Edaran : Marketing Dept. HRSB

Tarikh diPasarkan : Jun 2009

Harga Semenanjung : RM35.90

Harga Sabah / Serawak : RM37.90

Harga Singapore / Brunei : $16.00

 

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Buku Suci Diri Mencari Ilahi dalam Top 10…

[laman+web.JPG] 

Alhamdulillah!
Tak sangka juga buku ini berada dalam senarai Top 10 jualan di karnival Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini (8/2/2010). Tapi aku ‘rasa’ dengan perasaan penuh bimbang… buku ini ‘akan’ disangka oleh segelintir para pembaca sebagai sebuah novel Islamik memandangkan tajuknya sedemikian rupa. Jadi kena baca sinopsis di sebelah belakang terlebih dahulu, tau!

Apa pun, terima kasih kepada Akh Akob73 (Protaz Mohd Yaakob bin Mohd Yunus) yang memberitahu perkara ini. Selalunya aku hanya melihat buku-buku Akh Akob73 yang berada dalam senarai Top 10 atau Top 5 carta Alaf21. Syukran ye akh!

Lagi satu tidak lupa ucapan terima kasih kepada team Alaf21 yang bertungkus lumus mengusahakan buku yang terpendam selama 4 tahun ini iaitu Pn. Wan Rohana Wan Abdul Manaf, Pn. Rosmawati Ahmad dll.
Semoga usaha mereka ini diterima oleh Allah Taala sebagai satu amalan bakti dalam mengembangkan usaha dakwah di Malaysia ini.
Alhamdulillah:)
Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Buku Suci Diri Mencari Ilahi (2010)

Buku ini merupakan sebuah karya yang dihasilkan pada tahun 2005 dan baru kini dapat diterbitkan. Buku ini agak mudah dihadam oleh para pembaca berkaitan Iman dan Islam. Bahasa yang digunakan bukanlah dari bentuk ilmiah yang memeningkan kepala kerana buku ini memfokuskan kepada mereka yang ingin mengenali Iman dan Islam secara ringkas atau lebih mudahnya kepada pembaca yang tiada asas agama yang mantap. Malah tiada sebarang aya al-Quran atau hadis yang ditulis dalam tulisan Arab/jawi dalam karya kali ini. Semoga anda dapat sesuatu yang baru dan dapat mempromosikan kepada rakan yang lain. Insya Allah!

Kandungannya:

IMAN
1- PERCAYA KEPADA ALLAH ITU SATU DAN TIADA DUA ATAU LEBIH.
1) Pelaksanaan Iman Dan Konsep Tauhid
i. Kepentingan Tauhid
ii. Merealisasikan Tauhid
iii. Pembahagian Syirik
2) Pengertian Ibadat
3) Tanda-Tanda Kebesaran ALLAH Untuk Diyakini

2- PERCAYA KEPADA PARA MALAIKAT
Cara Beriman Dengan Malaikat.
1) Asal Kejadian Malaikat.
2) Bilangan Malaikat.
3) Nama-Nama Malaikat.
4) Sifat-Sifat Malaikat.
5) Tugas-Tugas Malaikat.
6) Hak-Hak Malaikat Ke Atas Manusia.
7) Natijah Beriman Dengan Malaikat

3- PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
1) Hakikat Beriman Dengan Kitab-Kitab.
2) Hukum Beriman Dengan Kitab.
3) Keperluan Manusia Kepada Kitab (Petunjuk) Dan Hikmah Daripada Penurunannya.
4) Cara Beriman Dengan Kitab-Kitab.
5) Menerima Khabar Berita Kitab-Kitab Terdahulu.
6) Kitab-Kitab Yang Diturunkan Dari Langit Yang Disebut Di Dalam Quran Dan Sunnah

4- PERCAYA KEPADA PARA RASUL YANG DIUTUSKAN
1) Hakikat Kenabian (Nubuwwah).
2) Hikmah Diutuskan Rasul.
3) Tugas-Tugas Rasul.
4) Islam Ialah Agama Semua Nabi.
5) Rasul-Rasul Adalah Manusia Biasa, Mereka Tidak Mengetahui Perkara Yang Ghaib.
6) Maksum (Pemeliharaan Dari Dosa) Kepada Para Rasul.
7) Bilangan Para Nabi Dan Rasul.
8 ) Mukjizat Atau Tanda-Tanda Kebenaran Para Nabi
9) Beriman Dengan Kenabian Muhammad

5- PERCAYA KEPADA HARI PEMBALASAN
Beriman Dengan Hari Kebangkitan
      (1) Petanda Hari Kebangkitan
      (2) Nama-Nama Hari Kebangkitan
      (3) Sifat Keimanan Dengan Hari Kebangkitan
1) Fitnah Kubur
2) Azab Kubur Dan Nikmatnya
3) Tiupan Sangkakala (Trompet)
4) Kebangkitan
5) Perhimpunan, Perhitungan Dan Pembalasan
6) Beriman Dengan Kolam (Haudh) Nabi Muhammad
7) Syafaat
8 ) Neraca Timbangan Amalan
9) Titian Sirat Al-Mustaqim
10) Qantarah Sebuah Perhentian Di Antara Syurga Dan Neraka.
11) Syurga (Jannah) Dan Neraka (Nar).
12) Natijah Beriman Dengan Hari Kebangkitan

6- PERCAYA KEPADA TAKDIR BAIK DAN BURUK YANG DISEDIAKAN OLEH ALLAH
1) Pengertian Takdir Baik Dan Buruk Dan Kepentingan Beriman Dengannya.
2) Martabat Takdir Baik Dan Buruk.
3) Bahagian-Bahagian Takdir (Ketentuan).
4) Aqidah Mereka Yang Terdahulu Dalam Masalah Takdir Baik Dan Buruk.
5) Perbuatan Hamba.
6) Penyatuan Makna Di Antara Ciptaan ALLAH Dan Perbuatan Hamba.
7) Kewajipan Hamba Terhadap Takdir Baik Dan Buruk.
8 ) Redha Dengan Ketentuan Takdir Baik Dan Buruk.
9) Hidayah Terbahagi Dua
10) Iradah (Kehendak) Menurut Kitab ALLAH
11) Sebab-Sebab Yang Boleh Menolak Takdir Baik Dan Buruk (Ketentuan).
12) Masalah Takdir Baik Dan Buruk Merupakan Rahsia ALLAH
13) Hukum Berhujah Dengan Takdir Baik Dan Buruk.
14) Mengambil Sebab (Yang Menyelamatkan).
15) Hukum Mengingkari Takdir Baik Dan Buruk.
16) Natijah Beriman Dengan Takdir Baik Dan Buruk.

ISLAM
1 – DUA KALIMAH AKUJANJI (SYAHADAH)

2 – SEMBAHYANG
Bersuci
1) Istinjak
2) Wuduk
3) Mandi Junub
4) Tayamum
5) Darah Wanita

Sembahyang
1) Sembahyang Sunat
2) Sujud Sahwi
3) Sembahyang Jemaah
4) Sembahyang Jumaat
5) Sembahyang Jamak dan Qasar
6) Sembahyang Orang Sakit
7) Sembahyang Khauf
8 ) Sembahyang Jenazah

3 – ZAKAT
1) Jenis-Jenis Zakat
2) Golongan Yang Berhak Menerima Zakat
3) Hikmah Diwajibkan Membayar Zakat
4) Jenis-Jenis Zakat Harta

4 – HAJI
1) Syarat Wajib Haji
2) Persediaan Untuk Melakukan Ibadah Haji Dan Umrah
3) Perbezaan Antara Haji Dan Umrah
4) Adab Semasa Mengerjakan Haji Dan Umrah
5) Hikmah Menunaikan Ibadah Haji
6) Rukun Haji
7) Wajib Haji
8 ) Miqat
9) Ihram
10) Dam (Denda)
11) Wukuf
12) Tawaf
13) Mengenali Masjidil Haram
14) Kaabah
15) Saie
16) Tahallul (Bercukur)
17) Bermalam (Mabit)
18 ) Nafar Awal
19) Nafar Tsani / Akhir
20) Melontar Jamrah
21) Jenis-Jenis Haji
22) Aidiladha
23) Ibadah Korban
24) Peringatan Semasa Menunaikan Haji
25) Umrah
26) Cara Berziarah Ke Masjid Nabi Muhammad (Nabawi) Di Madinah

5 – PUASA
1) Hikmah Puasa
2) Rukun Puasa
3) Syarat Wajib Puasa
4) Syarat Sah Puasa
5) Jenis-Jenis Puasa
6) Puasa Sunat
7) Hari-Hari Haram Berpuasa
8 ) Puasa Yang Ditegah Dari Melakukannya
9) Perkara-Perkara Membatalkan Puasa
10) Perkara Yang Dibolehkan Semasa Berpuasa
11) Pengecualian Puasa Wajib
12) Hikmah Dan Keutamaan Bersahur
13) Adab Orang Yang Berpuasa
14) Kesempurnaan Puasa
15) Qadha (ganti), Kifarat Dan Fidyah Puasa
16) Tips Yang Perlu Diingati Dalam Bulan Ramadan

HUKUM BERAMAL DENGAN KEEMPAT-EMPAT IMAM MAZHAB
1) Imam Empat Tidak Pernah Mendakwa Diri Mereka Terpelihara Dari Dosa.
2) Tiada Dalil Yang Menunjukkan Wajib Taklid Mazhab Tertentu.
3) Menyanggahi Pendapat Tokoh Sarjana Islam Tidaklah Menjejaskan Kewibawaannya.
4) Ibnu Hazm Al-Andalusi Mengharamkan Taklid.
5) Keganjilan Hukum Adalah Suatu Yang Berubah (Relatif).
6) Pandangan Yang Masyhur Tidak Semestinya Betul.
7) Perselisihan Dalam Perkara Cabang Tidak Membawa Kepada Perpecahan.
8 ) Kesimpulan

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Kitab al-Wafayat oleh Ibn Qunfuz

Kitab berjudul al-Wafayat ini merupakan sebuah kitab yang jarang atau juga tiada langsung diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Sebuah kitab yang kecil mengandungi maklumat ringkas setiap tarikh kewafatan tokoh bermula daripada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam hingga menjelang tahun 807 Hijrah iaitu 3 tahun sebelum kembalinya pengarang kitab ini ke rahmatullah.

Pengarang kitab ini ialah al-‘Allamah Abu al-‘Abbas, Ahmad bin Hasan bin Ali bin Hasan bin Ali bin Maimun bin Qunfuz, al-Qasanthini, al-Jazairi (Algeria). Beliau lebih dikenali sebagai Ibn al-Khathib atau Ibn Qunfuz (Landak). Dilahirkan sekitar tahun 740H di kota Qasanthinah (Constantine), Algeria dalam lingkungan keluarga yang gemarkan ilmu pengetahuan.

Datuknya yang bernama Ali bin Maimun merupakan imam dan khatib di masjid Qasanthinah selama 50 tahun dan tidak sempat melihat kelahiran cucunya ini. Bapanya iaitu Hasan bin Ali terkenal dengan ilmu dan cenderung dalam menghasilkan karya dan menyalin kitab. Beliau meninggal dunia ketika anaknya baru menjangkau 10 tahun. Penjagaan beliau diambil oleh datuk sebelah ibu yang bernama Yusuf bin Ya’qub al-Malari (syeikh Tariqat al-Rahmaniyah). 

Beliau mengambil alih hak penjagaan cucunya ini dengan begitu baik sehinggakan cucunya berjaya menghafal al-Quran di tangannya sendiri. Beliau turut mengajarkan pelbagai ilmu seperti nahu, saraf, sastera dan juga hadis. Tidak berapa lama kemudian, setelah Ibn Qunfuz meningkat remaja beliau telah dihantar menuntut ilmu kepada dau orang tokoh ulama kenalan datuknya iaitu Faqih Muhaddits, Hasan bin Khalafullah bin Hasan bin Abi al-Qasim, Maimun bin Badis al-Qaisi al-Qasanthi dan Faqih Muhaddits al-Haj Abu Ali.

Dalam kitab al-Wafayat yang diperkatakan ini beliau turut menulis mengenai gurunya ini dengan katanya: “Guru kami al-Faqih al-Qadhi al-‘Adl al-Khathib al-Haj al-Marhum Abu Ali, kami telah mengambil hadis daripadanya dan ilmunya yang lain. Beliau lahir pada tahun 707H dan telah belajar daripada Ibn Ghariyun, Ibn ‘Abd al-Salam dan selain mereka. Meninggal dunia di Qasanthinah dengan menyandang jawatan hakim (qadi).”

Beliau turut mengembara dalam menuntut ilmu hingga ke Tilmisan (Tlemcen) dan jauh ke tengah Maghribi sekitar Fes, Meknes, Sale dan Ceuta (Sebtah). Kemudiannya beliau berangkat menuju ke Tunis selepas 18 tahun berada di Maghribi. Tidak berapa lama di sana beliau kembali ke Algeria dan dilantik sebagai hakim hingga menjelang wafatnya pada tahun 810H. Sepanjang kepulangannya itu beliau dilantik sebagai imam dan khatib di Qasanthinah, selain tugasan mengajar hadis, tafsir dan fiqh kepada para penuntut ilmu setempat dan yang datang dari jauh.

Beliau menyebarkan ilmunya tanpa mengira masa sama ada di rumah atau di masjid, sekalipun beliau dilantik sebagai hakim wilayah yang menguruskan isu pengadilan setempat. Tugas ini pada mulanya ditolak oleh beliau, namun atas desakan Amir Abu al-Hasan membuatkan beliau terpaksa memegang jawatan tersebut.

Sekalipun kesibukan dengan tugasan sebagai hakim dan mengajar, beliau masih mempunyai masa untuk mengarang dan menulis hasil karya yang begitu baik dan bermutu tinggi membuktikan keluasan ilmunya. Antara hasil karyanya ialah:

  • Syaraf al-Thalib fi Asna al-Mathalib iaitu huraian sebuah qasidah yang dinamakan Qasidah al-Ghazaliyah fi Alqab al-Hadits karya Ibn Farh al-Isybili (Seville, Sepanyol) dalam 20 rangkap.
  • Anwar al-Sa’adah fi Usul al-‘Ibadah. Sebuah buku berkaitan huraian hadis terbinanya Islam atas 5 perkara.
  • Wasilah al-Islam bi al-Nabiy sallallahu ‘alaihi wasallam. Karya yang menampilkan topik berkaitan sirah nabi secara ringkas. Para ulama seperti Ibn Qunfuz akan menghasilkan sebuah karya mengenai sirah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai lambang kecintaan mereka kepada baginda. Ini kerana pada setiap zaman dan ketika, dari kehidupan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam hingga wafat baginda, musuh Islam tidak akan berhenti menyerang keperibadian baginda dari segenap sudut yang ada. Pada zaman dahulu, para sahabat yang bakal bangkit membela dengan keringat, air mata dan darah mereka. Namun pada zaman selepas generasi mereka, para ulama inilah yang bangkit mempertahankan kemuliaan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Allahu Akbar! Jadikanlah kami di kalangan pembela Muhammad, amin ya Rabb!
  • ‘Alamat al-Najah fi Mabadi’ al-Isthilah. Sebuah kitab asas mengenai Mustalah Hadis.
  • Taisir al-Mathalib fi Ta’dil al-Kawakib berkaitan ilmu falak atau pengiraan takwim hijrah. Buku ini dikatakan tidak pernah ada ulama terdahulu yang menulis seperti karyanya.
  • Al-Farisiyah fi Mabadi` al-Daulah al-Hafsiyah telah diterbitkan di Paris pada tahun 1847M. buku berkaitan sejarah dan kesusasteraan sekitar era Kerajaan Bani Hafs yang ditulis untuk Amir Abu Faris ‘Abd al-‘Aziz al-Merini.

Huraian Kitab al-Wafayat

Kitab ini dianggap sebagai ringkasan kitabnya yang terdahulu iaitu Syaraf al-Thalib fi Asna al-Mathalib yang dimulakan tarikhnya pada tahun 11 Hijrah, merupakan tahun kewafatan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam hingga menjelang tahun 807 Hijrah, 3 tahun sebelum kembalinya ke rahmatullah.

Kitab ini membawa judul yang sama dengan karya Ibn Khalikan dan turut sama dicetak. Sebaiknya perlu berhati-hati agar tidak terkeliru dengan judul yang sama. Kitab ini pertama kali dicetak sebagaimana diceritakan oleh al-Zirikli pada tahun 1912 di Kolkata (Culcutta), India. Namun di dalam cetakan ini terdapat kekurangan jika dibandingkan daripada manuskrip aslinya.

Manakala cetakan kedua dibuat oleh Dar el-Afaq el-Jadida, Beirut pada tahun 1971 dengan 398 halamannya dilakukan semakan oleh ‘Adil Nuwaihidh yang menampilkan mukadimah yang begitu baik. Beliau tuut memberikan nota kaki yang menghilangkan kekaburan bagi sesetengah biografi yang tedapat dalam dalam naskhah lampau.

Berkata ‘Adil Nuwaihidh: “Kitab ini merupakan sebuah paparan sejarah yang ringkas berkaitan tarikh wafat para sahabat, ulama, muhaddisin, mufassirin, penulis dan selainnya. Ibn Qunfuz telah menyusunnya dengan baik berpandukan kurun dan tarikh wafat mereka dengan dimulakan tarikh wafat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pada tahun 11 hijrah dan ….”

Begitulah yang diceritakan di dalam mukadimahnya dan buku ini dikira sebagai satu karya ringkas yang mudah dibaca oleh para pengkaji yang terkemudian bagi mencari tarikh wafat para tokoh ulama Islam. Setelah dikaji oleh pengkaji buku ini, mereka mendapati bahawa terdapat 511 orang tokoh Islam dan difokuskan hampir 200 orang ulama Algeria, khususnya ulama di Qasanthinah.

  1. 139 tokoh kurun pertama.
  2. 85 tokoh kurun ke-2.
  3. 56 tokoh kurun ke-3.
  4. 36 tokoh kurun ke-4.
  5. 38 tokoh kurun ke-5.
  6. 51 tokoh kurun ke-6.
  7. 46 tokoh kurun ke-7.
  8. 57 tokoh kurun ke-8.
  9. 03 tokoh kurun ke-9.

Hanya tiga tokoh yang disebut pada kurun ke-9 iaitu gurunya Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Muhammad bin ‘Arafah al-Warghami, Faqih al-Hafizh Abu ‘Ali, ‘Umar bn Nasr bin Salih al-Bulqini dan Faqih al-Hafizh al-Mufti Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Murrakusyi. Kesemua mereka ini meninggal dunia pada tahun 807H 3 tahun sebelum beliau sendii pulang ke rahmatullah.

Selepas itu Muhammad bin Isa al-Qasytali (Castile, Sepanyol), al-Maghribi (m.1021H) penulis kepada Sultan al-Mansur, Abu al-‘Abbas Ahmad al-Syarif al-Hasani telah mengarang sebuah kitab bertajuk al-Mamdud wa al-Maqsur min sinn al-Sulthan al-Mansur yang meringkaskan tarikh kewafatan tokoh-tokoh yang disebutkan oleh Ibnu Qunfuz hingga kurun ke-10.

 

P/S:  :) Semoga Allah merahmati syeikh dan para ulama Islam yang memberikan sumbangan mereka kepada seluruh umat Islam. Malangnya tidak ramai yang dikenali oleh kita. Allahu Akbar!

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
3 Comments
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Kitab al-Dhau` al-Lami’ li Ahl Qurn al-Tasi’ oleh al-Sakhawi

Kitab ini mungkin sebuah karya sejarah tokoh yang jarang didengari oleh kita berjudul al-Dhau` al-Lami’ li Ahl Qurn al-Tasi’ bermaksud Cahaya Bersinar Pada Kurun ke-9. Kitab ini setebal 4 jilid menerusi file Word dan kitab bercetak pula setebal 6 jilid.

Kitab ini ditulis oleh Muhammad bin ‘Abd al-Rahman bin Muhammad bin Bakr, Syams al-Din, Abu al-Khair al-Sakhawi. Beliau dilahirkan di Kaherah pada tahun 831 Hijrah (1428M) dari keluarga yang berasal dari bandar Sakha di bahagian Barat. Sewaktu umurnya berusia empat tahun keluarganya telah berpindah ke sebuah tempat yang berjiran dengan rumah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani. Faktor ini memberi kesan besar pada kehidupan Syams al-Din al-Sakhawi yang mula belajar ilmu dengannya pada tahun 838H sekitar usianya baru menjengah 8 tahun.

Apabila gurunya kembali ke rahmatullah, beliau telah mengembara untuk menuntut ilmu dengan para guru di kota Dumyath. Beberapa ketika kemudian, beliau yang ingin menunaikan fardu haji telah mengambil peluang menuntut ilmu dengan para ulama di sekitar Hijaz. Kemudiannya beliau pulang semula ke Mesir dan mengembara ke Iskandariah dan berada di sana seketika. Beliau tidak terus pulang, sebaliknya berpergian ke Bumi Syam dan menuntut ilmu dengan para tokoh ulama yang berada di sana.

Setelah tamat pengajiannya beliau kembali semula ke Kaherah dan mengajar di rumahnya dan beberapa tempat serta pusat pengajian tinggi sekitar Kaherah. Beliuau pernah dijemput mengajar hingga ke Makkah di Masjidil Haram. Sebahagian penulisannya dibacakan di dalam Masjidil Haram. Beliau pulang ke Kaherah dan mengajar di tempat yang pernah menjadi pusat gurunya iaitu al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani mengajar suatu ketika dahulu. Syams al-Din al-Sakhawi telah kembali ke rahmatullah pada tahun 902 Hijrah (1497M) di sana.

Antara karya penulisannya ialah al-Tibr al-Masbuk fi Zail al-Suluk, merupakan kitab ringkasan daripada karya Syeikh Taqiy al-Din al-Maqrizi yang menceritakan mengenai sejarah Kerajaan Mamluk Mesir hingga tahun 844H. Beliau turut mengarang sebuah kitab sejarah yang diringkaskan daripada kitab Ibn Hajar al-‘Asqalani berjudul Raf’ al-Isr ‘an Qudhah al-Misr yang menceritakan berkenaan biografi tokoh hakim Mesir sehinggalah zamannya. Selain itu beliau turut menulis karya bertajuk al-Syafi fi Wafayat al-Umam, al-Qaul al-Tam fi Fadhl al-Ramy bi al-Siham dan al-I’lan bi al-Taubikh liman Zamm Ahl al-Tarikh.

Kitab ini merupakan sebuah kitab tebal yang dihasilkan oleh beliau yang menggabungkan sebilangan besar tokoh di zamannya sendiri dari pelusuk wilayah Islam. Para tokoh tersebut sama ada ulama, hakim, pemimpin, orang salih, periwayat, sasterawan, penyair, khulafa, raja, menteri dan sebagainya. Perincian setiap biografi ini diklasifikasikan mengikut asal, etnik, agama, nasab dan keilmuan serta kepakaran mereka.

Sebilangan besar tokoh ini adalah berasal dari Mesir, Hijaz, Syam dan Yaman. Bahkan, beliau tidak melupai para tokoh di kalangan Ahl al-Zimmah yang bukan Islam dengan disusun senarai mereka itu mengikut huruf mukjam mengikut nama asal tokoh, kemudian nama bapanya dan nasab dari datuk nenek moyangnya. Setelah itu barulah disebutkan kuniyah dan laqab (gelarannya). Beliau melengkapkan karangannya ini dengan rujukan dari kitab gurunya iaitu Ibn al-Hajar,  malah kitab sejarah yang lain seperti karya al-‘Aini serta al-Maqrizi yang dipandang baik untuk diketengahkan selain kitab sejarah dari kategori Thabaqat (lapisan generasi), Wafayat (tarikh wafat) dan sejarah. Beliau meletakkan karyanya ini dengan penuh tertib dan terperinci serta penuh adil tanpa menaruh perasaan emosi pada tokoh yang kurang digemarinya.

P/S: :) Beginilah para ulama silam mengarang setiap karya mereka yang dapat dijadikan rujukan hingga kini. Alhamdulillah!

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Kami menyambut seruanMu ya ALLAH! (LabbaiKAllah!)

 
LabbaiKa Allahumma labbaiK
LabbaiKa laa syarikalaKa labbaiK
Innal hamda wa al-ni’mata
laKa wal-Mulk La syarikalaK!
 
Musim haji pada tahun ini 1430H kami turut menyertai jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia Islam. Doakan kami mendapat haji yang mabrur kerana haji yang mabrur tiada ganjaran yang terbaik melainkan syurga (mafhum hadis). Kami akan mendoakan kalian turut memperolehi rezeki yang banyak dan dapat mengerjakannya pula pada masa hadapan, insya Allah!
Namun perlu ada tekad dan usaha dari diri kita sendiri untuk melaksanakannya di samping berdoa dan berazam yang tidak putus-putus. Kali terakhir ana menunaikan umrah ialah pada tahun 1999-2000 dan berdoa untuk kembali semula ke sana bagi menunaikan haji pula pada masa yang akan datang dengan ditemani isteri.
Niat tulus suci ana ini boleh dikatakan saban tahun ana berdoa, tetapi pelbagai halangan dan rintangan yang membuatkan segala persiapan ini tergendala dan menemui jalan buntu.
Alhamdulillah, selepas berdoa selama 10 tahun ana berjaya menunaikan haji dengan isteri pada tahun ini iaitu tahun 2009. Semoga Allah Taala menerima ibadah haji kami ini sebagai haji yang mabrur.
Allahumma amin!
Moralnya: Amalan baik yang dihajati perlu diiringi dengan doa dan usaha yang tidak putus-putus. Insya Allah, akan dikabulkan oleh Allah Taala walaupun masanya terlalu panjang. Alhamdulillah!
Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Blog Kedai Buku Fikri di dalam Majalah i Oktober 2009

Blog Kedai Buku Fikri
 
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah,
Terima kasih kepada Ukht Azlin yang telah memasukkan blog saya http://kedaibuku-fikri.blogspot.com/ ke dalam Majalah i bulan Oktober 2009.
Ini merupakan kegembiraan saya yang kedua selepas menerima jawapan dari Lembaga Tabung Haji bahawa saya dan isteri dapat menunaikan fardu haji pada tahun ini.
Segala program dalam blog ini akan terhenti seketika sepanjang 45 hari saya mengerjakan fardu haji.
Doakan kepada saya dan isteri agar dapat menunaikan ibadah haji dengan ikhlas sepenuh hati mengharapkan haji Mabrur.
Saya turut mendoakan kalian yang mendoakan kami turut diganjari dengan pahala yang sama dan dimudahkan oleh Allah untuk ke sana.
Semoga Allah Taala menerima amalan haji kami, Amin ya Rabb!
Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Hindari Sikap Boros dan Perlunya Menjaga Aurat di Bulan Puasa

Oleh: Mohd Fikri bin Che Hussain

Antara aktiviti yang menyeronokkan pada petang Ramadan ialah persiapan khas untuk berbuka bersama ahli keluarga. Tidak dinafikan agama Islam tidak seperti agama lain yang mengumpulkan ahli keluarga hanya setahun sekali, sama aa perayaan keagamaan, sambutan hari jadi atau tiada langsung. Tetapi dalam Islam, perhimpunan besar ahli keluarga boleh dikatakan sepanjang sebulan Ramadan diadakan.

Ahli keluarga dan sanak saudara berhimpun bersama untuk berbuka puasa. Tidak cukup dengan itu, kakitangan pejabat dan rakan sekerja turut bersama berkongsi kemeriahan ini dengan berbuka di luar. Persiapan ini dilakukan sebaiknya, tidak cukup memasak di dapur ada sebahagian lagi yang bakal menyambut keseronokan waktu berbuka puasa di bulan mulia ini dengan ‘menyerbu’ ke pasar-pasar Ramadan sebelum waktu berbuka puasa tiba.

Namun dengan ‘keghairahan’ sewaktu membeli juadah berbuka ini, terdapat segelintir di kalangan umat Islam yang tidak perasan pakaian yang tidak sesuai dikenakan mereka. Biarpun kepanasan dan keletihan akibat berpuasa sepanjang hari, aurat perlu dijaga agar tidak mengurangi pahala diri sendiri dan juga orang lain. Mereka yang datang untuk membeli pelbagai juadah tidaklah perlu bersolek ‘tebal’ atau berpakaian yang menjolok mata. Begitu juga dengan kaum lelaki yang datang membeli juadah, tidaklah sopan dengan hanya memakai seluar pendek dan baju singlet.

Semasa membeli makanan, elakkan pembaziran kerana perut yang lapar mendorong hawa nafsu membeli di luar tahap keperluan. Jangan jadikan kos perbelanjaan makanan pada bulan ini ‘meningkat’ mengatasi tiga bulan lalu. Tidak wajar bagi seseorang Islam menjadikan Ramadan yang mulia ini seolah-olah ‘bulan pesta makanan’.

Segala jenis juadah muncul dan dibeli oleh pelanggan untuk dibawa pulang serta dihidangkan kepada keluarga. Bulan yang baik untuk melakukan program diet dan menjaga kesihatan, akhirnya menambahkan ‘penyakit’ lain dari aspek fizikal sama ada penyakit obesiti, diabetes, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Manakala penyakit hati yang timbul pula seperti sifat tamak, gelojoh dan mementingkan diri semakin menular di dalam jiwa tanpa disedari.

Berusahalah menjauhkan diri daripada dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat. Sebaiknya sama sahaja adat makan pada bulan puasa dan bulan lain. Mereka yang menurut keinginan nafsu perut ketika berbuka puasa sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis yang bertujuan menghilangkan keberkatan ibadah puasa.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Sewaktu berpuasa hinggalah menunggu waktu berbuka puasa, kebanyakan umat Islam melupai waktu mustajabnya doa. Bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari di bulan puasa, seseorang muslim itu dikira dalam tempoh beribadah. Mereka perlu menjauhi perbuatan dan amal yang tidak berfaedah, apatah lagi dengan perbuatan yang tidak baik dan mengurangkan pahala.

Justeru mereka perlu memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka puasa. Ini antara ‘kerugian’ yang sering dilalaikan oleh umat Islam pada bulan Ramadan ini. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka ialah pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka puasa dan doa orang yang di zalimi.” (Riwayat al-Tirmizi) dan sebuah hadis lain ada menyebutkan, “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika berbuka atau hampir berbuka, doanya tidak akan ditolak.” (Riwayat Ibn Majah)

Oleh itu, hindarilah amalan yang sia-sia dan tidak bermanfaat ketika menghadap ke arah juadah makanan menantikan masuknya waktu berbuka puasa. Sebenarnya terdapat begitu banyak panduan dan saranan untuk memenuhi ruang ibadah dan menghayati keberkatan di bulan Ramadan tahun ini dengan penuh rasa keinsafan di hati.

Selain itu, antara faktor utama yang dapat meningkatkan tahap ibadah yang lebih berkualiti adalah menerusi pembacaan kitab, buku, sumber internet dan media massa . Penambahan ilmu berkaitan puasa dapat merangsang perkembangan ilmu dan amali untuk mencapai keredaan Allah di bulan mulia ini. Semoga Allah memberkati segala usaha kita dalam Ramadan kali ini.

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com

Artikel – Pakar perubatan akui puasa kaedah terbaik rawat penyakit

artikel

Berita Harian 01/09/2009

Oleh Mohd Fikri Che Hussain

HIKMAT berpuasa secara tidak langsung dapat memberikan faedah besar terhadap kesihatan tubuh. Waktu rehat yang diberikan kepada saluran pemakanan dalam tempoh sebulan cukup untuk meregang dan melegakan bahagian penghadaman itu. Dalam erti kata lain mengembalikan kekuatan dan kecergasannya pada waktu selepas berlalu Ramadan.

Puasa memberikan kerehatan kepada setiap manusia yang melakukannya selain turut menjadi benteng kepada pelbagai penyakit yang menyerang tubuh manusia. Penyakit yang nyata berjaya dihindari dengan melakukan ibadah ini ialah sakit perut, obesiti, pertambahan kolesterol, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Apabila merujuk Hippocrate yang bergelar Bapa Perubatan Greek, beliau turut menggunakan puasa sebagai kaedah perubatan pada hari pertama pesakitnya mendapatkan rawatan. Beliau juga menyifatkan kepelbagaian rawatan yang dihasilkan daripada puasa amat sesuai dengan setiap penyakit.

Pakar perubatan Arab, Dr Umayyah Lahud dalam bukunya menjelaskan: “Saya sering melakukan kajian kepada pelajar yang berpuasa, hanya dalam tempoh singkat mereka dapat menambahkan kemampuan dari aspek penghasilan idea. Ini menjadikan mereka pelajar yang mampu menggunakan segala kemampuan akal untuk menguasai pelajaran. Ini hasil daripada puasa yang menjadikan tubuh merangsang asid yang menolak segala toksin. Seterusnya menjadikan sel darah kembali normal dan bersih daripada segala zat yang diperoleh dari pemakanan harian, manakala pengaliran darah ke otak lebih lancar.”

Tidak diragukan lagi puasa ini adalah tanda kekuasaan Allah yang mensyariatkan kepada kita ibadah amat bermanfaat. Pakar perubatan lain turut mengutamakan teknik berpuasa bagi pesakit mereka berbanding pemberian ubat atau rawatan lain.

Allamah Rasyid Ridha penulis Tafsir al-Manar menjelaskan pengakuan beberapa pakar perubatan Eropah yang mengakui dengan berpuasa sebulan Ramadan mampu menyingkirkan sel tambahan yang mati atau tidak berfungsi dalam badan seseorang individu itu.

Apa yang menghairankan, di negara kita, didapati majoriti yang menyambut bulan mulia ini dengan ‘menyerbu’ ke bazar Ramadan sehingga kos perbelanjaan makanan bulan ini meningkat. Peniaga pula mengambil kesempatan meningkatkan harga barangan keperluan hatta gula mulai disorok bagi menjadikan harga di pasaran melambung tinggi. Sedangkan dalam hadis riwayat Muslim ada menyebutkan: “Siapa yang menyorok barang keperluan, dia adalah seorang yang berbuat maksiat.”

Kewujudan pasar Ramadan menjadikan seolah-olah bulan puasa adalah ‘pesta makanan’. Segala makanan yang muncul dibeli oleh pelanggan untuk dihidangkan kepada keluarga, maka bertambahlah ‘penyakit’ lain dari aspek fizikal sama ada penyakit obesiti, diabetes, darah tinggi dan jantung. Penyakit hati yang timbul pula seperti tamak, tidak sabar atau gelojoh, kedekut dan mementingkan diri tetap bersarang di jiwa.

Apabila mereka merujuk hospital akibat penyakit dihidapinya, pasti banyak penyakit itu berpunca daripada perut yang kekenyangan. Allah berfirman: “Makan dan minumlah kamu sekalian dan jangan kamu membazir.”

Ayat ini jelas menerangkan keharusan makan dan minum bagi setiap manusia, tetapi pada akhirnya turut melarang berlebihan dan membazir. Ulama menyatakan, dalam ayat yang ringkas itu Allah Taala mengumpulkan rahsia perubatan untuk semua perkara kepada diri manusia.

Kaum terdahulu turut melarang mengambil makanan dan minuman melampaui batasan keperluan. Luqman al-Hakim pernah mengingatkan kepada anaknya: “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadah.”

Justeru, setiap Muslim perlu menggunakan kesempatan terbaik ini bagi membetulkan kesilapan mereka pada masa lalu. Khidmat percuma ini didatangkan Allah dengan penuh nikmat kepada setiap hamba-Nya. Tidak perlu kita merosakkan puasa ini dengan membanyakkan makan minum sehingga membawa pembaziran.

Pesan Imam Muhammad al-Hasan al-Syaibani: “Pembaziran makanan itu adalah makan dengan banyak sehingga melampaui rasa kenyang. Termasuk juga pembaziran adalah memperbanyakkan juadah dan kepelbagaian jenisnya. Bahkan dikirakan pembaziran juga apabila diletakkan dalam hidangan itu pelbagai ragam makanan melebihi keperluan yang sepatutnya.”

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • BlogMemes
  • blogtercimlap
  • Blue Dot
  • Book.mark.hu
  • Digg
  • DotNetKicks
  • Internetmedia
  • Linkter
  • MyShare
  • Netscape
  • NewsVine
  • PopCurrent
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Taggly
  • TailRank
  • ThisNext
  • Webride
  • YahooMyWeb
  • Hemidemi
No comment
taintedsong.com taintedsong.com taintedsong.com