Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Leo Africanus [1465-1550]

LEO AFRICANUS
(Kertas Kerja Seminar Ketamadunan dan Pengembaraan pada Jun 2006) 
Oleh: Mohd Fikri Bin Che Hussain 

“Sesiapa Yang Tidak Pernah Mengembara, Beliau Tidak Akan Tahu Nilai Harga Seorang Lelaki”
(Pepatah Arab Barbar)   

Kandungan 
MUKADIMAH
1.      Siapakah Leo Africanus?
2.      Kehidupan Awal Leo Africanus
3.      Pengalaman Politik
4.      Kesateria St. John
5.      Tinggal Di Itali
6.      Kisah Murtad
7.      Karya-karya dan Sumbangannya
8.      Kehilangan Misteri
PENUTUP

MUKADIMAH
Dengan nama Allah yang [...]

Read the rest of Leo Africanus [1465-1550]

Imam Abu Hanifah [80H – 150H]

Imam Abu Hanifah dikenali dengan sebutan Imam Hanafi di kalangan muslimin di nusantara. Nama asalnya ialah Abu Hanifah, Nu’man bin Tsabit bin Zutha bin Mah al-Farisi al-Kufi, Maula (hamba) kepada Taim Allah bin Tsa’labah dari kalangan kelompok Hamzah al-Zayyat tokoh Fiqh di Iraq dan pemimpin Madrasah Ahl al-Ra`yi.
Datuknya iaitu Zutha adalah berketurunan Parsi, kemudiannya Zutha [...]

Read the rest of Imam Abu Hanifah [80H – 150H]

Murad I Hudavendigar [1359 - 1389M]

Murad I telah dilahirkan di Bursa pada tahun 1326. Ayahandanya ialah Orhan Gazi dan bondanya pula ialah Nilufer Hatun (Holofira) yang merupakan anak perempuan kepada salah seorang pemerintah Byzantin.
Murad I adalah seorang yang bertubuh tinggi dan berotot dengan wajah yang bulat serta mempunyai hidung yang mancung. Beliau kerap memakai topi Mevlevi yang dililit kain di [...]

Read the rest of Murad I Hudavendigar [1359 - 1389M]

Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir

Kitab ini merupakan kitab tafsir yang pernah menjadi buruan oleh para pelajar di Maghribi suatu ketika dulu. Ini disebabkan kekaguman para pelajar yang mempelajari ilmu Maqasid Syariah di atas cetusan pemangkin ilmu Maqasid pada dekad ini iaitu Syeikh Thahir Ibn Asyur.
Pengarang kitab tafsir ini bernama Muhammad al-Thahir bin Muhammad bin Muhammad al-Thahir bin ‘Asyur al-Tunusi [...]

Read the rest of Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir

Muhammad Fuad Abdul Baqi [1388H/1968M]

Muhammad Fuad bin ‘Abd al-Baqi b. Salleh b. Muhammad (w1388H / 1968M).Beliau merupakan seorang penyusun indeks di dalam lapangan Sunnah Nabawiyah dan juga ayat-ayat al-Quran.
Beliau berasal dari negara Mesir dan pernah mengajar di sekolah-sekolah sekitar kota Kaherah, kemudiannya menjadi penterjemah Bahasa Arab dari Bahasa Perancis untuk Bank Pertanian di Kaherah dari tahun 1905 hingga [...]

Read the rest of Muhammad Fuad Abdul Baqi [1388H/1968M]

Ceramah Kesalahan Solat

Ceramah di dalam Bahasa Arab ini adalah berkisar tentang kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan ketika solat.
Ceramah ini disampaikan oleh oleh Syeikh Muhammad al-Hassan Walad al-Dedou al-Syanqithi
(الشيخ محمد الحسن ولد الددو الشنقيطي)
Beliau adalah keturunan ulama Syanqith di Mauritania. Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang beliau sampaikan… tak faham? ;D buat-buat faham….
أخطاء المصلين

Read the rest of Ceramah Kesalahan Solat