Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Biodata Saya

Saya dilahirkan di Temerloh Pahang.  Merupakan bekas pelajar Sek. Men. Agama al-Khairiah, Temerloh (1988-1993) dan menyambung pelajaran di peringkat STPM di SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Perak (1994-1995).

Kemudian saya menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Ibnu Tofail, Kenitra, Maghribi  (1996-2001) di dalam bidang Pengajian Islam. Sekembalinya saya ke Malaysia, saya bekerja di beberapa tempat di Bandaraya Ipoh dan Kuala Lumpur (2001-2004).

Pada tahun 2003, saya berkahwin dengan ‘pilihan hati’ yang berasal dari Kedah dan menetap di Kuala Lumpur. Namun pada tahun 2005, atas ajakan daripada almarhum bapa saya, kami pulang ke kampung di Temerloh. Kini saya dan isteri menjawat jawatan sebagai guru j-QAF di tempat kelahiran saya. Alhamdulillah!

Semoga Allah Taala permudahkan urusan kita semua.. Walhamdulillah!

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter