Fallujah Kota Kebangkitan (2004)
Sebuah kota pinggiran
Diserang dan dibinasakan
Lelaki dan perempuan
Dibunuh tanpa pembelaan
Airmata kesedihan
Darah Kepanasan
Meruap berguguran
Melimpah bertitisan
Adakah aku terus nyenyak?
Sedang Islam Di Fallujah terus dihenyak!
Adakah aku terus nyenyak?
Bilamana masjid diinjak-injak!
Adakah aku terus nyenyak?
Sedang jasad pejuang direbah dan dipijak!
Lupakan seketika dengkuranmu
Untuk kanak-kanak yang tidak punya ibu!
Lupakan sebentar katilmu
Untuk si bayi yang tidak punya susu!
Lupakan juga kelambumu
Buat si tua kehilangan anak dan cucu!
Bangkitlah seketika wahai kawan untuk bermunajat
Bangunlah sebentar untuk rukuk dan bersujud
Kerana kamu tidak punya ruang untuk berjihad
Kerana inilah kesempatanmu untuk bertahajud
Hadapkanlah wajahmu di persada Keagungan
Pada al-Nasir yang Maha Pemberi Kemenangan
Singkaplah doa buat para pejuang
Bongkarkan semangat tika berpeluang
Agar derita bertukar ceria
Agar duka bersilih bahagia
Kami di sini terus berdoa
Mengharapkan pembelaan
Buat Fallujah – Kota kebangkitan…
12/08/2004
Ratapan buat Muslimin Iraq


