Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Lirik Nasyid (2006-2008)

Semua lirik nasyid ini adalah koleksi yang saya hasilkan sendiri daripada garapan idea untuk Pertandingan Nasyid Sekolah Kebangsaan di daerah saya. Ada juga beberapa buah lirik yang saya hasilkan untuk kelab-kelab wanita kampung bagi pertandingan peringkat daerah. Setiap tahun sejak 2006 hingga 2008 ini, saya masih diminta untuk menulis lirik nasyid, sekalipun saya tahu yang nasyid itu tidak akan menang, tetapi saya masih bersikap positif dalam hal ini, insya Allah.

Kalimah-kalimah seperti hadhari dan sebagainya merupakan salah satu daripada tema nasyid yang bakal dipertandingkan, jadi ini bukan satu daripada penonjolan yang lebih bersikap politik atau cenderung ke mana-mana parti. Saya lebih mengambil sikap di atas PAGAR kerana menjaga elemen penting sebagai seorang sarjana yang melebihkan akademik dari elemen kepartian.

Apa yang penting, saya menyokong kepada segala usaha yang menjurus ke arah tertegaknya Islam. Sekalipun saya terpaksa melakukan perkara yang kecil ini, biarpun sedikit walau terpaksa melaksanakannya untuk 100 tahun lagi, saya akan terus bergerak… demi ISLAM!

Dengan slogan: Tasfiyah wa Tarbiyah! 

Majulah Nasyid Untuk Negara :)  

MINDA HADHARI INSAN BESTARI

Terserlah adil dan amanah
Takwa bak purnama meriah
Iman bak mentari yang indah
Asas kesatuan sebuah ummah

Apabila ilmu dikuasai
Cerialah akal dan hati
Takwa menghiasi diri
Iman bernyala dalam nurani 

Budi bahasa dipamerkan
Budi bicara dibudayakan
Budi pekerti ditonjolkan
Beza bangsa bukan ukuran

Bersatu dunia dan ukhrawi di minda
Alunan dari pembangunan Hadhari
Menghias kecemerlangan bani Insan
Menghidupkan masyarakat yang bestari 

ADAB MAKAN DAN MINUM

Tiap hari manusia perlu makan dan minum
Pabila mereka mulai lapar dan dahaga
Perut sudah kenyang, bibir pula tersenyum
Kerja dan membaca semakin bertenaga 

Mulakan makan dengan Bismillah
Puji dan syukurlah pada Allah
Setiap hari kita makan dan jamah
Rezeki Allah yang luas melimpah 

Makanlah dengan tangan kanan
Inilah sunnah penuh keberkatan
Tangan kiri pula kesukaan syaitan
Tiada lagi pahala hanya kerakusan

Mulakan makan dengan Bismillah
Puji dan syukurlah pada Allah
Setiap hari kita makan dan jamah
Rezeki Allah yang luas melimpah

Minumlah dengan adab sopan
Jangan sampai tersedak tak keruan
Agar baik akhlak dan akal fikiran
Sempurna takwa dalam tiap amalan 

WAWASAN HIJRAH 

Setiap insan berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai impian
Mencipta satu kejayaan 

Mulakan hijrah dengan niat suci
Membina kehidupan yang harmoni
Menegak akhlak dan peribadi
Meniti panduan dari Ilahi 

Teladanilah Rasulullah
Mengubah dengan hijrah
Dari Makkah ke Madinah
Menegakkan kalimah Allah

Hijrah satu perubahan
Hindarilah permusuhan
Dari mundur kepada kemajuan
Meniti arus kemodenan 

ISLAM HADHARI

Datang dari benua kontang
Melebar sayap ke segenap alam
Membawa cahaya yang terang
Menerangi siang dan malam

Tidak kira pagi dan petang
Cahayanya melimpah
Sama ada aman dan perang
Keadilan tidak tersanggah 

Islam hadhari Islam sejati
Menegak umat seluruh paksi
Menggunung tinggi tidak diatasi
Umat cemerlang terus mengungguli

Islam hadhari… Islam sejati… 

HADHARI INSANI

Insan cemerlang ummah terbilang
Bersatu padu taat dan setia
Manusia kasih dan cintakan Tuhan
Cinta pula sesama manusia

Hadhari Insani kita serlahkan
Ummah bersatu kita megahkan
Ukhuwah sesama insan
Ayuh kita jalinkan……..

Al-Quran Sunnah sebagai pegangan
Teladanilah peribadi nabi junjungan
Moga hidup beroleh tauladan
Amalan baik sebagai jaminan

Ibadah diamalkan sunnah Rasul dihidupkan
Anugerah Tuhan pemberian hakiki
Taufik dan hidayah terus diperlukan
Pasrah dan reda hanya pada Ilahi 

HIJRAH DIRI

Tegakkanlah amar makruf
Hijrah diri setiap insan
Mengundang cahaya harmoni
Berhemah tinggi peribadi suci

Akhlak mulia iman terpuji
Negara maju bangsa bersatu
Bekerjasama jadi budaya
Pembangunan maju di dunia

Tempuhi onak dan duri
Biar kasih kekal abadi
Dalam diri dan juga peribadi
Agar hidup bermaruah tinggi

Ilmu jangan sekali di abai
Iman pula usah di lalai
Hidup perlu berpelajaran tinggi
Cintakan akhirat suatu yang pasti

Semoga dihindari dari bencana 
Dijauhi dari sebarang sengketa
Hijrah diri harmoni dan bahagia
Hargailah jangan sampai ternoda 

BUDAYA MURNI AMALAN TERPUJI

Iman gemilang Islam dijulang
Beroleh mutiara tauladan
Dari sirah Rasul sanjungan
Keutuhan takwa terpaut di hati 

Pengorbanan diri tidak terperi
Umpama lilin membakar diri
Contohilah peribadi sejati
Akhlak Rasul peribadi terpuji 

Kalimah Allah penuh karamah
Perjuangan dihadapi penuh tabah
Harungi cabaran onak duri
Menempa lautan syurga abadi

Budaya murni amalan terpuji
Terpancarlah iman di dalam diri
Nikmat iman ukuran sejati
Berjihad di landasan suci

:) semoga terhibur dengan irama yang anda cetuskan sendiri!

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>