Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Lirik Nasyid: Masyarakat Madani Tanpa Dadah

Masyarakat Madani Tanpa Dadah (2008)

Tingkatkan kesedaran
Kepada setiap bani insan
Bahaya dadah angkara syaitan
Merosakkan kehidupan

Tarafmu begitu hina
Kehadiranmu membawa petaka
Hanyalah pemusnah bangsa
Masyarakat kian binasa

Dadah… Kau adalah racun
Yang membunuh jiwa insan
Membawa derita sengsara
Memamah jasad manusia

Keseronokan hanya seketika
Khayalan sebentar cuma
Hidup di dunia tidakkan ceria
Di akhirat sana… kan mendapat seksa

Dadah… Kau adalah durjana
Imaginasi dusta di alam nyata
Membawa rasa kesedihan
Berakhir di laman kematian…

Lirik: Mohd Fikri bin Che Hussain (02/05/2008)

Kepada: SM Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

45 Responses to “Lirik Nasyid: Masyarakat Madani Tanpa Dadah”


  1. cm ni nk cari agu nie???

  2. dak_skeymaa

    emmm….
    bleh x sy amek cket2 ayat dlm lg nie ntuk pertandingan sjk nnt???
    nnt sy pepandai le ubah….
    please…….

  3. haziq

    lirik ok,tp lagu nak dengar kat ne?

  4. fikri

    Azimah – nak cari lagu apa?
    dak_skeymaa – boleh aje, tak kisah… :)
    haziq – lirik tu belum dibuat dalam bentuk lagu lagi, cuma diletakkan dalam laman yang sesuai dinyatakan (audio)


  5. to fikri……. saya amk lirik lagu nie…..
    wt sjk utk ptndgn sjk in my skool nt…
    ley ea???
    thx so much…..hahahahha


  6. kmi nk amek lirik nie utk pertandingan..
    tima kasih..
    byk sgt membantu…

  7. Fikri

    maliha – setakat sajak tak kisah, kalo buat lagu kena kasik sket royaltinye heheh :D

    animekahaniscimahepah – ehmm mai dari peghlih, jauh nih… :)

  8. Tehazim

    Boleh saya gunakan lirik lagu nie sbg sajak. Tanx.

  9. Fikri

    Tehazim – tidak ada masalah, gunalah…. :)

  10. adibah

    salam.fikri,boleh awk senaraikan ciri2 msyrakat madani tanpa dadah,langkah2 membentuk masyarakat madani tanpa dadah, faedah msyrakat madani tanpa dadah dan sumbangan masyarakt madani tnpa dadah?? please..

  11. adibah

    tolong bg isi2 tu k.sy sgt memerlukannya secepat mungkin..kerjasama fikri sgt sy hargai…

  12. fikri

    Sorry lambat reply….

    CIRI2 MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH
    bahagia, ceria, bekerjasama, bantu membantu, hormat menghormati dan berdaya saing.

    LANGKAH MEMBENTUK MASYARAKAT TERSEBUT
    kempen yang berterusan dalam masyarakat, usaha dan kerjasama dari pelbagai peringkat, pendidikan yang berkesan bermula dari sekolah rendah, usaha membenteras ke akar umbi oleh pihak berkuasa dengan bantaun masyarakat sekitar.

    FAEDAH & SUMBANGAN MASYARAKAT MADANI
    menjadi sebuah masyarakat yang kuat, maju dan mampu berdaya saing.
    mampu mewujudkan satu masyarakat yang disegani dan dihormati di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.
    melahirkan satu masyarakat yang berwawasan dan bertamadun.

  13. fikri

    Jika mahukan bantuan dengan cepat… sila mesej dalam chatbox (kotak chatting) dan hintkan dalam komen yang mana… untuk dilihat oleh saya, insya Allah saya akan cuba yang termampu.


  14. fikri kat mana nak dpt lagu nie ….
    kalau ada tlg bagi yek …
    sebab memerlukan sgt2
    huhu

  15. Fikri

    LAGU INI HANYA LIRIK SAHAJA… LAGUNYA BELUM DIALBUMKAN LAGI SETAKAT INI MEMANDANGKAN KOS MEMBUAT SEBUAH ALBUM MENCECAH PULUHAN RIBU RINGGIT… HIHIHI

  16. Fikri

    MASYARAKAT MADANI

    Masyarakat madani merupakan konsep yang membawa kepada pelbagai maksud: memiliki banyak arti atau sering diartikan dengan makna yang beza-beza. Bila merujuk kepada Bahasa Inggeris, ia berasal dari perkataan civil society atau masyarakat sivil, sebuah masyarakat yang berlawanan (kontraposisi) dari masyarakat ketenteraan (militerisme). Menurut Blakeley dan Suggate (1997), masyarakat madani sering digunakan untuk menjelaskan “the sphere of voluntary activity which takes place outside of government and the market.” Merujuk pada Bahmueller (1997), ada beberapa karakteristik masyarakat madani, di antaranya:

    1. Terintegrasinya individu-individu dan kelompok-kelompok eksklusif ke dalam sebuah masyarakat melalui kontrak sosial dan perjanjian sosial.

    2. Mengembangnya kekuasaan sehingga kepentingan-kepentingan yang mendominasi dalam masyarakat dapat dikurangi oleh kekuatan-kekuatan alternatif.

    3. Dilengkapi program-program pembangunan yang didominasi oleh negara dengan program-program pembangunan yang berasaskan kemasyarakatan.

    4. Wujudnya kerjasama dari kepentingan individu dan negara kerana keanggotaan organisasi-organisasi sukarelawan mampu memberikan idea terhadap keputusan kerajaan.

    5. Berkembangnya kreativiti yang pada asalnya didominasi oleh rejim-rejim kerajaan mutlak.

    6. Meluasnya kesetiaan (loyalty) dan kepercayaan (trust) sehingga individu-individu mengakui keterkaitannya dengan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

    7. Adanya pembebasan masyarakat melalui kegiatan badan sosial dengan berbagai ragam perspektif.

    Dari beberapa ciri tersebut, dapat dikaitkan bahawa masyarakat madani adalah sebuah masyarakat demokratik di kalangan anggotanya menyedari hak-hak dan kewajibannya dalam menyuarakan pendapat dan mewujudkan kepentingan-kepentingannya. Badan pemerintahannya memberikan peluang yang luas bagi kreativiti setiap rakyat dan warganegara untuk mewujudkan program-program pembangunan di wilayahnya.

    Namun demikian, masyarakat madani bukanlah masyarakat yang mudah diwujudkan disebabkan sesebuah masyarakat madani ini adalah berkonsepkan pada pembentukan galuran sejarah yang panjang dan perjuangan yang berterusan.

    Bila dikaji, masyarakat di negara-negara maju yang sudah dapat dinyatakan sebagai sebuah masyarakat madani, maka terdapat beberapa prasyarat yang harus diikuti untuk menjadi masyarakat madani iaitu dengan adanya democratic governance (pemerintahan demokratik yang dipilih dan berkuasa secara demokratik dan democratic civilian (masyarakat sivil yang sanggup menjunjung nilai-nilai civil security; civil responsibility dan civil resilience). Apabila dihurai, dua kriteria tersebut menjadi tujuh prasyarat utama bagi kewujudan masyarakat madani seperti berikut:

    1. Dapat memenuhi kehendak individu, keluarga dan anggota masyarakat.

    2. Berkembangnya modal manusia (human capital) dan modal sosial (social capital) yang kondusif bagi terbentuknya kemampuan melaksanakan tugas-tugas kehidupan dan terjalinnya kepercayaan dan hubungan sosial antara kelompok.

    3. Tidak adanya diskriminasi dalam berbagai bidang pembangunan; dengan kata lain terbukanya akses terhadap pelbagai kemudahan sosial.

    4. Adanya hak, kemampuan dan kesempatan bagi masyarakat untuk terlibat dalam berbagai forum untuk isu-isu yang berbangkit dengan kepentingan bersama.

    5. Adanya aktiviti antara kelompok dalam masyarakat serta tumbuhnya sikap saling menghargai perbezaan antara budaya dan kepercayaan.

    6. Terselenggaranya sistem pemerintahan yang memungkinkan lembaga-lembaga ekonomi, hukum dan sosial berjalan secara produktif dan berkeadilan sosial.

    7. Adanya jaminan, kepastian dan kepercayaan antara jaringan-jaringan kemasyarakatan yang memungkinkan terjalinnya hubungan dan komunikasi antara mereka secara teratur, terbuka dan terpercaya.

  17. najime

    pandai awak buat lagu tapi… sayang tak boleh dengar…

  18. diyana

    to fitri….
    bley x sye ambil lgu ini n ltak kat buku skrap untuk ppda…..
    coz tjuk masyarakat madani tanpa dadah sme dengan apew yg sye nk uat……

  19. ieyLa

    tabley play ke…?


  20. wei..kitorg pun nak cari sajak nie ada pertandingan ANTARABANGSA….

  21. hamba_ALLAH

    Sy amt kgum dgn sikp prihatin fikri.! Kbnykn bl0gger atau pngguna web jarang mngambil pduli tntang s0alan2 yg diajukn pngunjung web..Mlah mreka kdang2 mmbalas kata2 kesat krna bg mreka, org lain xmngenali mreka,.. Tp fikri siap bg isi2 psal s0aln2 y bkaitn dgn msyrkt mdani y org tnya. Bgus! Sy bngga msih ada lg rkyat mlysia y mcm ni..! truskan dedikasi dlm usha y sgt mmbri manfaat kpd gnerasi muda ini..!

  22. a7x

    SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W

    “SESUNGGUHNYA TANDA TANDA KIAMAT ITU
    DIANTARANYA UMATKU MENIKAHI DEGAN TANGAN
    SENDIRI………


  23. Bestnyer lirik nih!!! Sebenarnya nak guna untuk buat persembahan kat sekolah.
    Tp malu. Dah lah tu, sehari sebelum nak perform baru dapat sajak. Harap2lah dapat berjalan dengan lancar..amin….


  24. assalamualaikum,
    kepada encik yang berkenaan ;]
    saya ingin meminjam lagu ini,untuk saya deklamasikan bagi pertandingan sjk ;]
    saya harap pihak tuan dpt bg izin ;]

  25. hidayah

    blh tak mntk izin nk guna lirik lagu ni utk deklamasikan sajak coz ayat2 dia mmg best..please..

  26. niena

    i wish if u have this tajuk which is
    MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH
    in a form of karangan
    i had to write a karangan with 1000words
    can anybody help me??

  27. niena

    i need it as a karangan for ppda

  28. Fikri

    maaf saya tak ada karangan berkaitan tajuk tersebut… ini hanyalah permintaan beberapa sahabat yang inginkan lirik nasyid berkaitan tajuk tersebut…
    saya pasti anda boleh cari di search engine kerana terdapat banyak tajuk berkaitan dan anda perlu kreatif untuk mengaitkan antara satu sama lain.
    Wallahu a’lam

  29. nurul

    salam.saudara…sy ingin mntk izin copy sjak ni bg lirik nsyid 4 ptndngn sek sempena krnvl seni pncghn dadah x lm lg.hope saudra izinkn….time ksih


  30. Hi!!!

  31. Fikri

    dipersilakan… nurul

  32. fay

    erm..
    saya rasa lirik nie memang sesangat lah best..
    boleh tak saya gna ayat dalamnya ckit2??
    irama saya nak ubah..
    saya nak rencakkan lg..
    saya baru berumur 14 thn..
    hehhe..
    jd x pndai sgt buat lirik..
    boleh tak??

  33. fay

    erm..boleh tak buat lirik lagu untuk saya??
    tentang kesan dadah dan ada sedikit pasal allah memurkainya..
    tujuan saya sama nurul sama jekz..
    cma saya nie pengumpul nasyid dan suka sangat mengubah rentak iramanya..
    heheheh..
    xpe kalau x dapat..

    (^_^)!!

  34. Fikri

    fay…

    atas sebab terlalu ramai org menggunakan sajak ni…
    saya terpaksa mengolah beberapa buah sajak berkaitan dadah bagi tujuan tersebut…

    lihat di link ini…

    http://alamghiri.blogspot.com/2009/04/masyarakat-madani-tanpa-dadah.html

    sekian terima kasih…

  35. fay

    Dadah
    Tika dulu kau bagai penawar
    Mengukir sejarah dibidang perubatan
    Penyelamat nyawa tika kesakitan

    Namun kini
    Martabatmu begitu hina
    Kehadiranmu membawa petaka
    Kau hanyalah pemusnah
    Generasi dunia

    Kau umpama racun
    Yang membunuh jiwa insan
    Membawa derita . . . sengsara
    Memamah jasad manusia

    Keseronokkan hanya seketika
    Khayalan cuma sementara
    Hidup di dunia tidakkan ceria
    Di akhirat sana kan mendapat seksa

    Dadah kau adalah durjana
    Hadirmu membawa derita
    Khayalan sementara cuma imiginasi dusta
    Di bumi nyata
    Membawa kesedihan mengundang derita
    Berakhir di laman kematian

    okay tak??
    hehehehhe..
    saya tmbah bnyak dr blog http://pantuncyber.wordpress.com/2007/05/01/sajak-dadah-durjana/

  36. nabilah mustafa

    i juz want to take yours..

  37. Yatt

    salam….
    saya pon nk mnta izin dr saudara….
    adik saya nk msk ptndingan…..
    harap saudara izin kan yee….

  38. garfield

    salam… blh kan sy gnakan isi2 saudara utk p’tndgn kmi?

  39. mus'

    salmualaikum…
    sedara bleh x saya nak guno lirik nie….
    sebab sya nak bertanding nanti…..

  40. Fikri

    ehmm dipersilakan mengambil lirik tsbt sama ada utk sajak atau buat lagu…

  41. muslimah

    salam..
    disini sye ingin minta izin dri sedara utk ambi lirik lgu nie..blhh kn.??
    harap diizinkn..nie utk pertandingan skola sye..ssh nk cri nie..

    ok…thanxx

  42. nina

    salam.
    walaupn fikri da bg kbenaran utk amik lirik ni utk sajak, tapi sy masih mohon kebenaran utk amik lirik tu utk adik sy.katanya utk sajak.
    terima kasih.

  43. sir

    tuan fikri..sy nak minta izin utk ambil sikit isi lirik lagu tuan utk prtndingan sajak sek sy..harap tuan fikri izinkan..

    fay..den pn pinjam sajak ko sikit yo..tq

  44. rabiatuladawiyah

    i will take ur lirik lagu ini 4 pertandingan sajak k..tq..

  45. hazwann

    salamm..sye nak ambik lirik nie utk pertandingn skolah boleh??heheh halaLkan eyh..tme kasehhh..

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>