Lirik Nasyid: MINDA HADHARI INSAN BESTARI (Mac 08)
Kepada rakan yang meminta agar lirik nasyid ini ditulis, saya sempat membaca respon yang dikemukakan kepada saya semalam. Apa pun saya doakan kumpulan nasyid saudara/i semoga berjaya… saya bantu setakat mana yang termampu atas kurnia Allah kepada saya, jangan lupa doakan keampunan buat saya serta dipermudahkan segala urusan di dunia ini sebelum menemui Ilahi… wa biHi nasta’ien
MINDA HADHARI INSAN BESTARI I
Kelopak Mentari Menyinari
Selepas Purnama Menghiasi
Begitulah Alam Maya Ini
Pabila Islam Menguasai
Iman Dan Islam Meliputi Segala
Di Jiwa Sanubari Terpapar
Bangkit Gah Menyelubungi
Laksana Bintang Menyeri Pagi
Ilmu Pengetahuan Perlu Dicari
Untuk Menjadi Ummah Hadhari
Dipimpin Golongan Bestari
Umat Hebat Terus Dihormati
Binakan Hidup Yang Harmoni
Mungkar Dan Keji Dihindari Dari Diri
Akhlak Dan Budaya Baik Diungguli
Minda Hadhari Insan Bestari
Lirik: Mohd Fikri bin Che Hussain (22/03/2008)
Kepada: SMK Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
MINDA HADHARI INSAN BESTARI II
Islam Di Puncak Cemerlang
Kehebatannya Terus Dijulang
Walau Ditohmah Dan Difitnah
Oleh Musuh Bernafsu Serakah
Teguhkanlah Benteng Iman
Perkukuhkanlah Angkatan
Persiapkanlah Kelengkapan
Untuk Hadapi Seteru Dan Lawan
Ibadah Janganlah Diabaikan
Segala Rukun Perlulah Dilaksanakan
Usah Ragu Dengan Janji Tuhan
Pasti Nanti Tercapai Kemenangan
Ilmu Pengetahuan Pasti Dimiliki
Jangan Dibiar Kejahilan Diri
Masyarakat Islam Akan Terus Disegani
Minda Hadhari Insan Bestari
Lirik: Mohd Fikri bin Che Hussain (22/03/2008)
Kepada: SM Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor
MINDA HADHARI INSAN BESTARI III
Dulu Wajah Suram Purnama
Kembali Menjadi Sinar Ceria
Terbungkam Rasa Kecewa
Beralih Rasa Gembira
Walau Pepohonan Kian Rapuh
Akar Berumbut Tetap Teguh
Bak Iman Di Jiwa Tetap Utuh
Disanggah Ujian Takkan Luruh
Dalam Mentari Terpancar Misteri
Lambaian Sinarnya Tetap Pasti
Begitulah Ilmu Penongkat Diri
Minda Hadhari Insan Bestari
Iman Itu Datang Dan Pergi
Jangan Dibiar Nafsu Bersemi
Kekuatan Diri Harus Diganti
Berteras Ilmu Sukma Di Hati
Lirik: Mohd Fikri bin Che Hussain (02/04/2008)
Kepada: SMK Belara, Kuala Terengganu, Terengganu



SMK Cochrane,Sri Gombak,Selangor?Di mana,ya?Are u sure it’s not SMK Hillcrest,Sri Gombak,Selangor? =)
A’ah… itu Hillcrest, sorry.. Cochrane kat area Kg. Pandan kan?… Hari tu diorg buat bangunan baru 7 tingkat…. sorry laa silap!
keren banget…………..