Abdul Hayy al-Laknawi al-Ansari [1264-1304H]
Nama penuh beliau ialah al-Imam Abdul Hayy bin Abdul Halim al-Laknawi al-Ansari (w1304H). Beliau dilahirkan di Banda,
Imam Abdul Hayy berkomentar mengenai dirinya sendiri: “Antara kurniaan ALLAH kepadaku ialah aku dianugerahkan cenderung kepada selok belok ilmu hadis dan keilmuannya. Aku tidak akan bertapak pada sesuatu masalah yang aku tidak dapati asasnya berpangkal pada sebarang hadis atau hanya sepotong ayat al-Quran. Segala apa yang menyalahi hadis sahih, sudah pasti aku akan meninggalkannya.”
Antara peninggalan beliau ialah:
- al-Raf’u wa al-Takmil fi Jarh wa al-Ta’dil;
- al-Ajwibat al-Fadhilah ‘an al-As`ilah al-‘Asyarah al-Kamilah;
- al-Ta’liq al-Mumajjad ‘ala Muwattha` al-Imam Muhammad;
- Zhafr al-Amani fi Syarh al-Mukhtasar al-Mansub li al-Jurjani; dan,
- al-Atsar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah.
Begitu banyak terdapat karyanya dan ada pihak yang mengatakan hasil karyanya adalah sekitar 115 buah dalam pelbagai topik. Beliau meninggal dunia pada tahun 1304H dalam usia baru mencecah 39 tahun.
Semoga Allah merahmatinya dan kita semua!


