Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Arthur John Arberry (1905-1969)

Beliau dilahirkan di bandar Portsmouth di selatan England pada 12hb Mei tahun 1905. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Cambridge di jurusan Bahasa Klasik Latin dan Yunani (Greek). Tidak lama kemudian salah seorang pensyarahnya menggalakkan beliau mengambil pengajian di bidang bahasa Arab dan Parsi.

Usaha dan semangat beliau dalam mempelajari bahasa tersebut mendorongnya untuk mengembara ke negara Mesir bagi menumpukan penguasaan di dalam bahasa Arab. Akhirnya beliau berkemahiran dalam menuturkan bahasa Arab dan Parsi dengan begitu baik. Tidak berapa lama sekembalinya ke England, beliau datang semula ke Mesir untuk bekerja sebagai ketua jabatan di Fakulti Kesusasteraan universiti terbut di bidang Pengajian Bahasa Klasik (Latin dan Yunani) pada tahun 1932 hingga 1934.

Dalam tempoh itu juga beliau sempat mengunjungi Palestin, Syria dan Lubnan. Seterusnya beliau bertugas pula sebagai setiausaha bagi Perpustakaan Diwan India dari tahun 1934 hingga tahun 1939. Kemudiannya, beliau telah dilantik menjawat jawatan sebagai pegawai ikhtisas bagi Kementerian Perang Britain di India pada tahun 1940 hingga 1944 iaitu pada era Perang Dunia Ke-2. Tugas yang dipegangnya adalah di Bahagian Penerangan serta Penyiasatan Laporan Penghantaran.

Beliau menerbitkan bukunya yang berjudul ‘Orientalis Britain’ pada tahun 1943. Setelah itu beliau dilantik sebagai profesor Bahasa Arab di Akademi Bahasa-bahasa Timur dan Afrika dan kemudiannya berpindah ke Universiti Cambridge bagi menggantikan kekosongan jawatan profesor Bahasa Arab di sana.

Setelah itu, beliau menjadi pensyarah bahasa Arab di Universiti London dan menerbitkan beberapa buah buku dalam bahasa Arab serta turut menyusun bibliografi di dalam bahasa Arab untuk Perpustakaan Schesterbetty di Dublin, Ireland. Manakala di India pula, beliau telah menyusun bibliografi manuskrip Islam di dalam bahasa Inggeris sebagai sumber rujukan kepada pengunjung Perpustakaan Diwan India sebagaimana yang dilakukannya sebelum itu.

Bibliografi itu diikuti dengan sambungan yang kedua telah dicetak di Cambridge pada tahun 1952. Selain daripada itu, beliau turut menyumbangkan tulisan kajian dan artikel mengenai beberapa orang tokoh Arab serta karya mereka di dalam majalah dan buku-buku akademik yang berbahasa Inggeris.

Beliau begitu menekuni bidang Kesusasteraan Arab dan sanggup berusaha menterjemahkan drama kisah cinta Laila dan Majnun yang dihasilkan oleh Ahmad Shawki. Selain itu, beliau turut menyemak semula buku bertajuk ‘Pengenalan Ilmu Tasawuf’ yang kemudian mendorongnya untuk membuat kajian lebih mendalam terhadap topik tersebut. Beliau juga berusaha menerbitkan buku bertajuk “Kedudukan dan Hala Tuju’ karya al-Nafari yang akhirnya diterjemahkan pula ke dalam bahasa Inggeris.

Antara kesungguhannya adalah dengan melakukan penterjemahan makna al-Quran al-Karim ke dalam bahasa Inggeris yang pada mulanya diterbitkan beberapa ayat pilihan dengan mukadimah secara panjang lebar pada setiap maksudnya. Beliau menghabiskan penterjemahan itu secara keseluruhannya dan diterbitkan pada tahun 1955.

  • Harap anda nyatakan sumber sedutan dari blog ini bagi lebih meluas lagi tersebarnya ilmu berkaitan para orientalis ini. Saya ketengahkan segala biografi ini memandangkan terdapata banyak idea mereka diguna pakai oleh umat Islam dalam berhujah sejak mutakhir ini. Wassalam…
Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>