Duncan Black MacDonald (1863-1943)
Beliau merupakan orientalis berbangsa Amerika yang berasal dari England. Mendapat pendidikan awalnya di Glasgow, Scotland, kemudian berpindah ke Jerman dan mempelajari hal ehwal ketimuran daripada tokoh orientalis di sana iaitu Josef Schacht. Beliau turut mempelajari bahasa Arab, Ibrani (Yahudi) dan Suryani (Assyrian). Beliau kemudiannya berhijrah ke Amerika pada tahun 1893 untuk mengajar bahasa-bahasa Semitik.
Beliau di kalangan tokoh orientalis yang berpengetahuan luas mengenai agama Islam dan banyak menulis berkaitannya. Beliau banyak menulis artikel dan kertas kerja berkaitan dengan kebudayaan Islam dari pelbagai aspek. Beliau menerbitkan sebuah buku Bibliografi Manuskrip Bahasa Arab dan Turki untuk kegunaan di Perpustakaan Newberry di Chicago serta memelihara sebuah buku bertajuk Hikayat 1001 Malam dengan himpunan beberapa helai halaman yang tidak terdapat pada manuskrip yang lain.
Ketekunan beliau dalam mempelajari teologi Islam telah membuatkan beliau begitu cenderung mengkajinya. Ini membuatkan beliau menyimpan buku Hikayat 1001 Malam adalah dengan anggapan bahawa buku tersebut membayangkan kewarakan seorang muslim terhadap pegangan akidah agamanya (fahaman serong kebanyakan para orientalis – fikri).
Pada tahun 1911, beliau telah mengajar di Hartford Theological Seminary bersama-sama dengan Samuel Zweimer. Pada tahun yang sama mereka berdua menerbitkan majalah ‘Dunia Islam’ (the Moslem World). Isi kandungan majalah tersebut memaparkan kajian mereka terhadap bidang perundangan Islam serta penyelidikan dalam lapangan bahasa. Kini pusat penyelidikan Hartford Theological Seminary yang diasaskan oleh beliau terus digunakan sebagai sebuah pusat kajian dan penyelidikan Islam dengan namanya diubah kepada Duncan Black Macdonald Center, bersempena namanya.
-
Bulan Ramadan ini adalah bulan membaca sebagaimana penurunan al-Quran pada wahyu pertama yang menggalakkan agar kita membaca. Allahumma faqqihna bil Qurani al-’Adzhim!


