Edmund Castell [1015-1097H – 1606-1685M]
Beliau berasal dari Hatley di wilayah Cambridge, England dan merupakan antara tokoh terawal yang mengajar bahasa Arab di Universiti Cambridge. Karyanya yang paling unggul ialah sebuah “Kamus” yang dikumpulkan bersama-sama bahasa Semitik seperti bahasa Arab, Yahudi, Suryani dan sebagainya.
Sepanjang 18 tahun beliau bergiat dalam melengkapkan penulisan kamusnya itu, beliau meluangkan masa dari 16 jam hingga 18 jam sehari. Beliau mengupah 14 orang pembantu serta membelanjakan wangnya sehingga mencapai £12,000. Kesungguhan beliau dalam usahanya ini, menyebabkan beliau ditimpa kemiskinan, semata-mata untuk menyiapkan kamusnya. Pada tahun 1667, beliau telah dihukum penjara kerana tidak dapat melangsaikan hutang kepada adiknya. Setelah dipenjarakan akibat tidak mampu membayar hutang adiknya, beliau telah mengarang sebuah buku puisi yang dituju khas kepada raja yang membuatkan beliau terlepas dari hukuman. Beliau telah dilantik semula sebagai profesor Bahasa Arab di Cambridge.
Sebelum beliau mengambil alih semula penterjemahan Kamus Heptaglotton, Castell turut membantu Dr. Brian Walton dalam penyediaan karya penterjemahannya iaitu “Polyglott Bible”. Segala hasil usahanya ini diwasiatkan untuk ditinggalkan kepada Universiti Cambridge. Beliau meninggal dunia pada tahun 1685M di Higham Gobion, Bedfordshire, England, ketika menjawat jawatan sebagai seorang rektor.
(sedutan kisah ini dinukil dari Buku Biografi Tokoh Orientalis - dapatkannya sekarang!)
- Cuba perhatikan usaha dan kesungguhan seorang Inggeris dalam memahami bahasa Arab kerana mereka nampak nilai bahasa itu. Sayang sekali, kita yang mempunyai ruang dan kesempatan tidak mengambil bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Sedangkan penggunaan bahasa Arab adalah lebih banyak kita gunakan berbanding bahasa Inggeris jika diperhatikan. Tak percaya? Kita beribadah dengan bersembahyang dan segalanya adalah menggunakan bahasa Arab 100%. Mana ada kita campurkan dengan bahasa lain. Hakikat penggunaan kita dengan bahasa kedua seperti Inggeris hanyalah interaksi dengan rakan pejabat, jiran dan segelintir manusia sahaja. Tetapi, kita gunakan bahasa Arab adalah untuk berinteraksi dengan Allah Taala! Mana bagus?!
- Cintailah bahasa Arab sebagaimana para orientalis yang tak tahu apa-apa tentang keindahan Islam dan tidak menganut pun ajarannya turut mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh!
Amin ya Rabb!


