Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Ignez Goldziher [1266-1340H – 1850-1921M]

Beliau dilahirkan pada 22hb Jun 1850, berasal dari Hungary berketurunan Austro-Hungary dan beragama Yahudi . Beliau belajar mengenai bahasa timur di Budapest, Berlin dan Leipzig . Beliau merupakan seorang tokoh yang amat mahir berbahasa Arab dan pengkaji agama Islam secara spesifik dan mendalami kajian spiritual secara umum serta mampu menguasai ilmu hadis Nabi s.a.w, beliau juga merupakan seorang pelopor kepada gerakan anti-Hadis yang berleluasa kini.

Pelopor-pelopor golongan ini yang terkenal kurun ini seperti Rashad Khalifa, Nurcholish Majid, Ismail Adham, Kassim Ahmad dan Othman ‘Ali. Kebanyakan pendapat mereka yang mengatakan bahawa hadis tidak perlu di dalam syariat Islam, adalah ambilan hujah-hujah dari kalangan orientalis terutamanya Ignez Goldziher di dalam bukunya “Muhammedanische Studien” dan Joseph Schact di dalam bukunya “An Introduction to Islamic Law”.

Karier ilmiahnya bermula pada usianya sekitar 16 tahun. Pada usia tersebut beliau sanggup menterjemahkan 2 buah kisah berbahasa Turki ke dalam bahasa Hungary yang dimuatkan dalam majalah. Selain itu juga, pada usia seawal 16 tahun itu beliau sudah terbiasa dengan membahas buku besar, memberi ulasan dan kritik-kritik terhadap buku yang ada, koleksi ulasan yang dihasilkannya mencapai 592 buah.

Buku klasik pertama yang menjadi sasaran kajiannya ialah “al-Zhahiriyah: Mazhabuhum wa Tarikhuhum” yang diterbitkan pada tahun 1884, sekalipun jika dilihat dari judulnya yang hanya berkisar mengenai mazhab Zhahiri sahaja, tetapi kenyataannya adalah sebuah kajian yang baik sebagai pengantar memasuki perbahasan Fiqh. Beliau tidak membatasi kajiannya hanya pada aliran Zhahiriyah sahaja malah turut membicarakan mengenai Usul al-Fiqh berpandukan hujah dan usul mazhab-mazhab secara terperinci.

Beliau juga menceritakan mengenai latarbelakang timbulnya sesebuah mazhab dan usul mazhab mereka, kajian ijmak dan tokoh-tokoh setiap mazhab, perbezaan dan persamaan mazhab Zhahiri dengan mazhab-mazhab yang lain. Beliau turut membicarakan mengenai perkembangan mazhab Zhahiri dalam kaitan permasalahan usul sejak Ibn Hazm hingga kepada Ibn Taimiyah dan al-Maqrizi berpandukan sumber-sumber utama dalam setiap pembahasannya.

Pada tahun 1873, beliau berlepas ke Syria dan di sana beliau mengenali Syeikh Thahir al-Jaza`iri  dan bersahabat dengannya beberapa ketika serta sempat mengunjungi bumi Palestin dan Mesir di masa tersebut.

Manakala di Mesir pula, beliau telah bersahabat dengan beberapa orang ulama’ Universiti al-Azhar. Sebaik sahaja beliau pulang, beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Budapest sehinggalah beliau meninggal di sana. Beliau mempunyai artikel dalam pelbagai bahasa seperti Jerman, Inggeris dan Perancis di dalam lapangan dan jurusan ilmu pengajian Islam seperti fiqh Islam, al-hadis, akidah Islam dan sastera Arab. Bahkan sesetengahnya, telah pun diterjemahkan ke bahasa Arab.

Kolej Pengajian Bahasa-bahasa Timur di Paris telah menerbitkan karangannya yang telah dialih bahasa ke dalam bahasa Perancis. Antara hasil terbitannya di dalam bahasa Arab ialah buku “Diwan al-Hathi’ah” dan sebahagian besar daripada kitab “Fadha’ih al-Bathiniyah” (Keburukan Puak Batiniyah) yang dikenali sebagai al-Mustazhari karya Imam al-Ghazali.

Diterjemahkan pula beberapa buah kitab dari bahasa Arab ke bahasa Jerman seperti kitab “Taujih al-Nazhar ila Ilmi al-Atsar” karya Syeikh Tahir al-Jazairi, kitab “al-Ma`marin” karya al-Sijistani dan sebagainya. Kitabnya yang diterjemahkan ke bahasa Arab dan penuh dengan penyelewengan bertajuk “al-Aqidah wal-Syari’ah fi al-Islam” (Akidah dan Syariah dalam Islam). Beliau telah meninggal dunia pada 13hb November 1921 .

(Sedutan dari Buku Biografi Tokoh Orientalis - dapatkannya sekarang!)

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>