Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Louis Massignon (1883-1962)

Beliau dilahirkan di Paris dan mendapat pendidikan awal di sana. Beliau berjaya memperolehi Diploma Pengajian Tinggi (Sarjana) dengan subjek tumpuannya adalah mengenai negara Maghribi atau negara bahagian Afrika Utara. Beliau juga memperolehi Diploma Bahasa Arab dari Kolej Pengajian Bahasa-bahasa Timur di Paris dengan menguasai bahasa Arab Fushah dan juga dialek pasarnya.

Beliau telah melawat dua negara Arab Afrika Utara yang terbesar dan menjadi lokasi kunjungan para orientalis sebelum itu iaitu Algeria dan juga Maghribi. Sewaktu di Algeria beliau telah menjalinkan hubungan dengan beberapa orang tokoh orientalis terkenal seperti Goldziher, Snouck Hurgronje dan ramai lagi.

Beliau telah bertugas di Akademi Kajian Arkeologi Timur di bawah kelolaan Kerajaan Perancis yang terletak di Kaherah sepanjang tahun 1907 hingga tahun 1908. Pada tahun 1909 beliau masih berada di Mesir dan berusaha menghadiri beberapa subjek mata pelajaran yang dijalankan di al-Azhar dengan mengenakan pakaian yang sama dipakai oleh para penuntut al-Azhar waktu itu.

Beliau telah mengunjungi beberapa buah kota negara Islam seperti wilayah Hijaz di Semenanjung Arab, Kaherah, Bait al-Maqdis, Lubnan dan juga Turki. Sekembalinya ke Perancis beliau telah ditugaskan sebagai pengerusi bagi Perhimpunan Islam di Akademi Perancis dari tahun 1919 hingga tahun 1924. Beliau menjadi pensyarah utama dari taun 1926 hingga tahun 1954, selain menjawat jawatan pengetua jabatan kajian di Sekolah Pengajian Tinggi sehingga pencen pada tahun 1954.

Louis Massignon terkenal dengan subjek tumpuan beliau adalah berkenaan dengan ilmu tasawuf Islam. Beliau mengkhususkan kajiannya berkaitan dengan tokoh tasawuf yang ditolak oleh sebahagian ulama Islam iaitu al-Hallaj yang dikira sesat dari aspek akidahnya. Tokoh-tokoh sebeginilah yang akan diutamakan oleh orientalis seperti Louis Massignon dalam usaha membela dan menegakkan akidah kesesatannya di tengah masyarakat Islam.

Beliau telah menyemak Diwan al-Hallaj iaitu sebuah himpunan antologi puisi Hallaj yang sesat berjudul al-Thawasin. Tesis yang diusahakan bagi mendapat ijazah kedoktorannya pula berjudul Penderitaan al-Hallaj – Syahid Ilmu Tasawuf setebal dua jilid. Tesis ini dibukukan dan ia diantara buku yang cukup berpengaruh dengan mencapai hampir seribu halaman muka surat. Buku ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan berjaya mempengaruhi sebahagian besar anak-anak Islam yang belajar di sana dalam mengembangkan semula pengaruh teori al-Hallaj ke dalam dunia Islam.

Selain itu, Louis Massignon juga adalah seorang yang sangat menumpukan kajian terhadap ideologi Syiah dan pertumbuhan kumpulannya. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat memusuhi Islam dan menggunakan segala kepakarannya dalam usaha membantu Kerajaan Perancis mencapai segala hasrat mereka sewaktu era kolonialisme di sekitar Algeria, Maghribi dan Tunisia. Hinggakan setiap usaha yang akan dilakukan oleh pihak Perancis, mereka akan meminta khidmat nasihat daripada beliau terlebih dahulu.

  • Maaf kerana terlalu lama menghilang. Saya menghabiskan masa dengan menyediakan sebuah gerai buku bernama Darul Hadis untuk meneruskan penyebaran ilmu. Doakan usaha saya ini mencapai kejayaan… :)
Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>