William Montgomery Watt (1909-2006)
Beliau dilahirkan pada 14 Mac 1909 di Ceres, Fife, Scotland. Semasa beliau baru berusia 14 bulan, ayahnya iaitu Andrew Watt telah meninggal dunia. Beliau telah melanjutkan pelajaran di beberapa tempat seperti di Akademi Larkhall, Scotland dari tahun 1914-1919, di Kolej George Watson di Edinburgh dan Universiti Edinburgh dari tahun 1927-1930. Seterusnya beliau menyambung di Kolej Balliol, Universiti Oxford dari tahun 1930-1933 dan Universiti Jena (Friedrich-Schiller-Universität) di Jerman pada tahun 1933.
Selanjutnya beliau kembali belajar di Universiti Oxford pada tahun 1938 hingga 1939 dan Universiti Edinburgh dari tahun 1940 hingga 1943. Tidak lama selepas itu, beliau bekerja sebagai pemantau di beberapa buah gereja di sekitar London dan Edinburgh. Beliau adalah seorang paderi yang bermazhab Episkopal di Gereja Episkopal Scotland (the Scottish Episcopal Church). Beliau juga seorang yang pakar dalam Bahasa Arab dan mengajarkannya kepada uskup atau Biskop iaitu ketua paderi mazhab Kristian Anglikan di Bait al-Maqdis dari tahun 1943 hingga 1946.
Selain itu, beliau turut menganggotai Komuniti Iona (Iona Community) yang cuba menyatupadukan mazhab-mazhab Kristian yang berpusat di Scotland pada tahun 1960. Beliau menjawat jawatan sebagai ketua jabatan Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Edinburgh dari tahun 1947 hingga 1979.
Dalam waktu itu juga beliau dilantik sebagai pensyarah tetap di sana pada tahun 1964, selain menjadi pensyarah pelawat di beberapa buah universiti luar seperti Universiti Toronto 1963 dan 1978, Kolej de France di kota Paris pada tahun 1970, Universiti Georgetown di Washington pada tahun 1978 hingga 1979. melihatkan kecemerlangannya itu beliau turut dikurniakan penghargaan dari Universiti Aberdeen.
Beliau banyak menghasilkan karya penulisan dan diberikan gelaran sebagai Profesor Emeritus dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Edinburgh. Watt dikenali sebagai orang bukan Islam yang paling terkehadapan dalam menterjemahkan ajaran Islam di Barat. Beliau juga adalah salah seorang tokoh sarjana yang cukup berpengaruh di lapangan Pengajian Islam dan sering disebutkan juga oleh sarjana Islam.
Beliau turut menumpukan bidang penulisannya berkaitan dengan biografi Nabi Muhammad. Antara karyanya yang begitu masyhur di Eropah adalah buku bertajuk ‘Muhammad di Makkah (1953)’, ‘Muhammad di Madinah (1956)’, ‘Muhammad adalah Nabi dan Pemimpin’, ‘Falsafah Islam dan Akidah’, ‘Ideologi Politik Islam’, ‘Pengaruh Islam di Eropah pada Kurun Pertengahan’, ‘Fundamentalis Islam dan Peristiwa’, ‘Hubungan Islam dan Kristian’ dan sebagainya.
Karyanya yang terakhir adalah buku berjudul, ‘Sejarah Islam di Sepanyol’ (1996), ‘Hakikat Agama Pada Kurun Kita’ (1996), ‘Peringkat Pembentukan Pemikiran Islam’ (1998), ‘Ringkasan Sejarah Islam’ (1999) dan sebagainya. Selepas pencen dari kerjanya, beliau kembali memegang jawatan dalam hal ehwal keagamaan di sebuah gereja di Edinburgh. Sebahagian wartawan Arab menggelarnya sebagai ‘Orientalis Terakhir’ (the Last Orientalist). Beliau meninggal dunia di Edinburgh pada 24 Oktober 2006 dalam usia 97 tahun.



Salam,
Apa khabar agaknya, lama tak update blog. Saya ada satu pertanyaan merangkap meminta bantuan, boleh tak sdr bantu saya mencari seorang pahlawan Islam yang bernama Ibn Qasi yang telah menawan kota Seville di Portugal dahulu, maklumat yang dapati di wikipedia amat terbatas. Utk makluman sdr, saya sedan menyiapkan novel fantasi fiksyen yang melibatkan sejarah Portugal dan orang2 Islam di sana, selain itu fakta Keajaan Andalusia yang menawan kota2 di Portugal begitu kabur. Lagipun tau2 sajalah fakta yang diberikan oleh mrk belum tentu betul. Dan selamat menyambut ramadhan mubarak …
Salam kembali,
Kesibukan kepada perkara lain telah mengekang penulisan saya. Masih ada urusan yang perlu dikemaskinikan. Insya Allah nanti akan diisi dengan input baru. Saya sendiri belum pernah mendengar mengenai Ibn Qasi. Mungkin Ibn Qasim? Lagi satu, kota Seville dalam wilayah Andalusia di selatan Sepanyol kini.
Cuma ada iaitu Banu Qasi dari pihak muwalad = peranakan Sepanyol yang memeluk Islam. Mereka ini bersekongkol dengan pihak Kristian dalam menyerang kerajaan Islam-Arab seperti kerajaan Asturian dan juga kerajaan Pamplona. Mereka ini adalah dinasti dan antara pemukanya ialah Musa bin Musa Ibn Qasi. Memang tidak banyak maklumat yang terhidang berkaitan dinasti ini.
Saya ada sebuah buku berkaitan Islam di Sepanyol dalam bahasa indon yang dialihbahasakan dari buku inggeris. Mungkin buku itu juga tidak ada menyebutkan kisah Ibn Qasi, tapi saya amat tertarik dengan watak al-Hajib al-Mansur seorg pembantu sultan dan akhirnya merangkap penguasa penuh kerajaan Andalusia.
Tidak banyak maklumat dipaparkan mengenai kisah sejarah Andalusia setakat yang saya ketahui. Dalam bahasa Arab cuma ada dua penulis yang bergiat dalam lapangan tersebut iaitu Dr. Raghib al-Sirjani – penulis buku Misteri Solat Subuh dan juga Dr. Tariq al-Suweidan. Seorang lagi penulis Arab terkenal masa kini dalam lapangan sejarah Islam berasal dari Libya iaitu Dr. Ali Muhammad al-Salabi, masih banyak karya sejarah beliau menurut rentetan zaman di setiap dinasti Islam Maghribi-Andalusia belum dapat diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.
Seingat saya, seorang rakan saya yang turut berminat menulis sejarah ringkas Andalus yang masih di peringkat pembikinan dan turut disemak oleh saya sendiri dalam beberapa bulan lepas. Namun, saya turut tidak menjumpai watak Ibn Qasi yang disebutkan sebagai seorang tokoh, hanya dinyatakan sebagai sebuah dinasti yang berpecah dengan kerajaan-kerajaan Islam yang lain. Ada lagi sebuah dinasti yang dipanggil el-Cid iaitu dari kalangan Kristian yang melindungi kaum mereka yang murtad. Mereka ini yang menjadi duri dalam daging terhadap kerajaan Islam yang lain.
Saya rasa, ada baiknya diceritakan mengenai kisah Abdul Rahman al-Dakhil yang mengasaskan kerajaan Umayyah di Sepanyol seorang diri. Cukup bermotivasi, kisah beliau ini bagi diri seorang remaja. Ketika usia menginjak 20-an beliau berjuang bersendirian untuk membina sebuah kerajaan. Bukan hanya sebuah keluarga. Terdapat lagi beberapa orang tokoh lain yang dapat dikaji personaliti mereka.
Saya telah menterjemah sebuah kertas kerja dari seorang pakar sejarah dari Finland berkaitan dengan tokoh yang bernama Leo Africanus dan telah dibukukan. Boleh lihat catatan saya mengenai tokoh dari Andalus tersebut. Insya Allah jika ada maklumat terbaru berkaitan dengan tokoh tersebut, saya akan cuba membantu.
Selamat menyambut kedatangan Ramadan juga dari saya… wassalam
Ya, ya maafkan saya, saya telah menyemak kembali dan mendapati Seville di Sepanyol (hehehe … sasul), yang ini bukannya Banu Qasi di pamplona, nama penuh beliau adalah Ibn Qasī, Aḥmad ibn al-Ḥusayn,d. 1151/2, beliau dikatakan seorang ahli sufi dan pernah mengarang Kitāb khalʻ al-naʻlayn, tidak pasti pula samada beliau ini dari keturunan Banu Qasi yang bersekongkol dengan pihak kafir. Saya tertarik kerana beliau disebutkan ahli sufi dan mengarang kitab. Memang benar, tidak banyak maklumat tentang diri beliau. Tapi tidak mengapalah, saya ucap terima kasih atas pertolongan sdr, krn saya ingin memastikan benar2 bahawa beliau ini seorang pahlawan islam. Terima kasih banyak2.
[...] blogger yang banyak memberi ulasan mengenai buku dan kitab. Catatan tentang Watt boleh di baca di sini. Selain Watt beberapa lagi biodata tokoh lain turut termuat di sana termasuklah Christiaan Snouck [...]
salam…terima kasih kerana menulis blog islamic..sesungguhnya ia bnyak memebri manffat yang berguna kepada ummat islam. syabas dan tahnia h jugak. sy nak minta tolong, jika ada metodologi penulisan william montgomery didalam penulisan beliau. dan contoh2 kritikan daripada beliau terhadap islam.syukran..kalo ade..boleh jugak attach ke email sy..umairah_1602@yahoo.com.my.