Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Osman Ghazi [1281 - 1326M]

Beliau merupakan pengasas kepada tertegaknya empayar Uthmaniyah dan lebih dikenali dengan gelaran sebagai “Bapa Empayar Uthmaniyah”. Osman Gazi telah lahir pada tahun 1258 di bandar Sogut. Ayahandanya ialah Ertugrul Gazi dan ibunya pula bernama Hayme Sultan.Osman Gazi merupakan seorang lelaki yang mempunyai tubuh badan yang tinggi, berwajah bulat, bermata cokelat dan berkening lebat. Bahunya yang sasa dan berdada bidang serta bahagian atas tubuhnya lebih menonjol dari bahagian yang lain. Beliau sering mengenakan penutup kepala Horasan sebagaimana penampilan yang sering terdapat di Cagatay.

Osman Gazi adalah seorang pemimpin yang sangat bijak. Di samping itu juga, beliau adalah seorang yang memiliki sifat yang adil, berani dan peramah. Beliau sering membantu orang yang kurang bernasib baik dan kerap juga memberikan baju yang dipakainya kepada orang miskin. Setiap waktu tengahari beliau akan menyediakan makanan kepada golongan miskin di rumahnya. Osman Gazi baru berusia 23 ketika beliau berjaya menjawat jawatan pemimpin kaum Kayi di Sogut, pada tahun 1281. Beliau juga adalah seorang penunggang kuda yang cekap dan pemain pedang yang amat terlatih.

Beliau berkahwin dengan Mal Sultana yang merupakan anak gadis kepada tokoh terkenal yang bernama Omer Bey. Mal Sultana telah melahirkan seorang putera yang diber nama Orhan sebagai penyambung waris pemerintahannya.Osman Gazi begitu tertarik dengan pandangan seorang ulama terkenal di zaman pemerintahannya yang bernama Edebali. Beliau sangat menghormati ulama tersebut dan kerap berkunjung ke rumahnya yang menjadi pusat berkumpulnya kelompok sufi di Eskisehir Sultanonu sebagai seorang tetamu.

Suatu malam, setelah beliau pulang daripada rumah syeikh Edebali, beliau telah bermimpi. Keesokan harinya beliau telah pergi berjumpa dengan Syeikh Edebali dan menceritakan mimpinya itu:
“Wahai syeikh, saya telah melihat kamu di dalam mimpi saya. Bulan timbul dari dada anda dan menjadi bunga mawar, lalu bunga tersebut hinggap di dada saya. Daripada saya ia keluar dan menumbuhkan sepohon pokok yang semakin lama semakin membesar dan sangat menghijau. Dahan dari pohon tersebut semakin rendang dan menjadi sangat hebat. Bayangan dari dahan pohon tersebut mampu menutupi sebahagian dunia. Jadi apakah tafsiran mimpi saya itu?”

Selepas terdiam seketika, syeikh memberitahunya: “Saya mendapat petanda yang baik wahai Osman! Allah memberikan kepada anda era pemerintahan yang stabil hingga kepada anak cucu anda. Sebahagian dunia ini akan berada di bawah naungan generasi anda kelak. Bahkan, anak gadis saya juga bakal menjadi isteri anda.”Selepas beberapa ketika, Syeikh telah memberikan anak gadisnya yang bernama Bala Sultana kepada Osman untuk dikahwini. Hasilnya mereka memperoleh cahaya mata yang diberi nama Alaeddin daripada perkahwinan ini. Pengasas kerajaan Uthmaniyah ini memulakan penubuhannya dari wilayah Anatolia dan tahun pemerintahannya menjangkau hingga 600 tahun di tiga lapisan benua di dunia ini.

  • (Sedutan buku yang entah bila akan terbit! Doakan semoga Allah permudahkan)

 

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>