Buku Baru – Bakal di Pasaran 2008
Antara buku baru saya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi bertajuk:
1- Perkembangan Kajian al-Hadis
Buku ini memaparkan perkembangan ilmu hadis sejak dari zaman sahabat hingga zaman ini secara ringkas. Tujuan penulis menyelami topik ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada mereka yang baru berjinak-jinak di dalam ilmu ini. Selain itu membantu mereka untuk mengetahui serba sedikit mengenai tahap keilmuan al-Hadis dan perkembangannya.
2- Cercaan Kepada Sahabat Nabi SAW: Apa Reaksi Kita?
Tajuk buku ini agak ‘melampau’ pada pandangan kasarnya, tetapi ia merupakan hakikat sebenar yang wujud di kalangan umat Islam itu sendiri.
Sedangkan mereka tidak mengenali penulis buku tersebut dan pegangan akidah mereka yang sebenar. Oleh itu, buku ini
3- 52 Sebab Anak Lari Dari Rumah
Buku ini lebih banyak memberikan tips-tips dan panduan kepada ibu bapa dalam penjagaan anak-anak dari sejak kecil hingga meningkat remaja. Kesemua panduan ini lebih ringan untuk diadaptasikan di dalam kehidupan seharian.
Namun, jika kesilapan menangani isu dan permasalahan remaja sejak dari mereka masih kecil lagi, sudah tentu mereka akan
4- Panduan Doa Eksekutif –
“Sesuai untuk Penjawat Awam, Pegawai Agama, Guru Agama & J-QAF”
Buku ini lebih memberikan panduan dalam berdoa di dalam majlis rasmi dan juga tidak rasmi bagi aktiviti sepanjang tahun. Panduan doa ini merangkumi majlis rasmi bagi para penjawat awam di agensi dan jabatan mereka sepanjang tahun serta para guru di sekolah yang kerap menjalankan aktiviti tahunan sekolah kepada anak didiknya. Ia amat sesuai untuk rujukan bagi para pegawai agama, guru agama dan guru-guru j-QAF.
5- Pengurusan Pembelajaran Efektif
Buku ini ditulis bagi memberikan tips dan panduan bagi para pelajar yang ingin mengambil sebarang peperiksaan sama ada di peringkat sekolah dan juga universiti. beberapa kaedah mudah seperti kaedah MURDER…dll yang di garap dalam bentuk ringkas untuk dipraktikkan oleh para pelajar. Sekalipun panduan ini pernah dipelajari dan terdapat di dalam setiap program motivasi, namun tips yang tersimpan di dalamnya lebih mudah di bawa ke mana-mana untuk dipraktikkan.
Tunggu Kemunculannya!


