Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Buku Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil (2008)

 

Ringkasnya, buku Ilmu al-Jarh Wa Ta’dil ini saya lihat terdapat sedikit kesilapan pada tajuknya kerana tidak diletakkan al- pada Ta’dil. Walau bagaimanapun, buku ini sudah berada di pasaran sekarang. Di dalam mukadimahnya saya nyatakan:

Buku ini merupakan hasil ringkasan daripada beberapa buah buku berkaitan subjek Jarh wa Ta’dil yang telah dipelajari oleh kedua orang penulis. Antara buku yang menjadi rujukan utama bagi kedua penulis adalah ‘Metod Islam dalam Lapangan Jarh wa Ta’dil’ hasil karya Dr. Farouq Hammadah yang diajar di sekitar universiti di Maghribi. Selama berada di sana, kedua penulis telah sempat belajar berkaitan ilmu hadis dan keilmuannya dengan Dr. Farouq Hammadah, Dr. Ahmed Benkiran, Dr. Hassan el-’Alami dan ramai lagi para pensyarah ketika di kuliah.

Manakala ketika di luar kuliah kami sempat bertalaqqi kitab Fath al-Bari huraian pada Sahih al-Bukhari dengan Almarhum Syeikh Muhammed el-Habti al-Muwahibi merupakan salah seorang anggota Persatuan Ulama Maghribi di Wilayah Kenitra. Juga, sebahagian ilmu dari gurunya iaitu Syeikh Abd el-Kebir Bekri merupakan ulama dan pentahqiq kitab al-Tamhid karya Ibn Abd al-Barr bagi Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Maghribi. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat mereka dan kita semua dalam memartabatkan ilmu hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dari dunia hingga akhirat. Amin!

Sebelum kajian hadis dapat dilakukan, terlebih dahulu seseorang itu perlu memperhatikan kepada kesahihan hadis itu dari dua aspek utama iaitu sanad dan matan. Bagi setiap sanad hadis dapat dipastikan kebenarannya, terlebih dahulu harus dipelajari kaedah-kaedah ilmu Jarh wa Ta’dil. Keupayaan ilmu ini dalam mengesan kebenaran hadis dan ketepatannya telah banyak diguna pakai oleh ahli hadis sejak zaman berzaman. Dengannya, mereka dapat mengesan dan mengetahui syarat-syarat periwayat yang dapat diterima, cara menetapkan keadilan dan kedhabitan periwayat serta perkara lain yang berhubungan dengan kajian ini.

Seseorang itu tidak akan dapat memperoleh sesebuah biografi periwayat secara terperinci, jika mereka tidak terlebih dahulu mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan di dalam ilmu Jarh wa Ta’dil. Begitu juga dengan maksud dan tingkatan istilah yang digunakan di dalam ilmu ini, dari tingkatan Ta’dil yang tertinggi hingga ke peringkat atau tingkatan Jarh yang paling rendah martabatnya.

Jelasnya, ilmu Jarh wa Ta’dil ini dipergunakan untuk menetapkan sesebuah periwayatan dari seseorang periwayat itu sama ada boleh diterima atau harus ditolak sahaja. Apabila seseorang periwayat ‘dicacatkan’ periwayatannya (Jarh) oleh para ahli hadis yang lain sebagai periwayat yang mempunyai kecacatan (Jarh), maka periwayatannya harus ditolak. Sebaliknya, bila dipuji (Ta’dil) maka hadisnya boleh diterima dengan sebaiknya selagi cukup syarat-syarat yang diperlukan.
Sementara itu, bagi ulama yang melakukan Ta’dil dan Tajrih itu haruslah memenuhi syarat-syaratnya, seperti berilmu pengetahuan, bertakwa, bersikap warak, jujur, amanah, menjauhi sifat fanatik terhadap golongannya dan mengetahui ruang lingkup ilmu Jarh wa Ta’dil ini.

Oleh itu, kami mengharapkan anda semua mendapat manfaat dari ilmu ini. Segala kebaikan itu datangnya dari Allah Taala yang tiada sekutu bagiNya. Sedangkan segala kekurangan dan kesilapan itu adalah datang dari minimanya ilmu yang kami miliki. Kami senantiasa memohon kepada Allah agar kita semua mendapat kebaikan dan keberkatan dari ilmu ini.

Akhir kata, segala selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, keluarga dan para sahabat Baginda yang terpilih. Para ulama dan generasi zaman berzaman yang mengikuti jejak langkah mereka hingga hari akhirat. Hanya puji-pujian untuk Allah sekalian alam. Amin!

Dari kami yang mengharapkan keredaan dan ampunan Allah Taala:

Rosli bin Mokhtar
B.A & M.A Pengajian Islam
Universiti Muhamad V, Rabat, Maghribi

Mohd Fikri bin Che Hussain
B.A Pengajian Islam
Universiti Ibnu Tofail, Kenitra, Maghribi

 

  • Mukadimah
  • Pengenalan
    Kepentingan Sanad dan Matan
    Kategori Sunnah yang Sampai Kepada Kita
    Kepentingan Menguasai Kajian Sanad Hadis
  • Definisi Dan Konsep Jarh Wa Ta’dil
    Definisi Jarh
    Definisi Ta’dil
  • Sejarah Jarh Wa Ta’dil
  • Pensyariatan Ilmu Ini
    Dalil al-Quran al-Karim
    Dalil al-Sunnah al-Musyarrafah
    Amalan Ulama Salaf
  • Keperluan Kepada Ilmu Jarh wa Ta’dil
  • Bidang Keilmuan Berasaskan Ilmu Jarh Wa Ta’dil
    Ilmu Qiraat
    Ilmu Hadis
    Ilmu Sejarah
    Ilmu Bahasa dan Sastera
    Perundangan dan Kehakiman
  • Syarat-Syarat Jarh Wa Ta’dil
    Huraian Syarat-Syarat Yang Menjadi Perselisihan Ulama
    Syarat-Syarat Penerimaan Riwayat
  •       ‘Adalah
    Makna Keadilan (‘Adalah)
    Syarat ‘Adalah atau Keadilan Periwayat
    Apakah ‘Adalah Bermaksud Meninggalkan Keseluruhan Dosa?
    Kefasikan Yang Menghilangkan Sifat Adil
    Mengenali Dosa-Dosa Besar
    Bagaimana Pula Dengan Orang Yang Berterusan Melakukan Dosa Kecil?
    Bagaimana Menghapuskan Dosa Kecil?
    Cara Mengetahui Sikap Adil (‘Adalah)
    Mengiktiraf Para Periwayat Hadis
    Bagaimana Ditetapkan ‘Adalah Periwayat Hadis?
    Menerangkan Sebab ‘Adalah
    Perbuatan Periwayat Bercanggah Dengan Apa Yang Diriwayatkan
    Perbezaan Tahap ‘Adalah
    Keadilan Para Sahabat
    Cara Mengenali Sahabat
    Mempertikaikan ‘Adalah Seorang Periwayat Hadis
  •          al-Dhabth
    Makna Kekuatan Ingatan (al-Dhabth)
    Bagaimana Mengetahui Kekuatan Daya Ingatan Seorang Periwayat Hadis?
    -Menguji Kekuatan Daya Ingatan (Dhabth) Di Kalangan Para Sahabat
    -Menguji Kekuatan Daya Ingatan (Dhabth) Di Kalangan Para Tabiin
    Mempertikaikan Dhabth Seorang Periwayat Hadis
  • Bagaimana Ulama Menerima Sesebuah Hadis?
    Teknik Penyampaian Hadis dan Meriwayatkannya
    al-Sama’ (Mendengar)
    al-’Ardh atau al-Qira`ah (Bacaan murid kepada guru)
    al-Ijazah (Anugerah)
    al-Munawalah (Menyerahkan)
    al-Kitabah (Penulisan)
    I’lam al-Syeikh (Pemberitahuan guru)
    al-Wasiyyah (Wasiat)
    al-Wijadah (Penukilan)
  • Tingkatan Jarh Wa Ta’dil
    Tingkatan Ta’dil
    Tingkatan Tajrih
  • Bagaimana Tajrih Dikenakan Kepada Periwayat?
  • Kitab-Kitab Tentang Jarh Wa Ta’dil
  • Penutup
  • Cadangan
  • Glosari
  • Biodata Penulis

Buku ini berharga RM 15.00 di pasaran. Sekiranya sukar untuk mendapatkannya di pasaran, sebarang tempahan boleh dibuat menerusi saya sendiri atau www.jahabersa.com.my. Sekira menerusi saya, klik sahaja – Hubungi Saya – dengan dinyatakan alamat, no telefon serta wang tambahan RM 3.00 untuk pos ekspres (jumlah bersih semuanya adalah RM 18.00) – dijamin sampai esok dalam Malaysia.

Sekian, terima kasih.

:) Wassalam…

* Begitulah serba sedikit berkaitan dengan ilmu ini untuk paparan pengenalan kepada mereka yang meminati ilmu hadis. Saya sedang merangka sebuah lagi buku yang lebih mendalam berkaitan ilmu tersebut yang sedang dalam pembikinan. Semoga usaha ini terus disokong oleh doa tuan puan! insya Allah… Wassalam :)

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

9 Responses to “Buku Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil (2008)”


  1. Salam.

    Tahniah buat ustaz berdua atas penghasilan buku ini. Hmm.. Pasal ( al- ) yang tertinggal tu nanti kalau cetakan kedua bolehlah tambah. Saya perasan gak pasal hal ini. Apa pun, tahniah sekali lagi atas penyebaran ilmu yg ustaz berdua perolehi di Maghribi.

    Di sini ada 2 perasaan saya. Yang pertama, bangga sebab yang menghasilkan buku ini adalah lepasan Maghribi. Yang kedua, segan atau risau sekiranya saya yang bakal graduan ini tidak setanding atau tidak berkemampuan seperti ustaz berdua.

    Harap2 tak der la orang yang akan mempertikai atau menyamatarafkan generasi dahulu dan generasi sekarang. Kalau ada pun, jgnlah kita menilai satu orang sahaja maka kita menghukum semuanya sama. Bagi ana, itu tidak adil. Huhu…

    P/S : Risau kalau terjadi macam lepasan Universiti al-Azhar iaitu perbandingan generasi dahulu dan sekarang.

    Wassalam.

    YB : ABCD

  2. Fikri

    Salam…
    Terima kasih.
    Insya Allah, kita sama-sama berusaha. Ana hasilkan buku ini ada beberapa sebab:

    Pertamanya untuk menyebarkan agama Allah. Letih ibu bapa kita lepas kita mengaji jauh, tapi bila kita pulang ke tanah air, tiada apa yang dapat kita sumbangkan untuk masyarakat…

    Keduanya untuk menjadikan ilmu ini senantiasa ada dalam diri, sekalipun ana tak mengajar di universiti seperti rakan yang lain. Ana tak mahu ilmu yang dipelajari ini diabaikan begitu sahaja.

    Ketiganya untuk membuktikan bahawa para pelajar lepasan Maghribi berkemampuan untuk menyumbangkan sesuatu dalam masyarakat. Mungkin yang lain ada cara tersendiri dalam berbakti kepada masyarakat dan kerana kesibukan serta ketiadaan masa untuk menulis buku, jadi ana tampil mengisi ruang itu.

    Keempatnya adalah untuk mendorong semangat rakan-rakan yang lain (terutama adik-adik) bahawa ilmu itu bukan sekadar dalam hati (fi al-Sudur) tetapi ia boleh diterjemahkan juga ke dalam buku (fi al-Kitab) kerana bila kita mati ilmu itu tidak terus hilang, tetapi ilmu itu akan tetap berada dalam buku.

    Kelimanya ini sahaja yang ana boleh usahakan setakat ini… ana putuskan untuk tidak menyambung master ana yang tergendala selama ini, bagi memenuhkan masa untuk menulis tanpa TEKANAN. Dulu, masa ana belajar B.A dan M.A kita disuruh menulis sesuatu kajian ilmu dengan penuh tekanan. Malangnya ramai rakan-rakan ana pun berusaha menulis kerana tekanan itu, selepas mereka berjaya mencapai ijazah mereka. Semua tekanan itu hilang dan mereka kembali tidak menulis. Jadi ana berfikir adalah lebih baik ana usaha menulis apa yang dipelajari tanpa sebarang tekanan tetapi tetap menulis dari menulis kerana tekanan dan kemudiannya tidak menulis lagi.

    Jadi, antum usah bimbang dengan apa kata orang. Bimbangkan apa yang bakal kita sumbangkan untuk masa depan Islam dan masyarakat pada satu masa kelak. Zaman kini, terlalu ramai siswazah, banyak kuantiti tapi tiada kualiti. Itulah yang membuatkan ana terpaksa bekerja keras untuk menghindari ‘label’ tersebut.

    Bagi ana, apa yang penting adalah usaha, ana pun bukan baru nak wujudkan semua ini. Semua hasil usaha penulisan ana ini sudah bermula sejak 2002-2003 tapi tempoh matangnya hanya pada tahun 2008. Hehehe lama tu!

    Imam Malik menulis kitab al-Muwattha pun selama 16 tahun kalau tak silap ana… jadi usaha beliau kekal sampai kini. Berbeza dengan kita yang nak buat buku dalam setahun sebuah buku. Apa pun, alhamdulillah :)

    Semoga kita bersama-sama dapat menyumbangkan sesuatu, Insya Allah! Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Aisyah r.anha: Sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah sedikit, tetapi senantiasa berterusan. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

    Kirim salam ikhwah di sana… :)


  3. aa yer tentuan dan penpuan memang saudara fikri ni udah terkenal dolu..dolu… petah nih bila berhujah idea banyak tuu bukan tawun 2003 tu startnya rasa2 tak silapnya dari tawun 2001 ke lebey2 kurang ntah2 awal lagi… tahniah alam.. teruskan perjuangan akak sentiasa menyokong anta sekeluarga dari dolu.. uhuhuuuuhu…

  4. HABIB MAHARA AL JUFRI

    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH ADAM AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH IDRIS AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH NUH AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH HUUD AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH SHALEH AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH IBRAHIM AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH ISMAIL AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH LUTH AS . AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH ISHAQ AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH YA ‘QUB AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH YUSUF AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH SYU’AIB AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH AYYUB AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH DZULKIFLI AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH MUSA AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH HARUN AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH DAUD AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH SULAIMAN AS.. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH ILYAS AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH ILYASA AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH YUNUS AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH DZAKARIA AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH YAHYA AS . AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH ISA AS. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH MUHAMMAD SAW. AMIEN
    ALLOHUMMA SHOLLI ALAA PROF.DR.KH.NANANG HARIADI (GUS HAR) KAMMA SHOLLAITA ALAA NABIYULLOH . AMIEN
    Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim
    Sunan Ampel atau Raden Rahmat
    Sunan Bonang atau Raden Makhdum Ibrahim
    Sunan Drajat atau Raden Qasim
    Sunan Kudus atau Jaffar Shadiq
    Sunan Giri atau Raden Paku atau Ainul Yaqin
    Sunan Kalijaga atau Raden Said
    Sunan Muria atau Raden Umar Said
    Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah

    Habib Hussin bin Abdullah al-Habshi
    • Habib Alwi bin ‘Abdullah al-Habshi
    • Habib Alwi bin Abdullah Benshahab
    • Habib Abdullah bin Idrus al-Idrus
    • Habib Abdullah bin Umar asy-Syatrie
    • Habib Abdul Bari bin Sheikh al-Idrus
    • Habib Ahmad bin Abdurrahman as-Saggaf (as-Saqqaf)
    • Habib Ahmad bin Mohsin al-Hedhar
    • Habib Ali bin Abdurrahman al-Habshi
    • Habib Muhammad bin ‘Ali al-Habshi
    • Habib Muhammad bin Salim Asree
    • Habib Muhammad bin Hadi as-Saggaf
    • Habib Umar bin Muhammad Bensmeth
    • Habib Hasan bin Muhammad Balfaqih
    • Syeikh Mahfuz bin Utsman
    • Syeikh Salim Said Bakayir

  5. Fikri

    Bidaah apa ini? Cukup kita berselawat kepada Nabi SAW sahaja… Siapa yang mampu ingat semua sanad ini dalam salawat mereka?
    Dalam satu hadis Nabi SAW ada dinyatakan, bila kita sebut “Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadiLLahi al-Solihin’ salam itu akan sampai kepada seluruh hamba Allah yang soleh sama ada di bumi dan di langit. (al-Hadis – bab Tasyahud) hadis riwayat Ibn Mas’ud RA, dan turuq hadis ini hampir 20 jalan dan antara hadis yang paling sahih dalam bab lafaz tasyahud.
    Justeru itu, tidak perlu ditokok tambah kepada perkara yang lain lagi dalam amalan zikir kita, kita ikuti zikir yang diajari oelh Nabi SAW, itu lebih baik lagi.
    Jelas sebagaimana dinyatakan oleh SS Mufti Perlis pada Ahad 20/07/2008:
    Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi `Iyadh berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepadaNya. Dia mengajar doa dalam kitabNya kepada hamba-hambaNya. Nabi s.a.w pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat. Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda s.a.w. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencontohi Nabi s.a.w.
    Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: Doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a.”( Ibn al-Imam, Silah al-Mu’min fi al-Du`a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)

  6. ummu

    salam..
    >susah nak cari buku yang byk membincangkan ttg syarat-syarat jarh wa muaddil ‘inda muhaddithin…
    > syukran..

  7. priyodjatmiko

    assalamu`alaikum. saya tinggal di balikpapan, Indonesia, bagaimana caranya mendapatkan buku itu? Buku yang bagus, jazakallah khairan untuk penulis dan penerbitnya, jarang ada referensi berbahasa melayu tentang ilmu jarh dan ta`dil. syukran.


  8. [...] Buku Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil (2008) | Ulasan Buku & Kitab [...]

  9. Fikri

    priyodjatmiko
    jika kepingin buku tersebut… silahkan memberikan nama penuh dan alamat kepada pihak kami. kami bisa menguruskannya… syukran jazakumullah khair al-jaza`.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>