Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Buku Jenayah Kecurian Kenderaan Menurut Hukum Islam (2008)

cover-jenayah-kecurian-kenderaan.jpg

Buku ini merupakan tajuk daripada tesis Master saya yang tidak sempat disempurnakan. Ini kerana beberapa permasalahan yang berlaku antaranya ketiadaan masa dan kos yang cukup untuk ulang alik dari Temerloh ke KL pada setiap hari bekerja bagi pertemuan dengan pensyarah (penyelia tesis). Kesibukan bertugas menyebabkan saya hanya sempat menyiapkan tesis dengan tajuk yang dipersetujui dan proposal yang diajukan kerap kali tidak diluluskan. Agak sukar dalam tempoh tersebut…

Bila saya mempunyai peluang untuk menyambung kembali pengajian bertulis saya itu dan menghantar proposal tersebut, penyelia tesis saya sudah ‘tamat’ kontraknya. Lalu, saya berfikir di atas kepayahan itu dengan membuat keputusan nekad untuk menamatkan pengajian saya dalam penulisan tesis master ini. Sekalipun sudah lama tesis tersebut sudah dapat disiapkan.

Maka terhasillah buku ini, di atas jerih payah saya dalam usaha mencapai segulung ijazah master yang tidak kesampaian. Mungkin di lain masa agaknya… Doakan saya, kadangkala saya terfikir juga, sebilangan tokoh ulama ternama menghasilkan kitab berpuluh buah tanpa ada gelar Doktor di pangkal namanya atau status M.A atau Ph.D di penghujung namanya. Namun, usaha mereka dijulang tinggi sebagai karya ulung yang tiada tolok bandingnya. Bagi saya pula yang tidak ada ilmu, mungkin sukar untuk mendapatkan pelepasan buat segulung ijazah master.

Apa yang penting, kajian saya dapat diketengahkan di kalangan pembaca awam daripada terus ‘terperosok’ di rak perpustakaan dan jarang-jarang disentuh sebagaimana tesis yang terdapat di kebanyakan perpustakaan universiti. Mungkin ada pihak yang berbangga dengan hasilnya dari jerih payah bagi menggenggam segulung ijazah, biarpun hasil kajiannya itu ‘terperosok’ di rak perpustakaan dan hanya dinikmati oleh pihak tertentu.

Mungkin hal ini amat lain dengan diri saya yang lebih gemar berkongsi ilmu yang ada untuk dinikmati bersama. Tesis ijazah sarjana muda yang saya hasilkan suatu ketika dulu telah berjaya menciptakan 4 buah buku dengan pelbagai tajuk untuk dikongsikan bersama. Mungkin sedikit masa lagi, pecahannya akan menghasilkan lagi sebuah buku. Wallahu a’lam.

Oleh itu, buat masa ini saya tidak lagi berminat untuk menyambung pengajian master sekalipun ada rakan di sebuah universiti yang mengajak saya membuat master di bawah seliaannya dengan tesis di dalam bahasa Arab. Saya masih tercari-cari tajuk yang sesuai bagi fakulti Dakwah dan Kepimpinan yang agak sukar diterjemahkan oleh saya setakat ini. Kekurangan rujukan dalam bahasa Arab juga antara faktor yang melambatkan lagi proses ke arah itu. Kini saya mencari kekuatan diri untuk terus menyambung pengajian di bidang ini. Insya Allah!

Ruang waktu yang terluang, saya turut ‘berkhidmat’ menulis tesis bagi rakan siswazah yang sudah mempunyai tajuk tesis berkaitan hal agama dengan dikenakan bayaran atas ‘kemalasan’ mereka. ‘Malas’ di sini, bukan disebabkan mereka tidak membaca, tetapi kerana kesibukan mereka dengan tugasan luar yang lain, seperti guru wanita yang sibuk dengan tugasan sekolah dan urusan keluarga. Adakalanya, saya terpaksa membuat karangan di dalam bahasa Arab untuk mereka dan mereka menghadiahkan saguhati kepada saya.

Ini sekadar pendapatan sambilan yang saya jalankan sejak 2 tahun yang lalu. Dalam masa yang sama saya juga menulis tesis kecil-kecilan bagi ‘pihak terbabit’. Bagi tesis bertaraf ‘kepujian’ harganya sekitar RM300 dalam lingkungan 70 halaman. Manakala bagi tesis bertaraf ‘cemerlang’ harganya sekitar RM500 dengan kadar 70 halaman. Mungkin tinggi bayarannya bagi sesetengah pihak, tetapi saya melakukannya. Idea yang diluahkan ini boleh dikomersialkan dengan baik bagi menyambung usaha keilmuan yang mungkin terhenti bila dinafikan hak itu.

Apa pun berbalik kepada buku saya ini yang berjudul Jenayah Kecurian Kenderaan Menurut Hukum Islam. Saya rasa tajuk itu relevan dengan dunia hari ini yang mana kejadian kecurian kenderaan begitu berleluasa. Beberapa kali tajuknya diubah daripada kenderaan bermotor kepada kereta dan akhirnya pada kenderaan sahaja. Namun ia tidak lulus juga untuk diperbahaskan.

Mungkin, jika ingin sambung belajar, kita perlu menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran. Tetapi bagi rijal seperti saya, pembahagian masa cukup penting untuk berjaya. Tiada masalah jika waktu pagi saya ke sekolah pada tahun 2009 ini untuk mengajar, sebelah petang di kedai untuk meniaga, antara Maghrib – Isyak saya ke masjid untuk memberi kuliah dan pada sebelah malamnya pula untuk membaca dan menulis…

Kesibukan bekerja membuatkan saya lebih kuat untuk berusaha dalam membangunkan ekonomi umat. Bagi sesetengah orang, mereka anggapkan golongan yang bergelar ustaz ini tidak pandai bekerja, hanya pandai bercerita itu dan ini. Jadi saya tidak mahu terjebak dengan majoriti golongan ‘ustad’ yang ditanggap bertabiat sedemikian.

Saya perlu berubah dan bekerja keras untuk membangunkan masyarakat kita yang senantiasa lalai dan leka. Doakan kkepada Allah agar kita semua menjadi golongan yang berusaha dan mensyukuri apa yang dinikmati kini. Ketahuilah, doa seseorang kepada saudaranya tanpa pengetahuannya akan turut diaminkan oleh para malaikat. Maka, banyakkanlah berdoa…

Objektif Buku Ini

Buku ini memaparkan beberapa topik penting dalam kes kecurian masa kini seperti berikut:

Bab 1 – Syariat Islam Menitik beratkan Penjagaan Harta
pengenalan

Bab 2 – Definisi Kecurian Dari Kaca Mata Islam

  • Fasal 1 – Jenayah Kecurian
  • Fasal 2 – Barang Simpanan (Maal Muhraz) = bila saya kaji bab ni, memang penting sebab sepanjang saya membaca tidak banyak diketengahkan hal ini.
  • Fasal 3 – Kenderaan dan Penjelasan Mengenai Barang Simpanan Di Dalamnya.

Bab 3 – Hukum Kecurian Berkaitan Dengan Kenderaan

  • Fasal 1 – Mencuri Kenderaan
    1- meninggalkan kenderaan di hadapanrumah
    2- mencuri dari tempat jualan atau ruang pameran kenderaan
    3- mencuri di ruang tempat letak kenderaan (parkir supermarket contohnya)
    4- mencuri kenderaan di lebuh raya antara bandar
  • Fasal 2 – Mencuri Barangan dari Kenderaan
    1- mencuri bahagian badan kenderaan (seperti rim tayar, aksesori, absorber, wiper dll)
    2- mencuri barangan yang tersimpan dalam kenderaan tersebut (seperti laptop, telefon bimbit, kamera dll)
     
  • Wallahu a’lam. Semoga hasil usaha saya ini mendapat keredaan Allah Taala. :)

*Buku ini berharga RM 8.00 di pasaran. Sekiranya sukar untuk mendapatkannya di pasaran, sebarang tempahan boleh dibuat menerusi saya sendiri atau www.jahabersa.com.my. Sekira menerusi saya, klik sahaja – Hubungi Saya - dengan dinyatakan alamat, no telefon serta wang tambahan RM 3.00 untuk pos ekspres (jumlah bersih semuanya adalah RM 11.00) – dijamin sampai esok dalam Malaysia.

Sekian, terima kasih.

:) Wassalam…

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

One Response to “Buku Jenayah Kecurian Kenderaan Menurut Hukum Islam (2008)”


  1. Undangan untuk rekan2 blogger. KalSel punya event besar ARUH BLOGGER 2009 akses di (http://aruhblogger.com). sampaikan kepada rekan2 blogger lainnya

    thanks

    chandra
    CP : 05117718393, 05119044028, 085251534313, 081952954056

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>