Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Buku Leo Africanus – Pengembara Muslim

 

Leo Africanus – Pengembara Muslim Yang Belum Dikenali Ramai

Penulis : Dr. Pekka Masonen

Penterjemah : Mohd Fikri bin Che Hussain

Harga jualan : RM 11.00

ISBN : 983-170-643-9

Ruj : PJ-1371

Mukasurat : 125, Paperback

Sinopsis: 

Buku ini mengupas secara ringkas sejarah seorang pengembara Arab Muslim yang berjuang bersendirian di Eropah suatu ketika dahulu. Tokoh ini tidak dikenali oleh umum masyarakat muslim di sebelah timur, apatah lagi oleh rakyat Malaysia di nusantara ini. 

Penulis ingin menceritakan betapa seorang pengembara Islam yang ditawan di Vatican selama berbelas tahun dan menghasilkan karya berkaitan geografi dunia Islam boleh dilupai begitu sahaja. Sedangkan, bukunya dijadikan rujukan utama di barat sepanjang 6 abad. Malangnya, umat Islam di nusantara tidak mengenali beliau.

Kepayahan beliau mempertahankan akidahnya di dalam kawasan musuh selepas kejatuhan Islam di Andalusia – Sepanyol cukup memeritkan. Beliau sendiri terpaksa mengorbankan akidahnya dengan menjadi ‘murtad’ ketika berada di bawah pengawasan para Kardinal di Itali. 

Anda seharusnya memiliki buku ini untuk melihat sedikit gambaran ketokohan sarjana Islam yang dikagumi oleh Dr. Pekka Masonen yang merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Tampere di Finland.

Penulis sendiri menghubungi beliau secara peribadi melalui emel bagi mendapatkan beberapa dokumen dalam menghasilkan terjemahan buku berkaitan biografi tokoh Islam ini.  Pada asalnya terjemahan buku ini adalah sekadar ‘suka-suka’ dalam usaha penulis untuk mempelajari bahasa Inggeris, tetapi hasilnya cukup memberi manfaat baik kepada diri dan dapat dikongsikan bersama. Insya Allah. 

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>