Buku MEMAHAMI HUKUM ZIHAR & ILA’
Buku ini berjudul MEMAHAMI HUKUM ZIHAR & ILA’ – Kesalahan Seksual Rumahtangga Yang Mengakibatkan Perceraian.
Penulis buku ini iaitu JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI merupakan rakan persekolahan saya di peringkat menengah. Beliau kini yang berkhidmat sebagai seorang peguam syariah (lawyer = al-Muhami) banyak menghuraikan perkara yang berhubungan dengan nikah kahwin dalam konteks semasa. Beliau menulis dua topik besar di dalam bab Fiqh Munakahat ini yang sememangnya ‘jarang’ disebut dalam masyarakat Melayu-Islam.
Sedangkan perbuatan atau perlakuan zihar dan ila’ adalah perkara yang dihukumkan HARAM. Buku ini menjelaskan amalan lafaz zihar dan sumpah ila’ yang jarang diketahui hukumnya oleh pasangan suami isteri dalam kehidupan berumahtangga masyarakat Malaysia secara umumnya.
Masih ramai yang terkeliru mengenai hukum menyamakan isteri dengan mahram seperti ibu kandung dan sebagainya. Setiap ungkapan berunsur seksual dan sumpah berkaitan hubungan kelamin tidak boleh dipandang ringan. Silap gaya mungkin ada suami yang terjerumus melakukan kesalahan zihar dan ila’ tanpa mereka sedari. Sedangkan kejahilan bukanlah alasan untuk menafikan sesuatu hukum dengan mudah.
Buku ini pertama kali disusun dengan lengkap untuk menghuraikan segala permasalahan zihar dan ila’ berteraskan budaya Melayu Islam di Malaysia menurut aspek fiqh dan undang-undang syariah. Miliki buku ini sebelum keraguan menghantui diri anda. Jangan sampai anda menjadi orang pertama di Malaysia yang mencetuskan rekod perceraian akibat zihar atau ila’.
Buku ini berharga RM18.00 setebal 204 ms. Sila hubungi penerbitnya di alamat: http://www.darulminhaj.blogspot.com/



