Buku Panduan Doa Eksekutif (2008)

Buku ini merupakan sebuah hasil karya yang diadaptasikan daripada himpunan doa-doa dan juga kepelbagaian teknik yang dapat dijadikan koleksi peribadi selama saya menjawat jawatan sebagai seorang yang ber’title’ ustaz di sekolah.
Setiap tahun, rutinnya adalah sama bagi setiap upacara yang diadakan di sekolah sama ada rasmi mahupun tidak. Kadangkala bagi majlis di luar sekolah sekalipun kita sering dijemput untuk membacakan sedikit doa bagi memohon keberkatan majlis tersebut.
Oleh itu, saya & isteri merasakan amat perlu untuk dihimpunkan segala doa ini bersempena dengan setiap acara atau majlis yang diadakan saban tahun di sekolah atau di mana sahaja upacara itu diadakan.
Buku ini amat sesuai bagi para penjawat awam yang bekerja sebagai pegawai agama, ustaz/ah, guru j-QAF dan mereka yang sering dipanggil untuk membacakan doa dia majlis rasmi ataupun tidak rasmi contohnya majlis perkahwinan, majlis perpisahan dll majlis yang tidak termasuk majlis Tahlil Arwah. Bagi makluman pembaca sekalian, doa untuk upacara dalam Majlis Tahlil Arwah tidak dikepilkan sekali di sini atas sebab ‘tertentu’.
- ISI KANDUNGAN
Mukaddimah
1. Pemasalahan Dalam Berdoa
2. Tips Dalam Berdoa
3. Cara Berdoa dan Sebab-Sebab Dimustajabkan Doa
4. Waktu, Situasi dan Tempat-Tempat Yang Cepat Dikabulkan Segala Doa
5. Adab Berdoa
6. Hakikat Doa Mendidik Hati - 7. Panduan Membaca Doa Di Majlis-Majlis Rasmi Dan Separuh Rasmi
I. Pendahuluan
II. Objektif
III. Rasional
IV. Definisi
V. Status Pembaca Doa
VI. Kriteria Pembaca Doa
VII. Tatacara dan Adab-Adab Membaca Doa
VIII. Pakaian
IX. Teks Doa
X. Penutup - 8. Doa di Majlis-Majlis Rasmi dan Separuh Rasmi
I. Doa Majlis Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan
II. Doa Sambutan Hari Kemerdekaan (I)
III. Doa Sambutan Hari Kemerdekaan (Ii)
IV. Doa Sambutan Maal Hijrah
V. Doa Sambutan Maulidur Rasul
VI. Doa Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran
VII. Doa Hari Alam Sekitar
VIII. Doa Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
IX. Doa Hari Kesihatan
X. Doa Hari Pekerja
XI. Doa Hari Guru
XII. Doa Hari Pahlawan
XIII. Doa Hari Wanita
XIV. Doa Hari Belia
XV. Doa Hari Kanak-Kanak - 9. Doa Selamat
I. Doa Selamat Majlis Rasmi I
II. Doa Selamat Majlis Rasmi II
III. Doa Selamat Majlis Rasmi III
IV. Doa Selamat Majlis Rasmi IV
V. Doa Selamat Majlis Rasmi V
VI. Doa Selamat Majlis Rasmi VI
VII. Doa Majlis Perkahwinan - 10. Doa Majlis Khidmat Cemerlang, Perpisahan/Persaraan, Pembukaan Rasmi
I. Doa Majlis Khidmat Cemerlang
II. Doa Majlis Persaraan (I)
III. Doa Majlis Persaraan (Ii)
IV. Doa Majlis Perpisahan
V. Doa Majlis Pembukaan Rasmi - 11. Doa Dalam Perkhidmatan Harian
I. Doa Hari Isnin
II. Doa Hari Selasa
III. Doa Hari Rabu
IV. Doa Hari Khamis
V. Doa Hari Jumaat
VI. Doa Hari Sabtu
VII. Doa Hari Ahad - 12. Doa Menghadapi Peperiksaan
I. Doa Sempena Menghadapi Peperiksaan Awam (I)
II. Doa Sempena Menghadapi Peperiksaan Awam (II)
III. Doa Sempena Menghadapi Peperiksaan Awam (III)
IV. Doa Sempena Peperiksaan UPSR
V. Doa Sempena Peperiksaan PMR
VI. Doa Sempena Peperiksaan SPM
VII. Doa Sempena Peperiksaan STPM
VIII. Doa Sempena Peperiksaan STAM - 13. Doa Sempena Program dan Aktiviti di Sekolah
I. Doa Sempena Hari Guru
II. Doa Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
III. Doa Sempena Hari Sukan
IV. Doa Sempena Hari Karnival / Kantin
V. Doa Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
VI. Doa Lawatan & Rombongan
VII. Doa Sempena Mesyuarat PIBG
VIII. Doa Sempena Mesyuarat
IX. Doa Sempena Perlantikan Pengawas/Lain-lain (I)
X. Doa Sempena Perlantikan Pengawas/Lain-lain (II)
XI. Doa Pelancaran Program Pintas Jawi
XII. Doa Majlis Hari Raya
XIII. Doa Majlis Perhimpunan (I)
XIV. Doa Majlis Perhimpunan (II)
XV. Doa Majlis Pembukaan / Perasmian
XVI. Doa Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
XVII. Doa Sempena Majlis Penutup Kursus/Seminar/Bengkel - 14. Ikrar Sempena Program dan Aktiviti Rasmi
I. Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
II. Ikrar Pegawai Profesional
III. Akad Majlis Titisan Ilmu
a) Akad Penyerahan Guru
b) Akad Penerimaan Pelajar
c) Akad Penyerahan Ilmu Guru
d) Akad Penerimaan Ilmu Guru
IV. Ikrar Pelajar Sekolah (I)
V. Ikrar Pelajar Sekolah (II)
VI. Ikrar Pelajar Sekolah (III)
VII. Ikrar Pelajar Sekolah (IV)
VIII. Ikrar Pelajar Sekolah (V)
IX. Ikrar Pelajar Sekolah (VI)
X. Ikrar Pelajar Sekolah (VII)
XI. Ikrar Pelajar Sekolah (VIII)
XII. Ikrar Pelajar Sekolah (IX)
XIII. Ikrar Pelajar Sekolah (X)
Buku ini berharga RM 15.00 di pasaran. Sekiranya sukar untuk mendapatkannya di pasaran, sebarang tempahan boleh dibuat menerusi saya sendiri atau www.jahabersa.com.my. Sekira menerusi saya, klik sahaja – Hubungi Saya – dengan dinyatakan alamat, no telefon serta wang tambahan RM 3.00 untuk pos ekspres (jumlah bersih semuanya adalah RM 18.00) – dijamin sampai esok dalam Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Wassalam…



Ustaz,
boleh tak bagi ana doa yang best untuk hari keputeraan agong?
ana kena baca doa ni pada 7hb jun ni di Kedutaan Msia – Rabat.
Jazakallahu khairan
Salams
ambil yang mana perlu dan tambah yang mana kurang… edit nama penuh agung mesti ada… dan pepandailah… sorry lambat reply sebab masih bermusafir…
Ya Allah, ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dariMu. Semoga dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.
Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan,
Kurniakanlah taufiq dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala malapetaka dan sifat-sifat yang keji.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim.
Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.
Ya Allah ya Tuhan kami,
Kami bersyukur tidak terhingga atas limpah kurniaMu dan memohon keberkatan yang berterusan dalam setiap perancangan dan seterusnya mengambil keputusan sebagai panduan dalam mentadbirkan urusan negara kami Malaysia yang tercinta ini dengan kemas dan teratur. Semoga segala nikmat di bumi yang bertuah ini kami berjaya manfaatkannya sebagai meningkat dan memantapkan ekonomi negara kami. Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon peliharakanlah hamba-hambaMu dalam sihat walafiat dan aman sentosa sepanjang hayat.
Ya Allah, Tuhan Pemberi Rezeki,
Kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah agar para pemimpin di segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam semua tingkatan Persekutuan dan Negeri, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat, berkerjasama bermuafakat untuk memaju dan memakmurkan Negara dan mempertahankan kesucian agama kami, membimbing rakyat ke arah mencapai wawasan negara.
Ya Allah, Engkau peliharakanlah serta lindungilah dengan sepenuh ria’yah dan pemeliharaan ke atas kami semoga kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya. Kurniakanlah juga panduan serta petunjuk kepada kami agar mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Berkatilah usaha dan sumbangan kami di dunia ini. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri. Anugerahkanlah kepada kami kehidupan yang lebih berkualiti dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat kami di sisiMu dengan keilmuan dan kecintaan dalam terus berjuang dengan penuh keikhlasan untuk berbakti terhadap agama, bangsa dan negara.
Sampaikanlah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, para ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian, segala puji-pujian seluas langit dan bumi hanya kepada Allah Taala, Tuhan sekalian alam.
Salam.
Hmm…id Albanna pulak yer ustaz? Apa lagi ustaz, buatlah blog. Mesti banyak pengunjung. Hehe…
Maaf kepada pembeli buku doa ini… sila emelkan semula ke mohdfikrihussain1@yahoo.com, jika tidak mendapat sebarang balasan dalam masa yang terdekat. Bimbang saya terdelete atau emel masih ada dalam spam…. maaf sekali lagi…
DOA KARNIVAL – boleh olah semula…
Ya Allah, Tuhan Penguasa Alam,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah, Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredaanMu, kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim, bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami.
Ya Allah, Ya Qahhar Ya Jabbar,
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang, pelajar yang disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek akademik mahupun ko-kurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan. Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan dan segala bentuk kemungkaran.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram,
Kami memohon kekuatan dari hadratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.
Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid,
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
assalamualaikum..
saya tengah mencari doa untuk satu majlis yang dianjurkan oelh pejabat saya.saya ditugaskan untuk membaca doa penutup untuk majlis seminar pembangunan tanah.harap tuan dapat tolong saya untuk dapatkan doa yang sesuai untuk majlis ini
sekian,terima kasih
salam ustaz.
bloeh tak kirimkan kepada ana doa perpisahan untk kakitangan.isnin ni ana kena bacakan…doa arab pun blh.melayu pun blh.nak bagi dua-dua pun tak pe ustaz.blh ana edit.
syukran ustaz
FADZLAN
majlis seminar pembangunan tanah
Ya Allah Ya Rahim
kami sekalian hambaMu yang berhimpun di dalam majlis seminar pembangunan tanah ini, menadah tangan kepadaMu agar dikurniakan keberkatan, nikmat dan berkat serta sihat wal afiat.
kami berdoa agar dipermudahkan segala urusan kami dengan diberikan segala kekuatan fizikal dan mental bagi meneruskan tugasan kami dalam memajukan masyarakat kami, membangunkan negeri kami, memajukan kehidupan kami dengan jayanya seiring dengan nikmat yang dilimpahkan kepada kami.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
bantulah kami menjalankan urusan demi meninggikan kalimahMu, limpahkanlah keikhlasan di jiwa kami untuk membangunkan masyarakat dan negara ke arah kehidupan yang lebih baik dan selesa. Jauhkanlah kami dari segala mara bahaya, hindarilah kami dari segala keburukan hati dan kejahatan lisan dan kurniakanlah kami jiwa yang bersyukur dan cintakan amalan kebaikan.
Ya Allah Ya Azhim
Lembutkanlah hati kami dan satukanlah jiwa kami agar wujud persepakatan dan persefahaman di antara kami dalam usaha menunaikan amanah yang diberikan dengan lebih baik dan berkesan.
Ya Allah
Jadikanlah majlis kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami ini selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Janganlah Engkau jadikan pada diri kami dan mereka yang bersama kami kebinasaan dan menjauhkan kami dari memperolehi rahmatMu.
Ya Allah
Ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, para pemimpin kami dan seluruh kaum mukminin dan mukminat di mana sahaja mereka berada.
Ya Allah
Perteguhkanlah iman kami, perkukuhkanlah amalan fardu kami, perkuatkanlah azam kami dalam melaksanakan suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu. KepadaMulah kami berserah dan kepadaMu jualah kami bakal kembali nanti.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.
SHAFIQ
Ya Allah Ya Rahim
sempena majlis perpisahan…. yang diraikan pada saat ini, kami menadah tangan agar mereka dikurniakan keberkatan, nikmat dan berkat serta sihat wal afiat.
kami berdoa agar dipermudahkan segala urusan mereka dengan diberikan segala kekuatan fizikal dan mental bagi meneruskan tugasan mereka dalam suasana berbeza dengan jayanya.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
bantulah mereka menjalankan urusan demi meninggikan kalimahMu, limpahkanlah keikhlasan di jiwa mereka untuk membangunkan masyarakat dan negara ke arah kehidupan yang lebih baik. Jauhkanlah mereka dari segala mara bahaya, hindarilah mereka dari segala keburukan hati dan kejahatan lisan.
Ya Allah Ya Azhim
Jadikanlah kami yang masih di sini dapat meneruskan tugasan dengan cemerlang, perkhidmatan yang berkualiti dan gemilang demi memajukan anak bangsa dan negara. Lembutkanlah hati kami dan satukanlah jiwa kami agar wujud persepakatan dan persefahaman di antara kami dalam usaha menunaikan amanah yang dibeban dengan lebih baik dan berkesan.
Ya Allah
Jadikanlah majlis kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami ini selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Janganlah Engkau jadikan pada diri kami dan mereka yang bersama kami kebinasaan dan menjauhkan kami dari memperolehi rahmatMu.
Ya Allah
Ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, para pemimpin kami dan seluruh kaum mukminin dan mukminat di mana sahaja mereka berada.
Ya Allah
Perteguhkanlah iman kami, perkukuhkanlah amalan fardu kami, perkuatkanlah azam kami dalam melaksanakan suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu. KepadaMulah kami berserah dan kepadaMu jualah kami bakal kembali nanti.
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.
Maaf, sebab lambat reply… ana tak boleh tulis selalu doa dalam ni, sebab buku yang ana buat tu dah ada semua dalam tu, cuma perlu edit bagi kesesuaian sesebuah majlis je.
Harap maaf kepada yang lelain tu….
Wassalam
saya nak minta cth doa untuk persaraan pengarah..sy kena sediakan teks doa utk majlis 22/2/2009 nnt
salam ustaz…boleh minta doa majlis mesyuarat PIBG? syukran muqaddam
ZAMAKH
edit semula
Segala puji dan syukur kami panjatkan kepadaMu Ya Allah. Selawat serta salam buat Rasul pilihan, Muhammad SAW nabi akhir zaman. Kesejahteraan buat keluarga baginda, kemuliaan buat sahabatnya dan seluruh muslimin dan muslimat yang menurut jejak langkah mereka.
Ya Allah Ya Karim,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah, dengan mengharap keredaanMu dalam seluruh hidup kami, kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan, ke arah memajukan lagi sekolah ini, demi kebaikan anak-anak kami.
Ya Allah, Ya Munzilal Barakat,
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami yang sedikit ini dapat menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia hingga ke akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim,
Perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa serta penjaga para pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan, hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
salam al-fadhil ustaz,
saya tengah mencari doa yang sesuai untuk satu majlis yang akan dianjurkan oleh persatuan saya. majlis tersebut adalah majlis doa selamat untuk ahli2 persatuan kami yg akan mengerjakan umrah hujung bulan ini. jadi saya diminta untuk membaca doa untuk majlis ini. Andai tiada keberatan drp ustaz, harap al-fadhil dapat membantu mana yg boleh.
wallah hu a’lam….
sekian,terima kasih
salam…saya berminat dengan web ini,saya nak minta kerjasama drpd ustz tlg send doa sempena menyambut hari guru,saya di tugaskan untuk memimpin bacaan doa,oky
Salam. Ustaz nk minta tlg send doa smpena hari guru. Shukran
Salam, Ustaz.
Saya hendak beli buku Panduan Doa Eksekutif ini. Saya beli secara online.
Dalam masa yang sama saya juga seperti saudara mohd fairuz bin ismail & Zuraini kerana ditugaskan memimpin doa sempena hari guru pada 22/5/2009 ini. Mohon jasabaik ustaz untuk dapatkan dulu teks doa tersebut sebelum buku yang dipesan sampai. Jazakallah…
assalamualaikum…
maaf kerana adakalanya saya tak sempat nak cek dalam komen ni…
kadang kala terulpa nak cek sebab kesibukan tugas…
kalau free, baru ada masa nak masuk…
berhubung dengan doa hari guru 2009… saya telah link kan dalam blog peribadi saya:
http://alamghiri.blogspot.com/2009/05/doa-hari-guru-2009.html
harap ke sana…
yang tak sempat saya tunaikan…
saya minta maaf banyak2
yang belum beli buku doa ini sila beli kerana stok hampir habis
dan mungkin perlu diulang cetak semula… edisi kedua tahun depan…
terima kasih…
wassalam
Ustaz, Jazakallah hukhair! dapat membantu saya dan rakan-rakan yang lain!
Wassalam.
Akum Ustaz, Ana baru tau website ni..kebetulan pula pada malam ini ana di minta untuk membaca doa sempena majlis makan malam anjuran PIBG Sekolah…Yang risaunya ana tiada point sgt untuk doa berkaitan majlis ini…Harap Ust dapat menolong ana..Syukran…
salam…
maaf, baru malam ni ana baca komen anta..
tak sempat nak bantu…
maaf sekali lagi.
bacaan doa ni sebenarnya bukanlah suatu yang sukar, cuma ambil bebeapa point yang kita rasa sesuai dan itulah yang akan kita doakan. Jika sekadar baca tanpa penghayatan, doa itu tidak akan dimakbulkan. Adalah lebih baik jika doa itu dibuat sendiri dengan menyeru ke arah point utama seperti mampu menimbulkan kesedaran masyarakat, mengajak kembali berpegang pada al-Quran dan al-Sunnah, bermuafakat, tidak berpecah belah, tidak tamakkan pangkat dan harta, menjauhi budaya hedonisme dll..
Misalnya dalam majlis PIBG, timbulkan kepada diri mereka kesedaran bersama untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, generasi yang memahami al-Quran dan al-Sunnah, menghayati, mendalami dan cuba melaksanakannya. Timbulkan juga rasa tanggung jawab dalam mendidik anak pada diri ibu bapa dengan tidak melepaskan peranan itu hanya kepada guru di sekolah, manakala pada diri guru pula, timbulkan kesedaran untuk membimbing setiap jiwa anak itu agar berpegang dengan Islam sebagai penyuluh hidup.
Insya Allah, semoga dipermudahkan oleh Allah Taala bagi setiap urusan kita. Buku ana hanyalah sebagai panduan, seandainya berlaku pelantikan secara terdesak dalam setiap majlis yang diadakan sepanjang tahun di majlis rasmi atau tidak.
Wallahu a’lam…
Assalamualaikum…
Ustaz,boleh bagi saya doa ketika bermusafir?ataupun doa ketika menaiki kenderaan…
terima kasih….
sekian,wassalam.
wassalam
sila lihat dalam web ini…
klik di sini http://isuhangat.blogspot.com/2008/09/doa-menaiki-kenderaan.html
satu lagi link http://nurskbmdoa.blogspot.com/2007/12/blog-post.html
salam…
ust blh bagi saya doa untuk majlis anugerah perkhidmatan cemerlang.
segala budi baik Allah sebaik2pemberi ganjaran
Salam Ustaz,
saya nak minta cth doa untuk perasmian Kelab Warga Kerja.
salam ustaz, sy br jumpa laman ustaz ni, boleh x emailkn pd sy doa di majlis pertunangan? Sy kna baca doa hr ahad, 5hb julai ‘09 ni. Tolong ustaz. Terima kasih.
Salam…… adakah perlu untuk membaca fatihat dahulu sebelum membaca doa berikutnya dalam upacara majlis rasmi.
wslm.
tidak perlu membaca al-fatihah terlebih dahulu atau membaca doa dgn diselang al-fatihah pada sesi doa pertama kemudian disambung doa pada sesi kedua.
kedua-dua teknik di atas belum dijumpai sunnah yang menganjurkannnya.
jika ada sebarang sumber berkaitan cara berdoa di atas, sila maklumkan kepada saya untuk dikongsi bersama.
wassalam…
mohd fairuz,
maaf, kadang-kadang saya tidak sempat menyediakan doa kerana kesibukan tugasan. jadi ada baiknya jika anda meng’copy’ mana-mana doa di atas dan sesuaikan dengan majlis yang anda hadiri. itu adalah lebih baik…
maaf sekali lagi kerana kesibukan dan tidak sempat menyemak komen-komen di atas…
assalamualaikum ustaz… saya baru jumpa lamn web ustaz ni….sabtu ni saya diberi tugas untuk membaca doa pada hari perasmian ujian kenaikan bengkong bagi pertubuhan silat gayong…boleh bantu saya beri doa2 yang sesuai…terima kasih
to Hadi,
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami bersama di medan ini bagi mendaulatkan agamaMu. Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan latihan ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja ,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak-anak kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang ini.
Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai, maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar dengan ilmu yang kami pelajari ini.
Ya Allah
Janganlah Engkau, selewengkan kami dengan ilmu ini ke arah jalan penuh dosa kemaksiatan, hindarilah diri kami dari segala kemungkaran, jauhilah kami dari dendam permusuhan. Ya Allah, perteguhkanlah hati-hati kami agar sentiasa mendaulatkan agamaMu dalam setiap masa, eratkanlah perhubungan kami dalam menjaga kebajikan dan mencegah kemungkaran.
assalamualaikum ustaz…terima kasih atas susunan doa yang diberikan …semoga allah memberi kesejahteraan kepada ustaz.wassalam
Salam…minta jasa baik ustaz, doa untuk murid2 nak hadapi UPSR nnti. Cadang nak baca waktu pagi hari pertama exam. Mula selasa ni( 8/9/2009 )
doa UPSR nanti edit-edit yg mana patut….
Ya Allah ya tuhan kami,
Jadikanlah anak-anak murid kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kecemerlangan di dalam pelajaran dan peperiksaan UPSR ini, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh dan bertakwa.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,
Jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan gemar membuat kerosakan.
Ya Allah, Ya Fattah Ya Alim,
Bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, kurniakanlah kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara takwil serta tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin, wahai Tuhan yang maha Pengasih lagi maha mengasihani.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Lapangkanlah dada-dada mereka, permudahkanlah segala urusan mereka serta kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, luruskanlah kehidupan mereka serta kumpulkan mereka dalam perkara betul dan berpahala, lindungilah mereka daripada segala kesalahan dan kesilapan setelah mendapat nikmat dan kurniaanMu.
Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam,
Terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayahMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu, bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
Ya Allah, Ya Tuhan Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak,
Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan adab sopan, jauhkanlah mereka daripada perbuatan yang mungkar, akhlak yang keji, menurut hawa nafsu dan penyakit yang membinasakan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang.
syukran jazilan….
Assalamualaikum. Ustaz ada tak doa yang sesuai dibaca untuk Sambutan Hari Lahir selain doa selamat yang biasa tu.
wassalam…
doa yang sesuai dibaca pada hari lahir adalah sekadar doa selamat sahaja…
kecuali jika majlis keputeraan raja, mungkin sukar sikit nak cari, tapi ada dlm internet ni rasanya…
maaf kerana tak dapat nak sediakan…
Assalamualaikum. Ustaz, saya ditugaskan untuk baca doa dalam dua majlis berlainan iaitu Majlis Perasmian Sukan Peringkat Kementerian dan Majlis Konvokesyen Pelajar. Jadi. saya nak minta jasabaik ustaz jika ada doa yang sesuai dibaca masing-masing bagi majlis berkenaan. Terima kasih.
assalamualaikum ustaz….ustaz ada tak doa untuk majlis perkahwinan…
ustaz,
boleh bagi ana doa untuk maulidur rasul??
salam ya ustaz..
minta jasa baik ust, kat mana saya boleh dapatkan doa sempena majlis perkahwinan? apa maksud ayat ni…allahumma allif baina al-arusain kama allafta baina adam wa hawa…… syukran
salam wan…
anta boleh ambil doa kahwin dari sini
http://zikirdoa.blogspot.com/2009/01/doa-majlis-perkahwinan.html
atau doa ini dan lebih baik edit semula…
Doa Majlis Perkahwinan
Ya Allah,
Kami Menzahirkan Diri Kami Pada Hari Ini…
Untuk Sama-Sama Meraikan Pembentukan Sebuah Lagi Masjid Ummatmu…
Berkatilah Ya Allah… Kehadiran Kami Ini…
Semoga Berkatmu Ini Akan Menjadi Penyubur..Pada Pembinaan Perkahwinan…
Yang Penuh Dengan Mawaddah Dan Rahmah…
Ya Allah…Ya Rabbana…
Kami Hanya Mampu Untuk Menadah Tangan Kami Kepadamu…
Dan Memohon Kepadamu Dengan Penuh Munajat…
Agar Apa Yang Kami Pinta Ini Dimakbulkan…
Sekiranya Pada Diri Kami Ini Masih Ada Kelemahan Dan Dosa….
Janganlah Ya Allah …Perkara Ini Menjadi Penghalang…
Pada Termakbulnya Doa Kami…. Yang Terbit Dari Hati Yang Ikhlas…
Dan Dari Jiwa Yang Sentiasa Mengharapkan Kebesaranmu Serta Keampunanmu…
Allahumma….
Kami Berdoa Agar Kedua Mempelai Ini… Akan Terus Melengkapkan Iman Mereka…
Melalui Perkahwinan Mereka…
Bekalkan Mereka Dengan Kasih Sayang Sejati… Perasaan Belas Kasihan Yang Hakiki…
Tekad Usaha… Yang Tidak Mengenal Penat…
Tawakkal Kepadamu… Yang Tidak Mengenal Pasrah….
Kesetiaan Antara Satu Sama Lain… Yang Tidak Mengenal Sangsi…
Ketaatan Kepada Orang-Orang Tua Mereka… Yang Tidak Mengenal Derhaka…
Dan Yang Terpenting…
Keimanan Kepada-Mu… Yang Tidak Mengenal Ingkar…
Ya Rahman…Ya Rahim….
Insafikan Mereka Berdua Ini….
Bahawa Kejayaan Perkahwinan Mereka Bukan Bermula Dengan Kekayaan….
Bukan Bertapakkan Kedudukan…..
Dan Bukan Bersemarak Dengan Pujian….
Insafikan Mereka Ya Allah…..
Sebagaimana Juga Kami Yang Lain Telah Diinsafi….
Bahawa Kebahagiaan Perkahwinan Mereka Bermula Dengan Tidak Lupa Pada-Mu….
Dengan Sentiasa Merindukan Kehadiran-Mu…. Dan Dengan Berkekalan Mensyukuri Nikmat Iman Anugerahmu…
Kurniakan Kepada Mereka Berdua…
Sifat Saling Kukuh – Mengukuh…Sebagaimana Berlakunya Antara Rasulullah S.A.W Dengan Khadijah….
Kerana Sesungguhnya… Mereka Berdua Akan Melalui Perjalanan Yang Tidak Lekang Dari Diuji…
Kurnia Kepada Si Isteri Kesetiaan Kepada Suaminya… Sebagaimana Kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W….
Peng`Abdian Kepada Allah S.W.T…Sebagaimana Peng`Abdian Rabiah Al-`Adawiyyah..
Dan Iltizam Untuk Menjadi Isteri Serta Ibu Yang Solehah…Sebagaimana Yang Ada Pada Sumayyah Binti Hubbath…
Kurniakan Juga Kepada Si Suami…Kebijaksanaan Membimbing Isterinya Ke Ambang Syurga…
Dan Semoga Dia Sabar…Dengan Apa Pun Yang Menduganya… Sebagaimana Nabi Allah Ayyub… Bersabar Dengan Ujian Terhadap Imannya, Kesihatannya Dan Keluarganya…
Ya Allah….
Sesungguhnya Tidak Ada Doa Yang Susah Bagimu Untuk Makbulkan…..
Bagi Kami Yang Sama-Sama Menghadiri Majlis Pada Hari Ini….
Insafi Juga Diri Kami… Supaya Kami Mampu Menjadi Contoh Yang Hidup Bagi Kedua Mempelai Ini…
Bagi Ahli Keluarga Kedua Mempelai… Yang Telah Kembali Ke Rahmat-Mu…
Izinkan Arwah Mereka Untuk Menyaksi…Saat-Saat Kebahagiaan Mereka Berdua…
Semoga Anak…Cucu… Dan Keturunan Mereka… Akan Merupakan Insan-Insan Yang Bakal Mewarisi Tunggak Agama-Mu…Dan Tanahair Yang Kami Cintai Ini…
Amin….Ya Rabbal `Alamin….
makna kalimah:
allahumma allif baina al-arusain kama allafta baina adam wa hawa
Ya Allah mesrakanlah kedua pengantin ini sebagaimana mesranya Adam dan Hawa
Wallahu a’lam
wassalam
boleh ustaz berikan contoh doa mohon kesihatn untuk dibaca setiap minggu dipejabat saya
doa lebih kurang 2 minit
tq
salam..ustaz,boleh ustaz berikan doa untuk majlis pertunangan.sy cari di internet doa tu ada,tp xde baris,susah nak bace.lg 1,kalp bleh nak maksudnya sekali
Salam ustaz…
Boleh berikan saya doa selamat untuk mereka yang ingin menunaikan umrah?
salam ustaz….bolehkah berikan saya doa untuk pembukaan majlis mesyuarat koperasi….terima kasih….
salam ustz
boleh berikan saya doa untuk dibaca semasa perhimpunan bulanan yang menyentuh tentang hubungan silalaturahim dan kesihatan
terima kasih
assalamualaikum ustaz,
mohon panduan ustaz jika ada contoh doa bagi majlis ulang tahun jabatan.
salam ustz
boleh berikan saya doa untuk dibaca semasa perhimpunan bulanan yang menyentuh tentang hubungan silalaturahim dan kesihatan
Assalamualaikum Ustaz…..
Saya telah melayari website ini dan syukur Alhamdulillah kerana saya telah banyak mendapat panduan berdasarkan contoh doa yang disediakan…..
Hanya Allah Taala sahaja yang dapat menilai dan membalas semua keikhlasan yang ustaz berikan…..Amin….
Keep the good jobs!!
Salam Ustaz,
Harap Ustaz boleh tolong saya bagikan contoh doa untuk Hari Keluarga Jabatan Kejuruteraan saya pada 24/7/2010.. Saya ditugaskan untuk membaca doa pada majlis makan malam tersebut. Harap Ustaz dapat bantu.
Terima Kasih.
Salam ustaz,
Saya ditugaskan untuk mengetuai bacaan doa perasmian bangunan agensi kerajaan yang akan disempurnakan oleh menteri. Mohon kepada ustaz jika terdapat doa yang bersesuaian.
assalamiulaikum ustad..minta doa hari jadi untuk anak,,terima kasih