Buku Pengurusan Pembelajaran Efektif (2008)

Buku ini adalah hasil usahasama saya dan isteri yang sudah sekian lama. Mula-mula buku ini disiapkan sekitar 2 tahun lalu. Selepas begitu lama tidak diterbitkan saya mula menambah apa yang perlu dan melakukan beberapa rombakan semula untuk menjadikannya lebih mudah dan lebih tersusun.
Semua hasil karya di dalam buku ini adalah hasil koleksi daripada rujukan bagi modul kami ketika memberikan motivasi kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting. Teknik pengurusan pembelajaran ini merupakan teknik biasa yang dilakukan oleh para motivator yang lain, tetapi kami lebih mengutamakan panduan kendiri bagi setiap tahap pelajar untuk membolehkan mereka terus kekal bersaing sesama mereka.
Teknik ini masih lagi saya amalkan hingga kini dalam melakukan jadual penulisan berskala sekalipun ’sukar’ untuk diterbitkan pada waktu yang ditetapkan. Apa pun usaha mewujudkan itu lebih penting diutamakan daripada tidak melakukan sebarang kerja atau usaha ke arah untuk menyiapkannya.
Buku ini sesuai dibaca dan dimiliki oleh semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan daripada peringkat UPSR hinggalah ke peringkat universiti, memandangkan level penulisannya serta harga berpatutan yang ‘mesra’ peringkat usia. ![]()
Insya Allah, teknik ini jika dilakukan dengan baik ia akan menjadi pembuka jalan ke arah pembelajaran yang lebih efektif pada setiap peringkat. Isi kandungannya adalah seperti berikut:
- PRAKATA
- 1 BERFIKIRAN CERDIK
- 2 PERSEDIAAN BELAJAR
Belajar Secara Efektif
Latihan Membuat Jadual
Penyusunan Jadual Yang Berkesan
Belajar Untuk Belajar
Cara Menghadapi Stress - 3 BELAJAR PINTAR
Sistem Belajar MURDER
Sistem Belajar PQSRT
Kecepatan membaca/Pemahaman
Membaca Secara Kritis
Membaca/Memahami Buku
9 Cara Atasi Lambakan Buku Ulangkaji - 4 PENYERTAAN DI DALAM KELAS
Berjaya Belajar Di Kelas
Konsentrasi atau Penumpuan
Pembentangan Di Kelas
Pembentangan Yang Berkesan
Langkah-Langkah Menyediakan Pembentangan - 5 PERSIAPAN MENGHADAPI UJIAN/PEPERIKSAAN
10 Tips Menghadapi ujian
Meramal Soalan
Persediaan Untuk Peperiksaan - 6 PENUTUP
10 Cara Untuk Berjaya - RUJUKAN
Buku ini berharga RM 8.90 di pasaran. Sekiranya sukar untuk mendapatkannya di pasaran, sebarang
tempahan boleh dibuat menerusi saya sendiri atau www.jahabersa.com.my. Sekira menerusi saya, klik
sahaja – Hubungi Saya – dengan dinyatakan alamat, no telefon serta wang tambahan RM 3.00 untuk
pos ekspres (RM 12.00) – dijamin sampai esok dalam Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Wassalam…


