Buku SOAL JAWAB MUDA-MUDI TENTANG PERCINTAAN DAN PERTUNANGAN
Buku ini mempunyai tajuk yang agak panjang iaitu SOAL JAWAB MUDA-MUDI TENTANG PERCINTAAN DAN PERTUNANGAN: Antara Halal dan Haram.
Buku kedua yang diterbitkan sendiri oleh Syeikh JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI ini agak menarik untuk dibaca. Buku ini secara umumnya menerangkan hukum-hakam percintaan dan pertunangan yang memuatkan lebih daripada 100 persoalan berserta jawapannya.
Menariknya, ia ditulis dengan gaya bahasa yang santai dan bersahaja berpaksikan konsep ‘mesra muda-mudi’. Sesetengah penerangan dan huraian terdapat ‘celoteh’ yang mempunyai kaitan dengan apa yang diperjelaskan.
Belliau menjelaskan dalam sinopsis buku ini secara ringkas tetapi mempunyai maksud yang begitu mendalam, “bercinta bukanlah satu kesalahan, tapi anda perlu tahu cara, adab dan batasnya. Sebenarnya masih banyak jalan menuju cinta yang halal. Jadi janganlah memilih cinta yang haram.”
Kandungan buku ini secara ringkasnya mengikut babnya seperti berikut:
- Identiti jantina
- Alam perkenalan
- Alam percintaan
- Putus Cinta
- Memilih Pasangan
- Merisik & Meminang
- Adat Hantaran
- Alam Pertunangan
- Putus Tunang
- Ambang Perkahwinan
Miliki buku ini untuk mengetahui pelbagai panduan serta tips percintaan dan pertunangan. Harganya cuma RM16.90 dan setebal 169 halaman. Sila hubungi penerbitnya di alamat: http://www.darulminhaj.blogspot.com/
Wassalam



