Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008

 Welcome to KLIBF 2008

Organized by the Ministry of Education, Malaysia, KLIBF 2008 is a major event in the global publishing calendar. Now in its 27th year, KLIBF provides the only opportunity in to network and meet with the local and international publishing community.

Opening Hours

Date: 4th – 13th April 2008
Mon – Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri – Sun & Public holidays: 10.00AM to 10.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

Marilah kita beramai-ramai memenuhi ruang legar PWTC dengan melihat buku-buku berkaitan. Saya sendiri akan turun melihat, menilai dan membeli beberapa buah buku yang berkaitan. Walaupun duit tidak berapa mencukupi sebagaimana beberapa tahun yang lalu, saya akan beli beberapa buah buku yang PENTING sahaja.

Pernah dulu saya mengajak seorang teman untuk ke Pesta buku ini, tetapi jawabnya ringkas… buku yang lama masih lagi belum habis dibaca… tersentak hati saya mendengar jawapannya. Tapi tidak mengapa kerana beliau adalah orang yang cukup terkenal di Malaysia hari ini dengan ketekunannya menasihati dan berjuang menegakkan kebenaran di kalangan masyarakat.

Ada juga sebilangan rakan yang saya ajak untuk bersama-sama ke Pesta buku yang memberikan jawapan yang sebaliknya, banyak kerja… ada hal yang lebih penting dsbgnya. Apa pun jawapan mereka, saya tetap akan turun jua…. hehehe 

Insya Allah, Pesta Buku kali ini akan dipamerkan 4 buah buku hasil karya saya sendiri bagi menjawab kegersangan penulisan saya sejak beberapa tahun lalu. Tahun lepas, hanya sebuah yang saya berjaya hasilkan dengan usahasama seorang rakan. Insya Allah pada masa akan datang saya akan berusaha dengan lebih gigih dalam menyampaikan maklumat sekadar yang termampu.

Penghasilan karya saya bukanlah mempunyai objektif untuk menjadi ‘terkenal’, mengaut keuntungan royalti dan menjadi kaya raya, menandingi kehebatan orang lain dan pelbagai lagi impian dan angan-angan seorang sang penulis. Tetapi, hanya bermatlamatkan 1 iaitu mengembangkan Ilmu Allah menurut kefahaman saya dari apa yang pernah saya pelajari, ikhlas berbakti untuk masyarakat dan anak bangsa, mengejar kepuasan diri dalam menyumbangkan ilmu pengetahuan.

Saya ingin nasihatkan kepada rakan dan taulan yang sama pengajian dengan saya bahawa impian kita tidak sama. Tetapi, sumbangkanlah sesuatu buat anak bangsa. Bertahun kita berada di perantauan untuk menimba ilmu pengetahuan, segenggam ijazah kita bawa pulang bersama dengan bekalan ilmu yang ditimba. Tidakkah kita dapat bersama memenuhkan ruang KEILMUAN di dada bangsa. Usia yang pendek dan hayat yang singkat tidak dapat membawa apa-apa kebahagiaan kepada kita, melainkan sedikit harta benda yang diperolehi.

Apabila kita pulang kelak di sisi Allah Taala, masih ada setitis ilmu yang dapat kita perturunkan di dada masyarakat. Walaupun kita sudah tiada… minda kita masih dibaca. Ajaran kita masih lagi diikuti dan diterusi… Hal ini sama dengan sabda Nabi yang dicintai: Apabila mati seorang anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara yang dibawanya iaitu:

Sedekah jariah – ingin bersedekah dengan harta yang banyak kita bukan seorang yang kaya raya.

Ilmu yang bermanfaat – hanya sedikit ilmu yang tersimpan untuk dipaparkan kepada masyarakat dan generasi baru.

Anak soleh yang mendoakannya – saya masih lagi belum mempunyai anak untuk mendoakan pemergian saya. 

Jadi inilah usaha yang sempat saya hasilkan buat mengisi masa lapang. Kemungkinan apabila sudah mempunyai waris generasi nanti, kesibukan lain pula yang bakal tiba. Jadi, gunakan waktu yang terluang untuk diri, keluarga dan juga masyarakat.

Semoga Allah mempermudahkan kita semua… Amin ya Rabb! :)

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

One Response to “Pesta Buku Antarabangsa KL 2008”

  1. Fikri

    Teman yang ana cerita tu, tak habis baca buku lagi tu. Pesat Buku baru ini dia ada terbitkan dah sebuah buku, bukunya itu laris macam pisang panas. Siap ada orang datang minta autograf lagik… memang cemerlang! Tahniah buat beliau, tapi dia pun dah tidak berapa kenal saya lagi. Mungkin terlalu sibuk dgn xtvt hariannya.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>