Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Buku Sejarah Perkembangan Hadis (2008)

Muka hadapan

Muka Belakang

Ini adalah buku saya bersama dengan Ustaz Rosli bin Mokhtar (pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor – KUIS) yang baru sahaja diterbitkan untuk Pameran Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini. Buku yang berharga RM8.90 ini, hanyalah sekadar harga sekotak rokok. Murah sahaja dan amat sesuai dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat dan boleh diwarisi dari generasi ke generasi.
                 Buku ini menggarap beberapa fakta penting dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis dan keilmuannya. Buku ini merupakan saringan daripada kitab yang ditulis oleh Dr. Farouq Hammadah merupakan pensyarah di Jabatan Hadis dan pengajian Islam di Universiti Muhamad V, Rabat, Maghribi. Ustaz Rosli sendiri adalah pelajarnya selama beberapa tahun yang mendalami ilmu dan pengetahuannya ketika di sana. Saya tidak belajar daripadanya secara khusus, tetapi sekadar hadir dalam setiap kuliah Ramadan atau seminar ilmiah yang diadakan oleh beliau.
                  Olahan semula telah diberikan dengan beberapa tambahan fakta berpandukan kitab dan maklumat berkaitan setelah dilihat kandungannya agak ‘ketinggalan’ dalam beberapa perkara. Oleh itu, bagi para peminat ilmu hadis yang ingin mengetahui sejarah bermulanya ilmu hadis secara ringkas. Mereka boleh meneliti kandungan yang terdapat di dalamnya seperti berikut:
 
Sejarah Perkembangan Hadis

1. Sunnah dan kedudukannya
2. Perhatian terhadap sunnah pada tiga kurun pertama hijrah
3. Sunnah pada kurun keempat dan kelima hijrah
4. Peringkat penyemakan dan penyaringan
5. Peringkat kejumudan
6. Kebangkitan semula gerakan keilmuan islam
7. Masa depan ilmu hadis dan beberapa cadangan

Sekiranya sukar untuk mendapatkannya di pasaran, sebarang tempahan boleh dibuat menerusi saya sendiri atau www.jahabersa.com.my. Sekira menerusi saya, klik sahaja – Hubungi Saya - dengan dinyatakan alamat, no telefon serta wang tambahan RM 3.00 untuk pos ekspres (RM 12.00) – dijamin sampai esok dalam Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>