Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Lambaian Gaza

Gaza…
Kami menyahut seruanmu dengan nada marah
Luka silam umat ini masih berdarah
Tiada suatu yang dapat kami serah
Melainkan suara-suara berpaling tadah
Gaza…
Pejuangmu bersenjatakan batu pastikan padah
Bersenjatakan hanya roket usang yang lelah
Tidak ada apa, hanya tenaga menongkah
Dibantu tulang empat kerat yang payah
Gaza…
Bumimu diinjak musuh dunia yang megah
Menerima roket dan dentingan tembaga merah
Dibedil meriam dan Merkava yang kuat gagah
Membaham wanita [...]

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter

Read the rest of Lambaian Gaza

Selamat Menyambut Aidilfitri 1429 Hijrah

Saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini. Insya Allah saya akan ‘up-date‘kan blog ini pada kelapangan waktu yang ada. Saya agak sibuk menguruskan Darul Hadis yang semakin membesar sedikit demi sedikit… alhamdulillah.
Inilah Darul Hadis itu, dalam 3 minggu lepas….
 
Pada hari ini pula….

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter

Read the rest of Selamat Menyambut Aidilfitri 1429 Hijrah

Selamat Datang Wahai Ramadan (1429)

Ramadan bulan untuk beribadah
dijanjikan selautan ganjaran pahala
pembersih hati, menguji sabar dan amarah
bulan seribu kerahmatan membersih jiwa haloba
bulan Ramadan bulan seribu keagungan
berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran
bersimpuhnya Lailatulqadar di laman
umat Muhammad berebut mencari keampunan
padanya satu malam kemewahan
hanya dengan sedikit amalan
ibadah solat dan bacaan Quran
pasti merangkul 1000 bulan ganjaran
inilah bulan yang penuh rahmat
bulan yang punyai 30 hari nan hebat
iblis [...]

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter

Read the rest of Selamat Datang Wahai Ramadan (1429)

Fallujah Kota Kebangkitan (2004)

Sebuah kota pinggiran
Diserang dan dibinasakan
Lelaki dan perempuan
Dibunuh tanpa pembelaan
Airmata kesedihan
Darah Kepanasan
Meruap berguguran
Melimpah bertitisan
Adakah aku terus nyenyak?
Sedang Islam Di Fallujah terus dihenyak!
Adakah aku terus nyenyak?
Bilamana masjid diinjak-injak!
Adakah aku terus nyenyak?
Sedang jasad pejuang direbah dan dipijak!
Lupakan seketika dengkuranmu
Untuk kanak-kanak yang tidak punya ibu!
Lupakan sebentar katilmu
Untuk si bayi yang tidak punya susu!
Lupakan juga kelambumu
Buat si tua kehilangan anak [...]

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter

Read the rest of Fallujah Kota Kebangkitan (2004)

Lirik Nasyid: Masyarakat Madani Tanpa Dadah

Masyarakat Madani Tanpa Dadah (2008)
Tingkatkan kesedaran
Kepada setiap bani insan
Bahaya dadah angkara syaitan
Merosakkan kehidupan
Tarafmu begitu hina
Kehadiranmu membawa petaka
Hanyalah pemusnah bangsa
Masyarakat kian binasa
Dadah… Kau adalah racun
Yang membunuh jiwa insan
Membawa derita sengsara
Memamah jasad manusia
Keseronokan hanya seketika
Khayalan sebentar cuma
Hidup di dunia tidakkan ceria
Di akhirat sana… kan mendapat seksa
Dadah… Kau adalah durjana
Imaginasi dusta di alam nyata
Membawa rasa kesedihan
Berakhir di laman [...]

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter

Read the rest of Lirik Nasyid: Masyarakat Madani Tanpa Dadah

Sajak Silam: Al-QUDS – Syair Ratapan

Wahai Quds!!!!! Kota Yg Penuh Kerinduan
Kota Binaan Silam Yg Penuh Kegemilangan
Kota Cemerlang Dgn…. Cahaya Keislaman
Engkau Berseri Dgn… Pancaran Keimanan
Wahai Quds!!!!!!
Kota Segala Umat Dan Agama
Engkaulah! Qiblat Umat Ini…… Yg Pertama
Engkaulah Kota Segala Umat Baru Dan Yg Lama
Namun Kau Tetap Kota Dan Tanah Suci Bersama
Keberkatan Mu! Telah Di Ukirkan Oleh Alquran
Lama Dulu……. Sejak Berkurun Dan Berzaman
Bernaung Di [...]

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter

Read the rest of Sajak Silam: Al-QUDS – Syair Ratapan

Lirik Nasyid: MINDA HADHARI INSAN BESTARI (Mac 08)

Kepada rakan yang meminta agar lirik nasyid ini ditulis, saya sempat membaca respon yang dikemukakan kepada saya semalam. Apa pun saya doakan kumpulan nasyid saudara/i semoga berjaya… saya bantu setakat mana yang termampu atas kurnia Allah kepada saya, jangan lupa doakan keampunan buat saya serta dipermudahkan segala urusan di dunia ini sebelum menemui Ilahi… wa [...]

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter

Read the rest of Lirik Nasyid: MINDA HADHARI INSAN BESTARI (Mac 08)

Lirik Nasyid (2006-2008)

Semua lirik nasyid ini adalah koleksi yang saya hasilkan sendiri daripada garapan idea untuk Pertandingan Nasyid Sekolah Kebangsaan di daerah saya. Ada juga beberapa buah lirik yang saya hasilkan untuk kelab-kelab wanita kampung bagi pertandingan peringkat daerah. Setiap tahun sejak 2006 hingga 2008 ini, saya masih diminta untuk menulis lirik nasyid, sekalipun saya tahu yang [...]

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter

Read the rest of Lirik Nasyid (2006-2008)

Ceramah Kesalahan Solat

Ceramah di dalam Bahasa Arab ini adalah berkisar tentang kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan ketika solat.
Ceramah ini disampaikan oleh oleh Syeikh Muhammad al-Hassan Walad al-Dedou al-Syanqithi
(الشيخ محمد الحسن ولد الددو الشنقيطي)
Beliau adalah keturunan ulama Syanqith di Mauritania. Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang beliau sampaikan… tak faham? ;D buat-buat faham….
أخطاء المصلين

Bookmark Artikel ini:

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter

Read the rest of Ceramah Kesalahan Solat