June 29th, 2010 at 5:35pm |
Beliau adalah seorang ulama yang masyhur di bidang hadis bernama Abu Abdullah, Muhammad bin Abu al-Mawahib, Jaafar bin Idris al-Kettani al-Idrisi al-Hasani al-Fassi. Beliau dilahirkan pada tahun 1274H di rumah sanak keluarga al-Kettani yang masyhur berpegang teguh dengan ilmu pengetahuan dan mengamalkannya. Menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berusaha dalam memberikan bimbingan dan nasihat bagi kaum [...]
Read the rest of Muhammad bin Jaafar Kettani (w1345 H)
July 22nd, 2009 at 9:52pm |
Gambar al-Marhum Syeikh Ibn Jibrin menziarahi Syeikh Safar al-Hiwali sekitar tahun 2005.
Pada hari Isnin 20 Rejab 1430 bersamaan 13 Julai 2009 salah seorang ulama yang menjadi ahli anggota fatwa kerajaan Arab Saudi telah kembali menemui kekasihnya Allah Azza wa Jalla. Beliau ialah Abu Muhammad, Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Ibrahim bin Fahd bin Hamd [...]
Read the rest of Belasungkawa: al-Marhum Syeikh Ibn Jibreen
July 17th, 2009 at 4:00pm |
Syeikh Musthafa al-Siba’ie sebelah kiri bersama dengan Syeikh Hassan al-Banna dan seorang lagi tokoh Ikhwan Syria, semasa berjihad menentang pendudukan Israel di Palestin.
Beliau dilahirkan di bandar Homs, Syria pada tahun 1915 di kalangan keluarga ilmuan, beragama dan sering berjihad. Bapanya iaitu Husni al-Siba’ie adalah seorang ulama yang terkenal di Homs dan menjadi khatib di masjid [...]
Read the rest of Syeikh Musthafa al-Siba’ie (1915-1964)
June 14th, 2009 at 6:42pm |
Seorang lagi tokoh Islam telah pergi kembali ke rahmatullah sebelum zohor tadi (Sabtu, 13hb. Jun 2009). Beliau ialah Syeikh Fathi Yakan yang terkenal dengan bukunya “Apa Ertinya Saya Memeluk Islam” (ماذا يعني انتمائي للإسلام؟) .
Beliau adalah seorang pendakwah dari Lubnan yang banyak berjasa dalam membangun kesedaran Islam di kalangan golongan muda di seluruh dunia. Beliau [...]
Read the rest of Belasungkawa: al-Marhum Syeikh Fathi Yakan
June 3rd, 2009 at 12:49am |
Beliau ialah Zain al-Din, Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman ibn Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Abi al-Barakat Mas’ud al-Sulami al-Baghdadi al-Hanbali. Beliau lebih dikenali sebagai ibn Rajab kerana nama gelaran yang diwarisi daripada datuknya yang lahir pada bulan Rajab dan juga salah seorang ulama terkenal. Imam ibn Rajab dilahirkan di kota Baghdad pada [...]
Read the rest of Ibn Rajab al-Hanbali (1335-1393)
June 1st, 2009 at 12:41am |
Gambar Syeikh Abdel Hamid Ben Badis (kiri) dan Syeikh al-Thaiyib al-Oqbi (kanan).
Abdelhamid Ben Badis (عبد الحميد بن باديس) lebih dikenali dengan gelaran Ben Badis telah dilahirkan pada 4 Disember 1889 di sebuah tempat bernama Constantine (dalam Bahasa Melayunya tidak tahu dengan tepat sebutannya, manakala dalam bahasa Arab disebut Qosanthinah) iaitu sebuah bandar di Timur Laut, Algeria. Sheikh [...]
Read the rest of Abdul Hamid Ben Badis (1889-1940)
April 27th, 2009 at 8:50pm |
Beliau adalah seorang intelek di dalam jurusan hadis yang berasal dari India. Beliau merupakan sarjana hadis yang sememangnya amat berbeza dan lebih unggul bila dibandingkan dengan para tokoh lain sewaktu menimba ilmu di pusat orientalis atau negara non-Muslim. Selain beliau terdapat beberapa orang tokoh sarjana lain yang pernah menimba keilmuan secara langsung di tempat mekarnya [...]
Read the rest of Prof. Dr. Muhammad Musthafa A’zhami
July 5th, 2008 at 8:40am |
Nama penuh beliau ialah Abu Ishaq, Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Gharnathi. Beliau dilahirkan di Granada pada tahun 730H dan meninggal dunia pada hari Selasa bertarikh 8 Syaaban tahun 790H bersamaan dengan tahun 1388M. Gelaran al-Syathibi merupakan nisbah kepada tempat kelahiran ayahnya di Syathibah (ditulis dalam bahasa sepanyol sebagai XATIVA), sebuah daerah dalam perwilayahan [...]
Read the rest of Imam al-Syathibi [730-790H]
January 24th, 2008 at 9:27am |
LEO AFRICANUS
(Kertas Kerja Seminar Ketamadunan dan Pengembaraan pada Jun 2006)
Oleh: Mohd Fikri Bin Che Hussain
“Sesiapa Yang Tidak Pernah Mengembara, Beliau Tidak Akan Tahu Nilai Harga Seorang Lelaki”
(Pepatah Arab Barbar)
Kandungan
MUKADIMAH
1. Siapakah Leo Africanus?
2. Kehidupan Awal Leo Africanus
3. Pengalaman Politik
4. Kesateria St. John
5. Tinggal Di Itali
6. Kisah Murtad
7. Karya-karya dan Sumbangannya
8. Kehilangan Misteri
PENUTUP
MUKADIMAH
Dengan nama Allah yang [...]
Read the rest of Leo Africanus [1465-1550]
January 19th, 2008 at 6:23pm |
Imam Abu Hanifah dikenali dengan sebutan Imam Hanafi di kalangan muslimin di nusantara. Nama asalnya ialah Abu Hanifah, Nu’man bin Tsabit bin Zutha bin Mah al-Farisi al-Kufi, Maula (hamba) kepada Taim Allah bin Tsa’labah dari kalangan kelompok Hamzah al-Zayyat tokoh Fiqh di Iraq dan pemimpin Madrasah Ahl al-Ra`yi.
Datuknya iaitu Zutha adalah berketurunan Parsi, kemudiannya Zutha [...]
Read the rest of Imam Abu Hanifah [80H – 150H]