May 27th, 2010 at 12:54pm |
Kitab ini adalah sebuah koleksi hadis yang ditulis oleh al-Hafizh Nur al-Din, Ali bin Abu Bakar al-Haitsami, (735 – 807H / 1335 – 1404M). Beliau merupakan seorang tokoh hadis yang terkenal di zamannya dan meninggalkan beberapa karya yang menjadi rujukan umat Islam hingga kini.
Imam al-Sakhawi pernah menyatakan mengenai kekuatan hafalannya, “Cukup takjub melihat kepada pegangan [...]
Read the rest of Kitab Majma’ al-Zawa’id wa Manba’ al-Fawa’id – al-Haitsami
April 16th, 2010 at 2:47pm |
Kitab Bahjat al-Nufus ini merupakan ringkasan huraian dari kitab Sahih Imam al-Bukhari dan kemudiannya diringkaskan lagi dan lebih dikenali sebagai Kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah. Kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah ini mengandungi 294 hadis pilihan dari Kitab Sahih Imam al-Bukhari. Buku terjemahannya ditulis oleh Ustaz Mustafa Abd Rahman terbitan Dewan Pustaka Fajar dan kini beredar [...]
Read the rest of Kitab Bahjatun Nufus wa Ghayatuha bi Ma’rifati Ma Laha wa Ma ‘Alaiha
April 7th, 2010 at 1:03pm |
Ibn al-Jarud ini adalah seorang tokoh hadis yang terkenal dalam lapangan ini. Kitabnya ini antara kitab yang terbaik pernah dihasilkan. Malangnya, nama beliau kurang disebut-sebut oleh masyarakat kita di Malaysia. Ini berkemungkinan kerana tidak terdapat buku hadisnya yang diterjemahkan di dalam bahasa ibunda kita.
Nama penuh beliau ialah Abdullah bin Ali bin al-Jarud, Abu Muhammad al-Nisaburi. [...]
Read the rest of Kitab al-Muntaqa Ibn al-Jarud (w.307H)
December 31st, 2009 at 4:37pm |
Kitab berjudul al-Wafayat ini merupakan sebuah kitab yang jarang atau juga tiada langsung diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Sebuah kitab yang kecil mengandungi maklumat ringkas setiap tarikh kewafatan tokoh bermula daripada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam hingga menjelang tahun 807 Hijrah iaitu 3 tahun sebelum kembalinya pengarang kitab ini ke rahmatullah.
Pengarang kitab ini ialah al-‘Allamah [...]
Read the rest of Kitab al-Wafayat oleh Ibn Qunfuz
December 31st, 2009 at 12:17pm |
Kitab ini mungkin sebuah karya sejarah tokoh yang jarang didengari oleh kita berjudul al-Dhau` al-Lami’ li Ahl Qurn al-Tasi’ bermaksud Cahaya Bersinar Pada Kurun ke-9. Kitab ini setebal 4 jilid menerusi file Word dan kitab bercetak pula setebal 6 jilid.
Kitab ini ditulis oleh Muhammad bin ‘Abd al-Rahman bin Muhammad bin Bakr, Syams al-Din, Abu al-Khair [...]
Read the rest of Kitab al-Dhau` al-Lami’ li Ahl Qurn al-Tasi’ oleh al-Sakhawi
April 7th, 2009 at 8:15pm |
Buku ini berjudul Amalan Sunat Hari Jumaat dan Surah al-Kahfi merupakan buku pertama penulis mengenai soal Fiqh Islam. Buku ini dibuat secara ringkas untuk memudahkan masyarakat umum mengetahui kepentingan hari Jumaat dan amalan yang digalakkan dilakukan pada malam dan siangnya.
Buku ini lebih bersifat santai bagi para pembaca dengan ditekankan beberapa buah hadis sebagai hujah bagi [...]
Read the rest of Buku Amalan Sunat Hari Jumaat dan Surah al-Kahfi (2009)
March 24th, 2009 at 5:21pm |
Semalam saya membantu sepupu mendaftar ke Tabung Haji. Insya Allah jika diperkenankan doa kami, kami akan berangkat menunaikan haji ke Makkah pada tahun ini. Allahumma amin… Selepas pulang dari kerja, saya terlihat sebuah buku yang ingin didownload dari internet bertajuk Arab seperti di atas yang membawa maksud ‘Kesesakan dan implikasinya dalam Ibadah (Haji dan Umrah)’.
Buku [...]
Read the rest of Buku al-Ziham wa Atsaruhu fi al-Nusuk (al-Hajj wa al-Umrah)
March 7th, 2009 at 5:32pm |
Kitab Tafsir yang berjudul Mafatih al-Ghaib ini dikenali juga sebagai Tafsir al-Kabir hasil karya Imam Fakhr al-Din, Muhammad bin ‘Umar al-Razi (wafat 606 Hijrah) dikenali juga sebagai Fakhr al-Razi. Razi ini adalah nasab pada tempat yang disebut Rayy dalam wilayah Dailam di utara Iran. Beliau merupakan antara ahli tafsir yang terkenal dengan pelbagai ilmu berkaitan [...]
Read the rest of Kitab Tafsir Mafatih al-Ghaib – Imam al-Razi
February 18th, 2009 at 3:47pm |
Kitab ini merupakan sebuah kitab yang dihasilkan oleh al-Imam Muhammad ibn Abī Bakr Ibn Qayyim al-Jawzīyah berjudul Tuhfat al-Maudud bi Ahkam al-Maulud yang membicarakan kisah pembentukan generasi manusia dari setiap kelahiran mereka di dunia ini.
Kitab Arab ini mengandungi lebih 500 halaman yang cukup besar untuk dihabiskan pembacaannya. Kitab tebal ini dimulakan pada bab awalnya yang [...]
Read the rest of Kitab Tuḥfat al-mawdūd bi-aḥkām al-mawlūd
February 7th, 2009 at 5:20pm |
Buku ini mempunyai tajuk yang agak panjang iaitu SOAL JAWAB MUDA-MUDI TENTANG PERCINTAAN DAN PERTUNANGAN: Antara Halal dan Haram.
Buku kedua yang diterbitkan sendiri oleh Syeikh JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI ini agak menarik untuk dibaca. Buku ini secara umumnya menerangkan hukum-hakam percintaan dan pertunangan yang memuatkan lebih daripada 100 persoalan berserta jawapannya.
Menariknya, ia ditulis dengan gaya bahasa [...]
Read the rest of Buku SOAL JAWAB MUDA-MUDI TENTANG PERCINTAAN DAN PERTUNANGAN