Kitab Pengenalan kepada Mazhab Syafi’e
Kitab karangan Fahd Abdullah al-Hubaisyi ini amat menarik untuk dimiliki kerana ia memaparkan pengenalan ringkas terhadap mazhab Syafi’e. Kitab setebal 117 halaman di dalam bentuk PDF ini terbahagi kepada 9 topik utama seperti berikut:
Pengenalan
1- Sejarah ringkas Imam al-Syafi’e
2- Keistimewaan Mazhab Syafi’e
3- Peranan dan sumbangan Mazhab Syafi’e
a) Prinsip Mazhab Syafi’e
b) Perkembangan Mazhab Syafi’e
c) Penulisan awal dalam Mazhab Syafi’e
d) Penulisan terkemudian dalam Mazhab Syafi’e
4- Siapakah yang berfatwa dalam Mazhab Syafi’e
a) al-Nawawi dan al-Rafi’e
b) Ibn Hajar al-Haitami dan al-Ramli
5- Manhaj Fiqh dalam Mazhab Syafi’e
6- Manhaj dan huraiannya
7- Istilah yang digunakan dalam mazhab
8- Hubungan Mazhab Syafi’e & Tasauf
9- Permazhaban
Penutup
Buku ini memiliki keistimewaan yang tersendiri dalam memaparkan peranan dan sumbangan Mazhab Syafi’e. Mari kita soroti seketika keistimewaan mazhab Syafi’e ini dalam bab Keistimewaan Mazhab Syafi’e.
Antara ‘keistimewaan’ Mazhab Syafi’e ini ialah:
1- Menggabungkan antara Fiqh dan al-Hadits;
2- Kebanyakan ulama mazhab menghasilkan kitab yang bersistem;
3- Lahirnya ramai mujtahid dari mazhab ini sama ada yang ‘mustaqil’ seperti Ibn al-Munzir dan Ibn Jarir ataupun yang ‘muntasib’ seperti al-Muzni.
dan banyak lagi di dalamnya.




























