Buku Undang-Undang Jenayah Islam (2008)
Secara ringkas buku baru yang diterbitkan pada penghujung tahun 2008 ini oleh saya dengan judul Undang-undang Jenayah Islam. Buku ini adalah hasil usahasama saya dengan Ustaz Rosli bin Mokhtar iaitu seorang tenaga pengajar (lecturer) di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Dalam buku ini, kami memberikan perincian berkaitan dengan undang-undang jenayah Islam dengan gaya bahasa yang lebih mudah difahami untuk dibaca oleh para pembaca di luar lingkungan para pelajar syariah.
Objektif buku ini diterbitkan adalah untuk membantu para pelajar di peringkat permulaan di dalam jurusan syariah dan perundangan memahami undang-undang jenayah Islam. Walaupun topik berkaitan bab ini sudah banyak diterbitkan dan beredar di pasaran umum, namun ia adalah sebagai tambahan kepada bahan yang sedia ada sebagai rujukan umum.
Selain itu, buku ini adalah satu silibus penting kepada para pelajar yang belajar di bawah didikan Ustaz Rosli di fakultinya. Ia dapat membantu mereka dalam memahami tujuan syariat perundangan Islam yang perlu diterap dan ditegakkan dalam kehidupan sesebuah masyarakat Muslim.
Kandungannya:
- Jenayah – definisinya
- Hukum Hudud – Zina, Qazaf, Curi, Hirabah, Bughah, Arak & Murtad
- Hukum Takzir
- Hukum Qisas
- Hukum Diyat
Kandungannya diringkaskan kerana terlalu panjang sub-topik di dalamnya, jika ingin mengetahuinya anda perlu mendapatkannya sekarang! Secara terang saya mempromosikan buku ini yang setebal 137 halaman dengan harga RM12.00 iaitu harga mampu milik bagi orang yang ingin mendalami agamanya.
Walhamdulillah
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.




salam..kalau saya beli dari ustaz rosli sendiri dia ada jual x? saya ni student syariah perundangan di KUIS. agak lebih mudah kalau saya beli terus darinya.
insya Allah ada kat dia…
lebih baik beli terus pada dia..
buku ni terbitan syarikat mana?