Kitab Thauq al-Hamamah (طوق الحمامة)
Kitab ini merupakan kitab yang agak unik dihasilkan oleh Ibn Hazm al-Andalusi (w. 456H). Beliau ialah al-Imam Mujtahid, al-Faqih iaitu ulama bagi mazhab al-Zhahiri yang telah pupus dan juga seorang sasterawan Arab ulung dari Andalus yang bernama Abu Muhammad, ‘Ali bin Ahmad bin Sa’id bin Hazm al-Zhahiri al-Andalusi. Dilahirkan dikota Cordoba (Qurthubah) pada 29/09/384 hijrah.
Bapanya adalah seorang menteri disana dan beliau turut menggantikan bapanya untuk beberapa lama dan kemudiannya beliau berhenti. Tujuan beliau meninggalkan jawatan tersebut adalah kerana kecintaannya untuk menulis dan membaca buku. Apabila beliau tidak berjawatan, golongan yang dengki dengan beliau mula memainkan peranan dengan menghasut pemerintah agar mengharamkan karyanya dan meminggirkannya daripada terus mempengaruhi orang ramai. Akhirnya beliau telah berpindah keHuelva di dalam wilayahPortugal kini.
Disana beliau menghabiskan masanya dengan menulis kitab-kitabnya yang cukup berpengaruh dari dulu hingga kini.Beliau sendiri adalah seorang yang banyak menghafaz hadis dan pakar perundangan Islam. Dikatakan juga tentangnya mengenai kecekapannya menghafaz, kefasihannya dalam bertutur dan juga kepintarannya menyatakan hujah.
Kehebatannya ini diakui oleh para ulama dizamannya yang bukan sahaja kebijaksanaannya dalam melontarkan ayat al-Quran dan hadis, tetapi dengan syair-syair Arab yang bermutu tinggi. Ulama menyifatkan dalam ungkapan mereka terhadap ‘kehebatan’ yang dimiliki oleh Ibn Hazm ini dengan katanya: “Lidah Ibn Hazm dan pedang al-Hajjaj adalah adik beradik.”
Jika kita tidak mengenali al-Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi yang masyhur dengan kezalimannya dalam menghukum dan cepat menumpahkan darah. Beliau ini, apabila berada di atas tunggangannya akan membaca al-Quran dan sebaik sahaja turun dari tunggangannya sudah pasti ada yang akan menjadi mangsa korban kerakusan pedangnya. Maka ia adalah sama dengan ketajaman lidah Ibn Hazm dalam menjatuhkan para pendebatnya.
Banyak kitab karangannya yang cukup berpengaruh dan kehebatannya itu masih boleh dilihat pada hari ini dengan pengulangan cetak segala kitab-kitabnya itu. Jika beliau mengenakan royalti sejak tahun 1063 masihi iaitu tahun kematiannya hingga kini 2008, sudah pasti banyak wangnya. Tetapi beliau hanya mengharapkan ganjaran pahala yang lebih keal dari royalti.
Anak lelakinya iaitu al-Fadhl menceritakan bahawa bapanya telah menulis buku yang hampir berjumlah 400 buah tajuk dalam kepelbagaian bidang dengan menggunakan 80 ribu helaian kertas pada masa itu. Lihatlah ketekunan dan kesungguhan seorang ulama Islam yang cukup tersohor. Kita ini, walaupun ada komputer sejak 4 – 5 tahun lalu, hanya beberapa helaian A4 dari program Word sahaja yang mampu ditulis.Kitabnya yang dicatatkan ialah:
-
al-Akhlâq wa’l-Siyar (Morals and Behaviour)
-
al-Fasl fil al-Milal wal-Nihal.
-
al-Muhallā bi’l Athār (The Book Ornamented with traditions) kitab yang cukup berpengaruh di dalam lapangan fiqh Islam.
-
Ihkam al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. sebuah kitab yang berkait rapat dengan Usul al Fiqh.
-
Tawq alHamamah (The Dove’s Necklace) or (Ring of the Dove)
Imam al-Zahabi telah menyenaraikan kitab yang dihasilkan oleh Ibn Hazm seperti berikut:
- Al-Isal ila Fahm Kitab al-Khisal in 15,000 folios.
-
Al-Khisal al-Hafiz li Jumal Shara’i` al-Islam in two volumes.
-
Al-Mujalla in two volumes.
-
Al-Muhalla in eight volumes.
-
Hujja al-Wada` in one volume.
-
Qisma al-Khumus fi al-Radd `ala Isma`il al-Qadi in one volume.
-
Al-Athar al-Lati Zahiruha al-Ta`arud wa Nafyi al-Tanaqud `Anha in 10,000 folios, unfinished.
-
Al-Jami` Fi Sahih al-Hadith, without chains of transmission.
-
Al-Talkhis wa al-Takhlis fi al-Masa’il al-Nazariyya
-
Ma Infarada Bihi Malik aw Abu Hanifa aw al-Shafi`I
-
Ikhtilaf al-Fuqaha’ al-Khamsa Malik wa Abi Hanifa wa al-Shafi`i wa Ahmad wa Dawud [al-Zahiri]
-
Al-Tasaffuh fi al-Fiqh in one volume.
-
Al-Tabyin fi Hal `Alima al-Mustafa A`yan al-Munafiqin in 3 tomes.
-
Al-Imla’ fi Sharh al-Muwatta’ in 1,000 folios.
-
Al-Imla’ fi Qawa`id al-Fiqh in 1,000 folios.
-
Durr al-Qawa`id fi Fiqh al-Zahiriyya in 1,000 folios.
-
Al-Ijma` in one small volume.
-
Al-Fara’id in one volume.
-
Al-Risala al-Balqa’ fi al-Radd `ala `Abd al-Haqq ibn Muhammad al-Saqali in one small volume.
-
Al-Ihkam li Usul al-Ahkam in two volumes.
-
Al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal in two large volumes.
-
Al-Radd `
Ala man I`tarada `ala al-Fisal in one volume. -
Al-Yaqin fi Naqd al-Mu`tadhirin `an Iblis wa Sa’ir al-Mushrikin in one large volume.
-
Al-Radd `ala Ibn Zakariyya al-Razi in 100 folios.
-
Al-Tarshid fi al-Radd `Ala Kitab al-Farid li Ibn al-Rawandi fi I`tiradihi `ala al-Nubuwwat in one volume.
-
Al-Radd `ala Man Kaffara al-Muta’awwilin min al-Muslimin in one volume.
-
Mukhtasar fi `Ilal al-Hadith in one volume.
-
Al-Taqrib li Hadd al-Mantiq bi al-Alfaz al-`Ammiyya in one volume.
-
Al-Istijlab in one volume.
-
Nasab al-Barbar in one volume.
-
Naqt al-`Arus in one small volume.
Kitab Tawq al-Hamama fi al-Ulfa wa al-Ullaf (The Ring of the Dove: Love and Lovers)
Ia digambarkan sebagai sebuah kitab yang paling terperinci di kalangan kitab Arab dalam kajian cinta, khayalan dan juga sebab-sebab yang mewujudkannya. Tajuk buku ini di dalam bahasa Arabnya ialah (طوق الحمامة في الألفة والأُلاف). Ia mengandungi kisah-kisah dan syair cinta yang dikaji menerusi perasaan kemanusiaan berasaskan pengalaman dan imaginasi yang diinterpretasikan sendiri.
Ibn Hazm melakukan eksperimen ini dalam bentuk penceritaan romantik dari nilaian kemanusiaan yang begitu unik.Kitab ini termasuk di kalangan kitab yang menarik dalam kajian cinta di zaman pertengahan dan cukup berpengaruh di timur dan di barat. Bagi kita yang jarang membaca, mungkin tajuk ini pertama kali yang kita dengari tentang penulisan seorang ulama Fiqh Islam yang masyhur berkaitan cinta dan rindu. Mungkin agak kelakar dari satu aspek dan diiringi dengan ketakjuban tentang ‘keterbukaan’ seorang ulama dalam mengupas bab CINTA.
Kitab ini “mungkin” merupakan kitab pertama yang menyentuh bab CINTA kepada para pembaca di dunia ini. Sebab sebelum ini tidak dapat dipastikan siapakah yang paling awal menulis buku CINTA? Sebelum tahun 456 hijrah. Di dalamnya diletakkan 30 Bab berkaitan dengan cinta. Tujuannya menulis adalah permintaan seorang rakan ulama yang ingin beliau menceritakan berkaitan dengan tajuk tersebut semasa beliau berada di luar Cordoba akibat dihukum buang daerah.
Beliau menggunakan eksperimen langsung dari pengalaman beliau secara bebas tanpa terikat kepada mana-mana rujukan atau sumber penulisan lain. Bahkan, beliau turut tidak menulis dari mana-mana sumber yang didengarinya daripada orang lain sebagai rujukan penulisannya. Ibn Hazm memulakan penulisannya dengan meletakkan topik pertamanya iaitu:
Bab 1 – CINTA: Pertamanya Gurauan, Akhirnya Bersungguh.
Bab 2 – Gambaran Cinta. Beliau menjelaskan tentang sifat rindu, seperti gemar melihat, bercakap, suka untuk bertemu, gementar dalam berkata-kata atau tidak keruan dan suka berlebih-lebihan dalam memuji dan sebagainya. (Kira tahap angau laa tu…
)
Bab 3 – Orang Yang Lebih Suka Tidur. Beliau menceritakan mengenai orang yang diserang perasaan cinta mula meredam rindu dan berimaginasi masa ingin tidur. Bab 4 – Orang Yang Suka Membayangkan.Bab 5 – Orang Yang Suka Pada Pandangan Pertama.Bab 6 – Orang Yang Tidak Suka Kecuali Bila Lama-lama.
Bab yang seterusnya… kena baca sendiri…
Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia. Terbaru saya lihat sendiri diKuala Lumpur ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, tetapi saya tidak membelinya kerana mencari buku yang lain dan wangnya tidak cukup.
Dalam satu blog dari-Indonesia, penulis ini menceritakan (dengan olahan semula oleh saya): “Ketika masih remaja, aku jatuh cinta kepada seorang gadis berambut perang. Sejak itu aku tidak lagi mengagumi gadis berambut hitam, meski pemiliknya berada berhampiran matahari atau sangat cantik. Itu kecenderunganku sejak saat itu. Diriku tidak pernah mengagumi lagi kecuali mereka yang berambut perang.”
Kalimat diatas merupakan pengakuan ulama dunia, Ibn Hazm. Menerusi karyanya yang berjudul Thauqul Hamamah. Ibn Hazm berhasil menjadikan dirinya sasterawan yang cukup disegani. Bukunya ini menjadi buku terlaris sepanjang abad pertengahan. Buku itu tidak hanya menarik bagi kalangan umat Islam, tetapi bagi kaum Kristian di Eropah.
Padahal Ibn Hazm dikenal sebagai salah seorang ulama tersohor di abad pertengahan. Lahir di Cordoba tahun 944 (sebetulnya sebagaimana yang dijelaskan oleh rakan saya Albanna ialah pada tahun 994) masihi. Namanya yang lengkap ialah Abu Muhammad Ali bin Abdullah (saya cek dalam kitab Tokoh Arab, tak jumpa pun yang ini) bin Ahmad bin Said bin Hazm.
Ayahnya dikenal sebagai salah seorang menteri pada zaman Khalifah al-Manshur.Menurut penjelasan Ibn Hazm, cinta pertamanya bersemi ketika ia berusia 18 tahun. Sementara gadis pujaannya yang berambut perang berumur 16 tahun.
Gadis itu dikaguminya sampai habis. Ia mengatakan bahawa gadis pujaannya itu seorang yang cantik, bertabiat baik dan bertubuh sintal. Si gadis pun pandai bernyanyi dan memetik kecapi yang menjadi trend kala itu.Ibn Hazm begitu tergila-gilakannya. Setiap hari, beliau selalu menanti gadis itu melintasi di hadapan pintu rumahnya. Begitu gadis itu muncul, Ibn Hazm langsung memperhatikannya.
Seperti kisah remaja pada umumnya, kisah cinta Ibn Hazm penuh dengan romantika. Jika diikuti, si gadis berlalu dengan malu-malu dan rona wajahnya memerah. Tentang perilakunya yang terbuai itu Ibn Hazm menulis, “Saya ingat benar, bagaimana ketika saya kerap pergi ke halaman tempat ia tinggal. Rasanya saya selalu ingin menuju pintu itu agar boleh dekat dengannya. Begitu pula bila dia melihat saya dekat dengan pintu, dengan gerakan lemah gemalai dia pergi ke tempat lain. Saya pun mengekorinya sampai ke pintu halaman tempat dia berada.”
Sayangnya, kisah cinta dua sejoli ini tidak berlangsung lama. Ketika berumur 20 tahun, Ibn Hazm dan keluarganya berpindah dari Cordoba Timur ke Cordoba Barat. Tentu saja gadis itu tidak dapat ikut berpindah. Malah tidak berapa lama kemudian, gadis itu telah meninggal dunia. Gelap rasanya dunia ini saat mendengar berita tersebut.
Ibn Hazm mencoretkan dalam kegalauan jiwanya: “Ketika mendengar berita gadis itu meninggal dunia, saya berumur 20 tahun. Sejak mendengar dia meninggal dunia saya tidak menukar baju selama tujuh bulan. Selama itu pula mataku tidak pernah kering dari air mata. Demi Allah, sehingga kini pemergiannya itu belum sembuh.”
- Memandang Cinta
Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Tetapi pada orang yang jatuh cinta terdapat petanda.
Pertama, kecanduan memandang orang yang dikasihi.
Kedua, segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.
Ketiga, gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.
Keempat, kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan dilakukannya. Adapun perbuatan yang mencacatkan cinta menurut Ibn Hazm adalah mereka yang berbuat maksiat antara lain adalah berzina dll.
Semoga Allah Taala merahmati Ibn Hazm dan kita semua, aminnn ya Rabb!





























Salam Ustaz,
Nak tanya tentang umur Ibn Hazm, dalam artikel ada sebut 2 tarikh berbeza:
1. lahir 384h – wafat 456h = 72 tahun
2. lahir 944m – wafat 1063m = 119 tahun?
Syukran.
“Anak lelakinya iaitu al-Fadhl menceritakan bahawa bapanya telah menulis buku yang hampir berjumlah 400 buah tajuk dalam kepelbagaian bidang dengan menggunakan 8 ribu helaian kertas pada masa itu.”
Zerekli sebut: 400 jilid dan 80 ribu helai kertas.
Dia sebut juga tarikh lahir Ibn Hazm pada 994m dan wafat 1064m = 70 tahun.
Barakallahu fik.
Wassalam…
1 tarikh dari yang ana cek… yg kedua tuh dari laman web rakan indon yang memaparkan kisah tersebut… sebagaimana dinyatakan…
kesilapan nombor itu sepatutnya 994 dia tulis 944m harap maaf…
berkenaan dengan 8 ribu helai itu, memang tepat 80 ribu helai… 0 nye lupa diisi…
sekian terima kasih di atas pembetulan tersebut….
assalam
akhi ana boleh minta referensi dimana ana bisa dapet buku itu.
Kitab Thauq al-Hamamah
ana orang indonesia
tolong posting alamat yang jual buku itu di indonesia, ke alamat email ana
wassalam
maaf, ana sudah cari tajuk dan penerbitnya tapi belum ketemu.
malahan di dalam internet juga nggak ada…
nanti jika ana ke kuala lumpur, ana akan cuba cari di toko buku indonesia..
kapan ada ketemu, ana akan beritahu kembali…