Ulasan Buku & Kitab

“Di dalamnya terdapat (isi kandungan) kitab-kitab yang bermutu tinggi” [al-Bayyinah: 3]

Buku Sahabat Pembela Sunnah (2008)

cover-sahabat-bembela-sunnah.jpg 

Buku ini adalah buku ke-3 yang saya karang dari saduran tesis Arab saya bertajuk Sahaabat al-Mutakallimun fi al-Jarh wa Ta’dil. Buku ini dikira yang ke-4 selepas sebuah buku terbitan bersama dengan Ustaz Rosli yang berjudul al-Jarh wa al-Ta’dil dari satu posisi tajuk yang lain. 

Buku ini mengupas secara ringkas sumbangan dan jasa para sahabat ridhwanullah ‘alaihim dalam memelihara, meriwayat, memindah dan menyebarkan risalah Islam. Dalam buku ini dijelaskan secara ringkas beberapa elemen dari dalam dan luar yang cuba mengganggu gugat penyebaran risalah Islam pada era tersebut.

Jika pada zaman dahulu, mereka menggunakan kepelbagaian sumber dalam menghalang dan paling tidak menyelewengkan risalah tersebut dari terus disebarkan. Kini, bentuk modus operandinya agak berbeza tapi masih berpaksikan asas yang sama.

Objektif buku ini dari rentetan 2 buah buku saya yang telah diterbitkan iaitu (1) dengan judul Keadilan Para Sahabat Di Sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dan yang kedua (2) berjudul Cercaan Terhadap Sahabat – Apa Reaksi Kita? adalah berobjektifkan perkara berikut:

  1. Menerangkan bahawa penelitian dan penumpuan pada perkembangan al-Hadis bermula sejak era dan zaman para sahabat ridhwanullah ‘alaihim lagi. Hal ini menafikan tangapan sesetengah pihak yang menyangka bahawa ilmu al-Hadis ditulis dan diperkembangkan selepas 300 tahun kewafatan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
  2. Menyekat pengaruh golongan anti-hadis yang menidakkan peranan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim dalam pengumpulan hadis dan sunnah sejak era penurunan wahyu lagi.
  3. Mengekang pengaruh Syiah yang cuba mencemarkan institusi sahabat ridhwanullah ‘alaihim dengan dakwaan mereka melakukan penipuan dalam soal hukum dan politik Islam.
  4. Membuka mata kepada golongan profesional Islam yang terpengaruh dan cuba dipengaruhi dengan dakyah anti-hadis dan pendustaan kelompok Syiah yang semakin berleluasa terhadap kehormatan institusi sahabat ridhwanullah ‘alaihim.
  5. Menambahkan lagi pengetahuan kepada para pencinta ilmu Islam dan peminatnya terhadap lapangan ilmu hadis dan institusi sahabat ridhwanullah ‘alaihim serta cuba menjejak dan menuruti langkah mereka dalam mempertahankan sunnah.
  • Semoga buku ini menjadi wadah kita dalam mencintai golongan salaf dan menuruti jejak langkah mereka dalam mempertahankan sabda Muhammadi.
  •  Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa liLLahil Hamd!

*Buku ini berharga RM 10.00 di pasaran. Sekiranya sukar untuk mendapatkannya di pasaran, sebarang tempahan boleh dibuat menerusi saya sendiri atau www.jahabersa.com.my. Sekira menerusi saya, klik sahaja – Hubungi Saya - dengan dinyatakan alamat, no telefon serta wang tambahan RM 3.00 untuk pos ekspres (jumlah bersih semuanya adalah RM 13.00) – dijamin sampai esok dalam Malaysia.

Sekian, terima kasih.

:) Wassalam…

Bookmark Artikel ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Print
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
RSS 2.0 | Trackback | Comment

3 Responses to “Buku Sahabat Pembela Sunnah (2008)”

  1. husaini

    salam ustaz boleh ceritakan skit pasal kandungan ulum hadis

  2. Fikri

    Salam Husaini,
    Jika saya hendak ceritakannya secara ringkas. Saya boleh membuat sebuah buku kecil dan padat berkaitan Ulum hadis kerana keluasan ilmu ini yang perlu dipaparkan. Ada sebuah buku yang baik untuk dibaca dan difahami dalam bidang ini yang telah ditulis oleh Dr. Rosmawati sebagai rujukan pelajar ataupun pembaca.

    KANDUNGAN

    BAHAGIAN A – MUQADDIMAH ULUM HADIS
    - Pendahuluan
    - Pembahagian Ulum Hadis
    - Sejarah Perkembangan Ulum Hadis
    - Kepentingan Pengajian Ilmu Hadis
    - Jenis-Jenis Ilmu Hadis

    BAHAGIAN B – HADIS
    - Al-Hadis, Al-Sunnah, Al-Khabar Dan Al-Athar
    - Perbezaan Antara Al-Hadis, Al-Sunnah, Al-Khabar Dan Al-Athar
    - Hadis Qudsi Dan Hadis Nabawi

    BAHAGIAN C – HADIS SUMBER KEDUA SYARIAT ISLAM
    - Pendahuluan
    - Kehujahan Hadis
    - Autoriti Dan Peranan Hadis

    BAHAGIAN D – SEJARAH HADIS
    - Pengumpulan Dan Penulisan Hadis
    - Tokoh-Tokoh Hadis Zaman Sahabat
    - Zaman Tabi’in
    - Orientalis Dan Hadis

    BAHAGIAN E – MENERIMA DAN MERIWAYAT HADIS
    - Kelayakan Perawi
    - Cara Menerima Dan Meriwayat Hadis
    - Rijal Hadis
    - Ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta’dil

    BAHAGIAN F – PENGKLASAN HADIS
    - Hadis Berdasarkan Sifat Perawi
    - Hadis Berdasarkan Sanad
    - Hadis Berdasarkan Jumlah Perawi

    BAHAGIAN G – KITAB SUNAN SITTAH

    BAHAGIAH H – ISTILAH DAN NAMA HADIS

    Harga = RM18.50
    Mukasurat = 335
    Penulis = Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin
    Penerbit = Pustaka Salam Sdn Bhd

    Harap maklum. :)

    Wassalam.


  3. [...] Buku Sahabat Pembela hadith (2008) | Ulasan Buku & Kitab [...]

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>