Kitab Bulugh al-Maram
Tajuk asalnya ialah Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam, sebuah karya yang dihasilkan oleh al-Hafizh Ibn Hajar al-’Asqalani (w. 852H) yang menggabungkan sorotan al-Hadis dan hukum Fiqh yang berpandukan padanya. Beliau sendiri memberikan komentarnya bahawa kitab ini amat penting bagi mereka yang ingin mendalami asas dalam syariat Islam berpandukan kepada hadis-hadis yang dilampirkan sebagai pegangan dan rujukan.
Kitab ini dibahagikan kepada 16 bab yang bermula dari bab bersuci (Thaharah) hinggalah ke bab Jihad dan sebagainya yang berada di bawah topik Fiqh Islam. Di dalamnya juga dibawakan 1358 buah hadis sebagai sandaran hukum dengan dinyatakan perawi dan taraf hadis tersebut menurut penilaian para muhaddisin.
Kitab ini amat bermanfaat bagi para pengkaji hukum yang ingin melihat kepelbagaian dalil dan sumber asal syariat tersebut dan dijadikan perbandingan. Selain ia turut memberi faedah kepada para pengkaji hadis yang ingin menilai sesebuah hadis tersebut dan istilah-istlah ulum al-Hadis yang digunakan di dalamnya.
Walhamdulillah!



aku pernah baca kitab ini dalam bentuk buku saku, tapi punya temen, aku nyari dimana-mana nggak ada, apa anda tahu dimana saya bisa dapat? terima kasih.
salam…
anda boleh dapatkan melalui kedia toko berhampiran…
suruh sahaja mereka bantu untuk nyarikan di sana…
atau cuba masuk ke sini
http://rumahbukuislam.com/index.php?id=10&kodebuku=AKB001&jml=1
buat tempahan secara online….
insya Allah
semoga sukses!