Pembukaan Blog Baru…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sebuah blog baru yang berkisar mengenai Sejarah Perkembangan Orientalisme dan tokoh-tokohnya telah dibina semalam… Hasil usaha pembinaan ini adalah di peringkat ujikaji yang dicadangkan oleh seorang rakan iaitu Syeikh Juraish Kamaruddin al-Muhami. Ini kerana berlaku sedikit problem berkaitan dengan blog saya pada 20 – 25 November lalu. Jadi, dalam masa yang sama saya cuba mencari pendekatan baru dengan mempelbagaikan usaha dalam menyebarkan maklumat dakwah.
Insya Allah dengan sedikit ruang waktu yang ada, saya akan menambahkan maklumat di dalam blog tersebut setakat yang termampu. Penumpuan penulisan dan kajian berkaitan subjek tersebut telah menjadikan saya cuba merekodkan segala maklumat yang di dapati di dalamnya. Blog Ulasan Buku & Kitab akan diteruskan seperti biasa, tetapi melihat kepada keutamaannya juga.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.. Wassalam.
- Link ke blog baru bertajuk Merentas Minda Orientalisme


